Skip to content

01-004 : Allah Berada Di Atas Tujuh Syurga?

Home Soal JawabAkidah dan Asas Islam

Soalan:
Assalamualaikum ustaz

Ustaz saya nak tanya adakah kepercayaan salafi iaitu Allah berada di atas 7 syurga. Dari mana dalilnya?

Jawapan:
Waalaikumussalam..

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah: Allah berada di atas ARASY, sebagaimana yang dituturkan secara terang dan sahih di dalam Quran, sunnah dan ijmak.

dan dimaklumi daripada nas-nas yg sahih, bahawa Arasy itu pula berada lebih tinggi daripada segala makhluk-makhluk Allah Taala yang lain. lebih tinggi daripada tujuh langit dan lebih tinggi daripada syurga yang paling tinggi iaitu Firdaus.

dalam Sahih Bukhari, tersebut satu hadis:
“Apabila kamu meminta daripada Allah, maka mintalah daripadanya syurga Firdaus. sesungguhnya ia adalah syurga yang paling pertengahan (yang paling afdhal) dan yang paling tinggi. Dan di atasnya ialah Arasy al-Rahman.”

secara jelas, ia menunjukkan bahawa Arasy al-rahman berada lebih tinggi daripada syurga yang paling tinggi. Dan Allah Taala di atas Arasy-Nya..

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di al-ahkam

Advertisements
%d bloggers like this: