Skip to content

01-013 : Maksud Bayang-bayang Allah

Home Soal JawabAkidah dan Asas Islam

Soalan:
Dalam salah satu fatwa sheikh bin baz rahimahullah, beliau ditanya soalan:

في حديث السبعة الذين يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله، فهل يوصف الله تعالى بأن له ظلاً؟
نعم كما جاء في الحديث، وفي بعض الروايات: ((في ظل عرشه))[1] لكن الصحيحين ((في ظله))، فهو له ظل يليق به سبحانه لا نعلم كيفيته مثل سائر الصفات، الباب واحد عند أهل السنة والجماعة. والله ولي التوفيق

dan dalam syarah riadussalihin oleh syeikh ibn uthaymeen rahimahullah, beliau mengatakan:
يظلهم الله: يعني يخلق لهم ما يظلهم يوم لا ظل إلا ظله، وليس في ذلك اليوم بناء ولا شجر ولا جبال تظلل وليس هناك إلا ظل رب العالمين، هذا الظل يظل الله فيه من شاء من عباده، ومنهم هؤلاء السبعة الذين ذكرهم الرسول عليه الصلاة والسلام في قوله: سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله

sheikh ibn uthaymeen dalam buku yg sama juga mengatakan:
ولكن نتكلم على مسألة ضل فيها كثير من الجهال وهي قوله سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله حيث توهموا جهلا منهم أن هذا هو ظل الله نفسه وأن الله تعالى يظلهم من الشمس بذاته عز وجل وهذا فهم خاطئ منكر يقوله بعض المتعالين الذين يقولون إن مذهب أهل السنة إجراء النصوص على ظاهرها فيقال أين الظاهر وكيف يكون ظاهر الحديث وأن الرب جل وعلا يظلهم من الشمس فإن هذا يقتضي أن تكون الشمس فوق الله عز وجل وهذا شيء منكر لا أحد يقول به من أهل السنة لكن مشكلات الناس ولاسيما في هذا العصر أن الإنسان إذا فهم لم يعرف التطبيق وإذا فهم مسألة ظن أنه أحاط بكل شيء علما والواجب على الإنسان أن يعرف قدر نفسه وألا يتكلم لاسيما في باب الصفات إلا بما يعلم من كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم وكلام الأئمة فمعنى يوم لا ظل إلا ظله أو يظلهم الله في ظله يعني الظل الذي لا يقدر أحد عليه في ذلك الوقت لأنه في ذلك الوقت لا بناء يبنى ولا شجر يغرس ولا رمال تقام ولا أحجار تصفف ولا شيء من هذا قال الله عز وجل { ويسألونك عن الجبال فقل ينسفها ربي نسفا فيذرها قاعا صفصفا لا ترى فيها عوجا ولا أمتا } ولا يظل الخلائق من الشمس شيء لا بناء ولا شجر ولا حجر ولا غير ذلك لكن الله عز وجل يخلق شيئا يظلل به من شاء من عباده يوم لا ظل إلا ظله هذا هو معنى الحديث ولا يجوز أن يكون له معنى سوى هذا

dan pada muka surat yg lain beliau menambah:
وقوله سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله وذلك يوم القيامة فإن الناس يحشرون حفاة عراة غرلا ليس هناك ظل إلا ظل الله أي ظل يخلقه الله عز وجل يظل فيه من يظلهم الله تعالى في ذلك اليوم لأنه ليس هناك ظل بناء ولا ظل شجر ولا ظل ثياب ولا ظل مصنوعات أبدا ليس هناك إلا الظل الذي ييسره الله تعالى للإنسان يخلقه جل وعلا ظلا من عنده الله أعلم بكيفيته ويظلل الإنسان

saya dapati terdapat perselisihan antara fatwa bin baz rahimahullah dan kata-kata ibn uthaymeen rahimahullah. adakah mempunyai bayang-bayang termasuk dalam sifat Allah azza wa jalla menurut pendapat yg rajih?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

– Pendapat yang lebih hampir kepada pegangan Ahli Sunnah -Wallahu A’lam- ialah: Perkataan ‘bayangNya’, bukan sifat Allah Taala. Sandaran perkataan ‘bayang’ kepada Allah ialah sandaran untuk memuliakan (Idhafah Tasyrif). Sebagaimana kita menyebut, “Baitullah (Rumah ALlah)”, ia tidak memberi makna rumah itu sebagai sifat Allah, tetapi disandarkan sebagai memuliakan masjidilharam.

– Malahan, tidak dinukilkan daripada ulama Ahli Sunnah dari kalangan salaf, bahawa perkataan ‘bayangan Allah’ dalam hadis tersebut bermaksud sifat Allah. Kata Syeikh Abdul Muhsin Al-Abbad, “Aku tidak menemui seorang pun dari kalangan Ahli Sunnah yang mengatakan bahawa ia termasuk dalam sandaran sifat kepada Allah”. (Al-Intishar Li Ahli Al-Sunnah).

– Apatah lagi, dalam sesetengah hadis menyebut dengan lafaz “bayangan Arasynya…”. Seperti hadis Muaz, “Orang yang berkasih sayang kerana Allah akan berada di dalam bayang arasnyNya pada hari tiada bayang selain bayangNya”. (Musnad Ahmad n0: 22031, Ibn Hibban no: 577, dan lain-lain).

– Maka, hadis-hadis yang berlaku kesamaran hendaklah ditafsirkan dengan hadis-hadis atau riwayat-riwayat yang lain.

– Ibn Mandah (220-301H) di dalam ‘Kitab Al-Tauhid’ ketika membawakan hadis tentang tujuh golongan yang mendapat bayanganNya di hari kiamat, menyebut, “Keterangan yang menunjukkan bahawa arasy mempunyai bayang yang Allah akan memasukkan hamba-hambaNya yang terpilih ke dalamnya”. (3/190). Seolah-olah beliau mengisyaratkan tentang tafsiran ‘bayangan Allah’ sebagai ‘bayangan ArasyNya’.

– Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari juga menyebut bahawa sandaran Arasy kepada Allah termasuk dalam ‘sandaran memuliakan’, seperti perkataan ‘Baitullah’. (2/144).

– Kesimpulan, maksud ‘bayanganNya’ atau ‘bayangan Allah’ ialah bayangan arasy yang Tuhan ciptakan, untuk meletakkan sebahagian hambaNya ke dalamnya pada hari kiamat. Dan bukannya bayangan kepada zat Allah.

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: