08-007 : Buat Umrah Tidak Ikut Tertib
Home – Soal Jawab – Feqah: Haji dan Umrah
Soalan:
Saya ada sedikit persoalan tentang haji dan umrah. Situasinya adalah berikut ” Jika melakukan umrah tiab-tiba dia tidak ikut tertib, sah tak umrahnya?”
Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
– Rukun umrah ialah: (1) Ihram. (2) Tawaf. (3) Saie. (4) Cukur atau gunting. Dan mestilah dilakukan secara TERTIB.
– Jika Saie sebelum tawaf, saie itu tidak sah. Jadi, hendaklah diulangi balik saie selepas tawaf.
– Jika cukur sebelum tawaf atau sebelum saie, maka hendaklah membayar dam takhyir (kambing atau puasa 3 hari atau memberi makan 6 miskin seorang 2 cupak). Dan hendaklah cukur balik selepas selesai tawaf dan saie.
Kesimpulannya, tidak tertib dalam amalan umrah tidak menyebabkan batal umrahnya. Tetapi rukun itu tidak sah dan mesti diulangi balik.
Wallahu A’lam
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net