Skip to content

Jenaka Dalam Ilmu

07/09/2008

Tabiat manusia terhibur dan tertarik dengan gurau senda dan jenaka. Maka syarak membenarkan gurau dan jenaka, malahan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri pernah berjenaka dan bergurau dengan para sahabat. Imam Tirmizi membuat tajuk khas dalam kitab Syamail Muhammadiyyah, tentang gurau senda baginda.

Begitu juga dengan penuntut ilmu. Mereka adakalanya merasa jemu jika majlis-majlis pengajian berjalan dengan penuh keseriusan tanpa diselang seli dengan sedikit jenaka. Memahami hakikat ini, kita dapati sesetengah ulama memasukkan sedikit jenaka dalam pengajian ilmu mereka. Ia ibarat garam yang melazatkan makanan. Jika terlebih, lain pula jadinya.

Di sini, saya ingin membawakan beberapa contoh jenaka Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin ketika memberi kuliah pengajian. Semoga Allah merahmati beliau dan menggembirakan beliau dengan balasan syurga.

1) Seorang murid bertanya: Dalam hadis disebut bahawa tidak boleh membuat perlumbaan kecuali haiwan yang mempunyai khuf (unta), atau memanah, atau haiwan yang kakinya menghentak (kuda). Apa pandangan syeikh tentang mereka yang mengadakan pertandingan ayam dan merpati?

Syeikh menjawab: Dalam hadis tersebut, maksudnya tidak boleh diadakan hadiah dalam pertandingan kecuali yang disebutkan itu. Kerana perkara-perkara itu membantu di dalam peperangan. Oleh sebab faedah ini, syarak membenarkan disediakan pertaruhan dalam pertandingan ini. Jadi, kalau ayam kamu boleh menyumbang dalam peperangan, kamu boleh menunggang ayam kamu, ia boleh berlari ke sana ke mari, maka bolehlah. Jika tidak, maka tidak harus. (Liqa Al-Bab Al-Maftuh).

2) Dalam satu pengajian nahu Bahasa Arab, Syeikh meminta seorang muridnya membina satu ayat. Lalu muridnya menjawab.
Murid: “Saya membaca di hadapan seorang mabuk”.
Syeikh: Allahul Musta’an. Kamu tidak menjumpai orang yang tidak mabuk untuk kamu baca di hadapannya?

3) Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum wanita melihat lelaki. Syeikh berpendapat jika bebas daripada fitnah, maka tidak mengapa. Lelaki ini berulang kali bertanya kerana kurang bersetuju dengan pendapat syeikh. Apabila lelaki itu mahu beredar, syeikh bertanya kepadanya.
Syeikh: Kamu mahu ke mana?
Lelaki: Mahu berjalan-jalan.
Syeikh: Kamu pakailah niqab (purdah) supaya wanita tidak melihat kamu.

4) Ketika syeikh memberi kuliah tentang hukum susuan, beliau menyoal murid-muridnya.
Syeikh: Kalau dua bayi menyusu dari seekor kambing.
Murid-murid: (ketawa).
Syeikh: Ya, kalau kita perah susu seekor kambing, dan beri minum dua bayi itu, adakah dua bayi itu dikira saudara susuan? Kerana susunya adalah sama. Jawapannya ialah kalau dua bayi itu ialah kambing, maka mereka adalah saudara susuan. Jika bukan kambing, maka bukan saudara susuan.

5) Seorang lelaki bertanya syiekh,
Lelaki: Syeikh, apa yang perlu dilakukan selepas selesai berdoa?
Syeikh: Menurunkan tangan.

6) Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum sujud sajadah.
Lelaki: Syeikh, jika seseorang mendengar bacaan Quran daripada radio, lalu ada ayat sajadah. Adakah dia perlu sujud tilawah?
Syeikh: Ya, jika radio itu sujud.

7) Dalam satu pengajian tentang hukum-hakam nikah, seorang murid bertanya.
Murid: Syeikh, kalau saya berkahwin, kemudian mendapati isteri saya tidak ada gigi. Adakah ia dikira aib yang membolehkan fasakh?
Syiekh: (ketawa) Bagus isteri macam tu, supaya kamu tidak digigitnya.

8 ) Dalam satu majlis ceramah, pengerusi majlis mengalu-alukan syeikh dengan ucapan doa. Antara lain pengerusi menyebut, “…semoga Allah memberikan beliau kesihatan sehingga hari pembalasan (akhirat)”.
Syeikh mencelah, “Sehingga hari pembalasan?!”.

Rahimallah Fadhilat Al-Syeikh Rahmatan Wasiah.

Kisah-kisah ini diambil daripada satu thread dalam Multaqa Ahli Hadith.

Advertisements
15 Comments leave one →
  1. aaa permalink
    07/09/2008 4:47 am

    AdhakALLAHU asnanakum ya ahla ilm

  2. aaa permalink
    07/09/2008 4:52 am

    Syeikh,

    Soalan nombor 5 tu jenaka atau memang jawapan yang diberikan oleh Syeikh Ibnu Uthaimin secara serius bahawa tidak perlu menyapu muka selepas berdoa?

    Jazakalllahu khairan

  3. abuumair1 permalink*
    08/09/2008 9:15 pm

    Al-Akh aaa -hafizahullah-

    – Dalam beberapa thread di Multaqa, mereka menceritakan kisah ini sebagai jenaka syeikh. Mungkin kerana soalan itu bertanya tentang apa amalan perlu dibuat selepas berdoa. Apapun, mereka yang menghadiri sendiri kuliah lebih memahami. Sebagaimana disebut:

    ليس المخبر كالمعاين

    -Wallahu A’lam.

  4. aaa permalink
    10/09/2008 3:52 am

    – Jazakallahu khairan…

    -Kadang2 pernah terjadi, apabila soalan diajukan dan menjawab secara seloroh, kita anggap jenaka tetapi ia merupakan jawapan sebenarnya

    – Syeikh, macam mana nak memahami syair dengan baik?
    Barakallahu fiik wa ahlik

  5. 10/09/2008 11:03 am

    Syeikh aaa,
    Wa fiik Barakallah,

    Dr segi keperluan asas untuk memahami syair, sama saja antara syair dan natsr (penulisan biasa), spt nahu, sarf, mufradat.

    Cuma kerana mahu menjaga nazam, kadang-kadang penyair membawa mufradaat yang gharib, taqdim da ta’khir, banyak hazaf, keluar kaedah nahu sbb darurat, dll.

    Jadi, kena sensitif juga pd benda-benda tu. Wallahu A’lam

  6. aaa permalink
    11/09/2008 3:34 am

    Syeikh Abu Umair – saddadAllahu khutahu-

    -Jazakallahu khairan

    – Ana ada satu soalan dan ana tak tak tahu macam mana nak cari masalah ni. Mana yang lebih awla: ittiba’ al-awamir atau luzum adab? Di mana ana boleh jumpa masalah ni? Dalam kitab USul Fih atau kitab Aqidah?

    Persoalan ini dah lama ana cari. Antara perbincangan yang melibatkan perkara ini kisah Abu Bakar radhiyAllahu anh tidak mahu meneruskan solat sebagai imam apabila Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam datang dan juga kisah Abdul Rahman bin Auf terus jadi imam apabila diperintahkan oleh Baginda sollallahu ‘alaihi wa sallam

    -Siri Qawaied masih teruskan?

    – Syeikh, doakan untuk ana semoga Allah kurniakan istiqamah untuk ana, diampunkan segala dosa dan dibebaskan daripada api neraka.

    Jazakumulahu khairan

  7. abuumair1 permalink*
    11/09/2008 2:42 pm

    syaikh aaa,

    – Ana pun tak pernah jumpa perbincangan tentang perkara ini. Tapi nampak macam ada kaitan dengan Usul Fiqh, bab: Al-Amr.
    – Kalau ikut usul syariat, asal kepada awamir Rasulullah SAW ialah wujub ittiba’. Dan boleh dikatakan ittiba’ baginda adalah daripada kesempurnaan adab dengannya.
    – Siri Qawaed -In Sya ALlah- akan diteruskan. Cuma makan masa skit.

    Syaikh aaa ada kat Msia ke skrg?

  8. aaa permalink
    12/09/2008 2:20 am

    Ana di Malaysia bersama keluarga :)

    – Kalau Syeikh Abu Umair ada jumpa masalah ni, aiduuni Jazakumullahu khairan

  9. 17/09/2008 6:16 am

    terima kasih abu umair,,,kisah-kisah ini sungguh melucukan dan bermanfaat. ana pertama kali membaca dan mengetahui kisah2 ini dari syeikh…ini antara latoif yang tak semua orang dapat. jazakallahu khairan.

  10. aaa permalink
    18/09/2008 7:12 am

    Syeikh Abu Umair

    Nta kena ucap tahniah pada Syeikh Abu Anas Hafiz Basir…tapi kena tanya dia sendiri sebab apa :)

  11. abuumair1 permalink*
    20/09/2008 12:17 pm

    Syeikh abu anas Hafiz -hafizahullah-
    Barakallahu Fiik. Sbagaimana nasihat al-akh syeikh aaa, ana ucap tahniah lah pada anta walaupun ana belum tahu untuk apa ucapan tahniah ini. :) Ada apa2 khabar berita, sampaikan juga pada ana yg berjauhan.

  12. 22/09/2008 12:02 pm

    hermm,,,berita tu akan ana bagi tahu apabila sudah pasti & harapnya kita dapat bertemu lagi di bumi madinah pada tahun ini:)…ana mengharapkan tunjuk ajar syeikh abu umair dan akhi aaa dalam semua sedut….ana doakan abu umair sukses selalu di mana jua berada.amin

  13. mawar86 permalink
    13/12/2008 1:37 am

    masyaAllah.. kisah yang melucukan.. sy pun nak ketawa juga bila baca.. syukran atas perkongsian syeikh

  14. Anonymous permalink
    04/04/2012 1:01 am

    assalamualaikum ustaz……saya dri kl, cmana nk mohon belajar d universiti madinah? saya lepasan stam…2011….

Trackbacks

  1. » i’m still alright to smile 2 Another Brick In The Wall

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: