Skip to content

12-004 : Wasiat Kepada Waris Yang Mahjub

Home Soal Jawab Feqah: Wasiat Dan Pusaka

Soalan:

Moga kita dirahmati Allah

Bolahkah waris yang termahjub mendapat bahagian wasiat dari si mati??

Wassalam.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Tidak boleh berwasiat kepada waris, adalah ditujukan kepada waris yang ada hak dalam harta pusaka. Maka tidak termasuk di dalamnya;
– ahli keluarga yang tidak ada hak dalam pusaka, seperti: ibu dan bapa saudara sebelah emak.
– waris yang mahjub, contohnya: adik beradik, jika simati ada anak lelaki.

Dan perlu diberi perhatian, yang dimaksudkan boleh memberi wasiat kepada waris yang mahjub, ialah waris yang mahjub pada waktu kematian pewasiat (al-Musi).

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: