Skip to content

05-008 : Sengaja Lewatkan Solat, Tiba-tiba Haidh (I)

Home Soal JawabFeqah: Solat

Soalan:

Ada pendapat (cakap orang) yang mengatakan sekiranya seseorang perempuan yang mengakhirkan waktu solatnya contoh dekat-dekat nak masuk asar baru nak solat zuhur tiba2 dia mendapati dia haid. Jadi, ada yang mengatakan selepas dia selesai haid nanti dia kena mengqadakan semula waktu zuhur yg sengaja dilambat-lambatkan dulu. adakah betul begitu ?

Mohon penjelasan dari pihak tuan . Syukran….

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Sembahyang fardhu adalah wajib muwassa’ (diluaskan waktunya). yakni, bagi mereka yg tidak wajib berjemaah boleh menangguhkannya hingga akhir waktu.
Tetapi, apabila dia menangguhkannya, kemudian berlaku apa2 jua halangan daripada mengerjakan sembahyang itu, seperti dia gila, atau datang haidh atau datang nifas (sebab beranak), maka kewajipan itu tidak sekali-kali gugur. Apabila hilang halangan2 itu, maka diwajibkan qadha’ balik sembahyang yg dia tinggalkan sebelum berlaku halangan itu.

wallahu a’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: