Skip to content

16-004 : Hukum Main Roller Coster

Home Soal Jawab Pelbagai

Soalan:

Apakah hukum melibatkan diri dlm aktiviti seperti main roller-coster, drive F1, Xtreme sports, masuk Fear Factor dan sebagainya, sebab berpotensi menyebabkan BAHAYA kepada nyawa dan sia-sia?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


-Hukum asal bagi setiap aktiviti samada sukan atau lain-lain adalah HARUS, melainkan jika ada unsur2 lain yang mengubahnya kepada HARAM.

-antara faktor luar yang menyebabkan HARAM sesuatu aktiviti ialah: JIKA DIYAKINI IA MEMBAWA KEPADA KEMATIAN ATAU KEMUDHARATAN. berdasarkan kepada ayat al-Quran: “Dan
janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan”. Dan kaedah feqah yang masyhur “Tiada (mesti dielakkan) kemudaratan”.

-Oleh itu, -Wallahu A’lam- kami tidak melihat permainan sukan2 lasak termasuk dalam perkara2 Haram, lebih2 lagi mereka yang memasukinya sudah tentu mendapat latihan dan mempelajari tips berdepan dengan kecemasan.

-masuk Fear Factor: Jika di sana ada unsur2 HARAM, seperti makan najis, berenang dalam tempat bernajis, maka HARAM lah aktiviti tersebut. Kerana kita diperintah supaya menjauhi perkara2 najis.
begitu juga aktiviti2 yang menyebabkan kecederaan pada anggota badan, seperti berjalan di atas api, di atas kaca yang membawa kemudaratan pada badan, maka hukumnya HARAM

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: