Skip to content

07-020 : Qadha Puasa Lepas & Puasa Untuk Ayah

Home Soal JawabFeqah: Puasa

Soalan:
1. Saya ingin bertanya berkenaan dengan qadha’puasa ramadhan yang telah lamayang masih lagi belum diqadha’kan. Apakah kaedah atau cara untuk melakukannya?
2. Ada yang mengambil jalan mudah untuk qadha puasa ramadhan iaitu dengan membayar fidyah terus, terutamanya kaum lelaki. Apa hukumnya sekiranya seseorang itu masih lagi mampu untuk berpuasa?
3. Bolehkah seseorang anak mengqadha’ puasa ramadhan ayahnya yang lepas sedangkan ayahnya masih lagi hidup?

Sekian.

Jawapan:
1. Cara mengqadha’ puasa lama yang masih belum diqadha’ ialah seperti berikut:
– Bertaubat kepada Allah Taala kerana melewatkan qadha puasa hingga masuk Ramadhan seterusnya.
– Pastikan berapa hari yang ditinggalkan. Cukup hanya dengan sangkaan kuat tentang bilangan hari.
– Ada sebahagian ulama mewajibkan fidyah makanan kepada fakir miskin, mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Permasalahan fidyah boleh dirujuki link: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33370

(Majmuk Fatawa Wa Maqalaat Bin Baz 6/19)

2. Wajib mengqadha’kan puasa yang ditinggalkan. Tidak cukup hanya dengan membayar fidyah. Kecuali orang tua dan sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.

3. Tidak boleh orang lain tolong qadha’ puasa orang lain yang masih hidup. Kecuali jika sudah mati, dan ada meninggalkan puasa, baru ada khilaf ulama adakah boleh digantikan oleh walinya ataupun hendaklah dibayar dengan fidyah?

Yang mewajibkan ia diganti berdasarkan hadis:

من مات وعليه صيام صام عنه وليه

Maksudnya: Sesiapa mati dan ada ke atasnya (kewajipan qadha) puasa, maka walinya hendaklah berpuasa untuknya.
Direkod oleh Bukhari (1851) dan Muslim (no: 1147).

Yang mewajibkan dibayar fidyah pula berdasarkan hadis:

من مات وعليه صيام شهر فليطعم عنه مكان كل يوم مسكين

Maksudnya: Sesiapa mati dan ke atasnya ada puasa bulan (Ramadhan), maka hendaklah diberi makan untuk setiap hari kepada seorang miskin.
Direkod oleh Tirmizi (no: 718). Beliau menilainya marfuk dhaif. Yang sahihnya ialah mauquf (kata-kata Ibn Umar).

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

%d bloggers like this: