Skip to content

02-037 : Hadis Kelebihan Ayat Kursiy

Home Soal JawabAl-Quran dan Hadis

Soalan:

saya sering kali terbaca atau terdengar tentang fadilat2 ayat kursi

soalannya:

1. adakah benar ayat kursi ada fadilatnya?
2. jika benar, harap para panel feqh AAN dapat menyenaraikan beberapa hadis yg menunjukkan kelebihan atau fadilat ayat kursi ini

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Benar, ayat Kursiy mempunyai kelebihan.

2. Antaranya, yang disebut dalam hadis Ubay Bin Kaab:

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم يا أبا المنذر أتدري أي آية من كتاب الله معك أعظم ؟ قال قلت الله ورسوله أعلم قال يا أبا المنذر أتدري أي آية من كتاب الله معك أعظم ؟ قال قلت الله لا إله إلا هو الحي القيوم قال فضرب في صدري وقال والله ليهنك العلم أبا المنذر

Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu Al-Munzir, adakah kamu tahu apakah ayat dalam Kitab Allah yang bersama kamu, paling agung?”.
Aku (Ubay) berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui”.
Sabda baginda: “Wahai Abu Al-Munzir, adakah kamu tahu apakah ayat dalam Kitab Allah yang bersama kamu, paling agung?”.
Aku berkata: “Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum”.
Lalu baginda menepuk dadaku, dan bersabda: “Semoga dipermudahkan ilmu bagimu, Abul Munzir”.

Direkod dalam Sahih Muslim (no: 810).

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda:

إذا أويت إلى فراشك فاقرأ آية الكرسي { الله لا إله إلا هو الحي القيوم } . حتى تختم الآية فإنك لن يزال عليك من الله حافظ ولا يقربنك شيطان حتى تصبح

Maksudnya: “Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi ‘Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum’, sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi”.

Direkod oleh Bukhari (no: 2187).

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: