Skip to content

05-001 : Baca Lepas Solat ‘Alhamdulillahillazhi Lam Yattakhiz…’

Home Soal JawabFeqah: Solat

Soalan:

Bacaan yg sangat popular selepas salam oleh imam ialah ‘alhamdulillah… dst’ (saya tak hafal). Setakat ilmu saya yang cetek dan dalam kitab2 basic (fiqh manhaji) tak ada pulak disebut sebutan sebegitu, atau ada yang rupa2 macam tu. Minta ilmuwan huraikan.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Masyhur di kalangan imam-imam masjid dan surau di negara kita, apabila selesai memberi salam selepas sembahyang, ZIKIR PERTAMA yang dibaca ialah:

الحمد لله الذي لم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك ولم يكن له ولي من الذل وكبره تكبيرا

surah al-Isra (ayat: 111).

Membaca bacaan ini selepas sembahyang, tidak ada disebut dalam  hadis sahih mahupun dhaif setakat pengetahuan kami. Sahabat2 yang menceritakan perihal solat Nabi, tidak  menukilkan Nabi membaca ayat ini selepas solat. Oleh itu, menjadikan ayat ini sebagai satu zikir khas yang dibaca selepas solat, dengan menganggap ia satu ibadat, adalah salah satu satu bentuk penambahan dalam agama selepas sempurnanya Islam.

Oleh itu, sebagai umat Muhammad SAW, hendaklah kita mengambil tatacara ibadah dari awal hingga akhirnya daripada baginda sendiri, sebagaimana sabdanya: “Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang“.

Kemungkinan, penambahan bacaan yg berlaku di kalangan pak-pak imam masyarakat kita adalah kerana:
-melihat kepada kemuliaan ayat tersebut, di mana disebut dalam beberapa hadis dhaif ayat tersebut dinamakan sebagai: ayat al-Izzah (ayat kemuliaan).
-ayat tersebut diakhiri dengan “Dan bertakbirlah kepada Allah“. mungkin sebagai isyarat supaya bertakbir selepas sembahyang, sebagaimana di sebut dalam satu hadis, sahabat mengetahui selesainya solat Nabi apabila mendengar laungan takbir.. oleh itu dibaca ayat tersebut untuk memperingatkan supaya bertakbir.

walaubagaimanapun, yang diambilkira dalam ibadah ialah: mengikut tatacara yg diajar oleh Rasulullah SAW.

Wallahu A’lam