Skip to content

06-014 : Zakat Emas Dikira Harga Semasa?

Home Soal Jawab Feqah: Zakat

Soalan:

Saya ingin bertanyakan mengenai zakat emas. Adakah pengiraannya dikira semasa harga kita beli atau harga semasa?

Wassalam.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Jika emas mencapai kadar nisab iaitu 20 mitsqal (bersamaan: 85 gram), maka diwajibkan zakat sebanyak 2.5% daripada nilainya.

Jika hendak dibayar dengan nilai (wang ringgit), maka hendaklah dinilai dengan harga semasa.

Contohnya, jika nilai emas yang disimpan mengikut nilaian semasa ialah RM4000, maka zakatnya ialah sebanyak RM100.

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: