Skip to content

10-003 : Jual Beli Melalui Internet

Home Soal Jawab Feqah: Muamalat

Soalan:

Assalamualaikum.

Adakah beli barang dari internet haram? Sbb ia ada penangguhan dalam memberi barangan kepada pembeli.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Akad jual beli SAH dilakukan melalui internet. Dengan syarat, ia memenuhi segala rukun dan syarat sah jual beli seperti yang dimaklumi dalam kitab-kitab feqah.

Penangguhan penyerahan barang jualan tidak menjejaskan keharusan, sekiranya jual beli tersebut berlaku pada barangan yang diharuskan penangguhan. Contohnya, jual beli barang dengan wang ringgit. Maka, boleh dilakukan pembayaran dahulu dan ditangguhkan penyerahan barangan kemudian.

Tetapi, jika jual beli berlaku pada perkara yang tidak boleh berlaku penangguhan, maka haram berjual beli melalui internet kerana ada penangguhan. Contohnya, pertukaran mata wang tidak boleh ada penangguhan. Maka tidak boleh berlaku akad pertukaran mata wang kecuali dengan kedua belah pihak menyerahkan mata wang masing-masing pada majlis akad.

Wallahu A’lam.

rujukan: Fatwa IslamWeb no: 9716 dan 23846

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: