08-006 : Solat Di Mekah Pada Waktu Larangan
Home – Soal Jawab – Feqah: Haji dan Umrah
Soalan:
ketika di masjid haram adakah saya tidak terikat dengan waktu yang di haramkan bersolat?
Jawapan:
Dalam satu hadis menyebut: “Jangan kamu halang seseorang pun tawaf di rumah (Allah) ini, atau bersembahyang pada bila-bila waktu pun, samada malam atau siang”.
HR Tirmizi (no: 868), Nasai (no: 585), Ibn majah (no: 1254). Dinilai sahih oleh Tirmizi.
Ertinya, diharuskan bersolat di dalamnya samada termasuklah pada waktu2 larangan. Cuma ada khilaf, adakah ia umum pada semua sembahyang sunat, atau khas pada sembahyang sunat tawaf sahaja. Mazhab syafie memilih ia umum semua solat sunat.
Lihat: Al-Hawi 2/273-274
Wallahu A’lam