Skip to content

Hukum Makan Siput Babi

04/06/2008

Soalan:

assalamualaikum
ada seorang rakan saya menimbulkan satu persoalan..
bolehkah kita makan siput babi? dalam hati saya kuat mengatakan tak boleh,
tetapi saya tidak ada hujah yang kukuh untuk mengatakan tak boleh makan siput babi.harap para ustaz dapat rungkaikan permasalahan ini.syukran.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Siput babi atau dalam Bahasa Arab disebut halazun, diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (siput babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).

Masalah ini adalah masalah ijtihadiyyah. Yang mengharuskannya berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala yang mengharamkannya berpendapat ia bukan haiwan yang disembelih, kerana tiada leher. Maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Bagaimanapun, pendapat yang lebih ihtiyat (berjaga-jaga) ialah pendapat yang mengharamkannya. Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di: al-ahkam.net

Advertisement
59 Comments leave one →
  1. 05/06/2008 12:06 am

    Salam.

    Sedap Siput babi ni. Lebih2 lagi kalau first time cuba. Pasti teringin lagi. Ditambah plak dengan supnya yang pedas dan panas. Hehe..

    • Al Jasmini permalink
      25/02/2009 8:19 am

      Jwpn yg sebenar mengikut mazhab syafie hukumnya haram dimakan kerana ia adalah haiwan yang melata…tetapi bagi mazhab hambali,maliki dan hanafi hukum memakannya adalah dibolehkan. Memandangkan kita diMalaysia bermazhab syafie,jadi persoalan ini dikira sudah terjawab.

      • said permalink
        14/10/2009 7:14 am

        betul.. pendapat2 yg lebih ringan dari mazhab2 lain bukanlah untuk memenuhi nafsu kita.. pendapat2 yg lebih ringan adalah utk digunakan semasa darurat… islam ini tidak menyusahkan penganutnya…

  2. 06/06/2008 1:33 am

    Salam.

    Ustaz, ana ada kepilkan link ustaz pasal Hukum Makan Siput Babi kat blog ana. Ada masa singgah la untuk baca pengalaman ana makan Siput Babi dan juga beberapa artikel yg lain. Kalau ada salah dan silap ana mohon tunjuk ajar ustaz.

    Wassalam.

    YB : ABCD

  3. abuumair1 permalink
    06/06/2008 4:34 am

    Oh.. ana ingatkan komen yang pertama tu gurauan saja. Rupa-rupanya pernah makan betul-betul siput babi ye… :)
    Menarik juga pengalaman pernah makan siput babi..

  4. 06/06/2008 11:28 am

    Salam perkenalan kembali untuk Syeikh2 Madinah.

    Oo..patut la. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Ana ni reti makan jer. Hehe…

    Hmm..tentang bentuk tu berbeza dengan gambar yang ustaz letak kat blog ustaz tu. Ana baru masukkan gambar Siput Babi kat blog ni berserta sedikit tambahan info tentang Siput Babi.

    Wassalam.

  5. abuumair1 permalink
    06/06/2008 11:59 am

    Wah, siap dengan resepi lagi tu… :)

    Em betul lah ada beza antara halazun Malaysia dengan Halazun di Maghrib. Tapi kedua-duanya adalah dari kelas yang sama iaitu: Gastropoda.

  6. syah_peace permalink
    08/06/2008 11:45 pm

    Salam.. Mengenali Gastropoda…. >> http://en.wikipedia.org/wiki/Gastropoda

  7. abuumair1 permalink
    10/06/2008 4:31 pm

    Syukran, syah_peace,
    Dan dalam wikipedia, siput babi adalah tergolong dalam gastropoda.
    lihat: http://ms.wikipedia.org/wiki/Siput_babi (BM)
    dan: http://en.wikipedia.org/wiki/Achatina_fulica (english)
    Wallahu A’lam.

  8. jamal permalink
    17/06/2008 8:26 am

    assalamualaikum,
    sekadar berkongsi :

    dulu saya pernah baca satu kajian yg pernah dilakukan oleh prof madya dr mat sa’ad Abd rahman dalam bukunya “Fiqh semasa : satu analisis isu-isu semasa dari kacamata Islam” ttg hukum makan siput babi. kajian dilakukan dengan kerjasama saintis yg mengkaji ttg tabiat siput. khulasahnya : halal makan siput babi tetapi hendaklah dibuang dulu racun yang terdapat pada bahagian badan siput itu terlebih dahulu.

    waulua’alam

  9. abuumair1 permalink
    17/06/2008 11:50 pm

    Terima Kasih atas perkongsian maklumat yang berguna ini. Barakallahu Fikum.

  10. Mat Grik permalink
    23/06/2008 7:40 am

    Siput babi ni tiada kena mengena dengan babi- bukan anak atau cucu babi. Nama itu timbul mungkin kerana babi sangat gemar memakannya- mesti ada khasiat tersendiri bagi babi. Jika manusia dah gemar makan siput ni maka kita boleh tukar namanya kepada siput orang, taklah rasa jijik kita nak memakannya. Ana tak pernah memakannya – tetapi ana pernah memakan sepupunya – GONGDAM- sedap menatang ni tambah lagi dibuat rendang. Orang kata siput babi lagi sedap kerana ia tidak berlendir seperti gongdam atau siput-siput lain. Selamat mencuba!!!!!!

    • Anonymous permalink
      25/02/2009 8:11 am

      Ana tahu..tak boleh makan ..sebab namanya BABI…lah

      • Al Jasmini permalink
        25/02/2009 8:22 am

        Kalau macam tu hot dog pun tak leh makanlah…sebab namenye dog…hehe

  11. abu naufal permalink
    03/07/2008 3:54 am

    assalamualaikum warahmatullah

    tanya sedikit bukan ke dalam mazhab maliki kaedah mereka dalam kitab alateimah semua binatang yang sama namanya dengan binatang yang haram dimakan sebagi contoh babi laut atau sebagainya adalah haram hukumnya. kerana namanya khinzir albahru sama dengan nama khinzir.

    أفيدوني جزاكم الله خيرا

  12. abuumair1 permalink*
    03/07/2008 4:08 am

    Waalaikumussalam wth

    Imam Malik ketika ditanya hukum makan babi laut, beliau tidak memberi sebarang fatwa, dan mengatakan: “Kamu yang menamakannya babi”. (Mudawwanah 1/420)

    Jadi, dalam mazhab Maliki, semua haiwan laut adalah HALAL kecuali dimakruhkan babi laut, kerana namanya. (Al-Kafi Ibn Abd Al-Barr: 187)

    Wallahu A’lam.

  13. abu naufal permalink
    03/07/2008 7:52 am

    terima kasih syeikh ana tak rujuk buku lagi cuma apa yang ana ingat je dalam kitab bidayatul mujtahid ibnu rusyd, mungkin ana silap apa pun jazakumullah khairan

  14. laila permalink
    31/01/2009 12:25 pm

    saya tak fahamlah

  15. Al Damiri permalink
    11/06/2009 8:01 pm

    Saya belum pernah makan siput babi. Mungkin geli.

    Tetapi siput sedut tu selalu. Tak geli

    Namun status dan habitat ke dua-dua jenis siput ini adalah sama. Mereka tidak hidup dalam air. Air pasang mereka naik pokok bila surut akan merayap mencari makanan.

    Adakah kerana yang satu jenis itu bernama siput ‘babi’ menyebabkan kita tidak makan? Walhal mereka serupa.

    Katalah saya tidak geli dengan nama itu lalu memakannya , adakah suatu dosa sedangkan mengikut mazhab Maliki dibolehkan (halal).

    Bagaimana ustaz?

    • 11/06/2009 8:34 pm

      Setahu saya, habitat siput babi dan siput sedut berlainan. Siput babi hidup di daratan, manakala siput sedut hidup di air tawar.
      Bila ia hidupan air, maka tak timbul masalah tentang status halal haramnya. Ia sama macam hukum ketam dll.
      Wallahu A’lam.

  16. Mohd Irwani Hafiz permalink
    11/08/2009 12:26 pm

    Sila rujuk thesis Msc. di UiTM bertajuk “Effect on processing on the protein quality and the texture profile of canned terrestrial snail Achatina fulica, 2007” ada huraian mengenai siput babi sebagai makanan.

  17. abang mat permalink
    30/09/2009 10:30 am

    masalah hukum memakan siput babi dar terjawab dari huraian saudara2 di atas.
    siput babi-dagingnyalah merupakan sumber protien yang amat baik untuk di konsum, dagingnya mengandungi lebih dari 60% protin crude,
    gaya pemakanan tergantung setempat, biasanya di buat sate atau goreng atau rendang.
    secara ringkas cara di proses: siput babi hidup disiram lembabkan, segala kotoran dan lendir akan keluar, begitu juga tahinya, di ulang beberapakali dan akhir sekali di rendam dengan air garam untuk beberapa jam, basuhbersih2 dan kukus, biar betul2 masak untuk membunuh bacteria terutama solmanila- kuman taun, sejuk daging di cungkil dan di basuh dan rebus sekali lagi. daging ni boleh di kerigkan atau terus digaul ngan ramuan untuk sate, masak rendang, goreng dll.
    secara komersil siput babi diternak, isi siput babi yang bersih di kisar dan di kering oven pada 50darjah C selama 8 jam, dikisar jadi tepung. di ekspot keluarnegeri. guna buat campuran dalam susu bayi agar pembesaran bayi cepat, sebab mengandungi high protein content, jadi tak tahulah samada susu yang kita bagi kat bayi kita ada mengandungi tepung siput babi atau tidak, sebab susu didatangkan in bulk dari luar sebelum di tin/bagkan di msia.wallauaalam.

  18. rhythma permalink
    05/10/2009 10:06 am

    Salam Akhi,

    Kalau nak tnya kemusykilan agama dgn tajuk atau topic lain, camne nak tnya? Kt sini ke atau ada link2 yang Akhi sediakan khas dlm blog ni? (x nak sepahkan susunan kandungan blog orang..)

    • 05/10/2009 3:03 pm

      Salam, akhie rhythma

      Dalam blog ini, saya tidak bercadang mewujudkan ruangan untuk mengemukakan soalan, kerana khuatir tidak dapat memberi komitmen untuk menjawab secara konsisten. Kebanyakan soal jawab yang saya masukkan dalam page Soal Jawab, adalah jawapan saya di forum Al-Ahkam.

      Tetapi jika ada pengunjung menghantar soalan melalui fungsi hubungi dan ia sesuai untuk tatapan umum, -In Sya Allah- jika saya mampu jawab, saya jawab dan masukkan dalam ruangan Soal Jawab.

      Sekian.

      • rhythma permalink
        06/10/2009 11:50 am

        Akhi,

        Guna dhomir saya, ana tringat kesah ikan ‘aya’ ms dgn akhi kecik2 dulu. Lahai…

        • 06/10/2009 1:23 pm

          Akhie rhythma, mengimbau kenangan kita masa budak-budak dulu, memang cukup banyak. Hehe…. melucukan pun ada..

  19. Mohd Irwani Hafiz Bin Sahid permalink
    07/10/2009 12:42 pm

    Siput babi ialah haiwan di bawah sub-class pulmonata bermakna ia bernafas dengan meggunakan paru-paru. Ia tidak mempunyai insang dan tidak boleh hidup di dalam air. Jadi ia bukanlah haiwan yang bersifat dua alam. Jika dibandingkan dengan siput sedut, ia mempunyai kedua-dua insang dan paru-paru. Walaubagaimanapun paru-paru tersebut bersifat sementara. Ia masih dikategorikan sebagai haiwan aquatik. Dari segi racun, ia mungkin beracun di sebabkan oleh parasit seperti flux worm yang hidup di tubuh siput ini. namun parasit ini mudah di bunuh dengan cara memasaknya. Daging lain seperti lembu uga mungkin mengadungi parasit yang sama. Lendir siput pula terdiri dari glikoprotein dah ia mudah di buang kerana ianya larut air (water soluble). Hanya rendam atau stim kan siput ini dan lendirnya akan berkurangan.

  20. Mohd Irwani Hafiz Bin Sahid permalink
    07/10/2009 12:48 pm

    Siput babi juga di katakan mempunyai banyak khasiat perubatan. Ianya jarang di perkatakan. sila bincang isu ini.

  21. Anonymous permalink
    09/10/2009 6:55 am

    bagi aku haram makan siput babi ni
    sebab nama dia pun siput babi
    sah2 lah ade keturunan babi
    haram bg umat islam memakan dan menyentuh babi dan keturunannya..
    dengar nama sudah meloyakan apalagi mahu memakannya!!!
    tidak sama sekali bagiku..
    haha betul tak ustaz?

    • yai permalink
      03/01/2010 10:10 am

      apa pulak.siput tu pun tak tau org panggil dia babi.sapa yg ngada2 panggil dia siput babi.kalau org panggil dia siput ayam,siput kfc,siput ikan ke,dah tentu kamu mkn dia skrg ni.apa kata kalau siput sedut tu org panggil siput anjing?mesti kamu x mkn dia kan…

    • 28/02/2014 7:38 am

      siput babi x haram. xde nas yg jelas mngatakn ia haram. bkn 2 alam, x beracun. org Melayu je bg nama babi pd siput ni. bkn bhsa bgsa lain d dunia. mnyk patinya bole mmudakn kulit. dggnya bole dmkn.

  22. Mohd Irwani Hafiz Bin Sahid permalink
    09/10/2009 11:30 am

    Merujuk kepada: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke – 20 (JAKIM)
    Source: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa – 02 April 1988
    Perusahaan menternak siput babi untuk ekspot ke luar negara sebagai bahan makanan adalah harus.

  23. Mohd Irwani Hafiz Bin Sahid permalink
    09/10/2009 11:35 am

    Nama sains baginya ialah Achatina fulica;,,hanya kita (orang melayu) yang memberi nama siput babi. Di tempat lain ianya dikenali sebagai:

    Nwa – Akan, Ghana
    Kamniyo – Luo, Kenya
    Ekhumuniu – Luhya, Kenya
    Kreteke – Northern tribes of Ghana,Togo, Nigeria & Burkina Faso
    Konokono – Swahili, East Africa

  24. 12/12/2009 11:26 pm

    Excellent post, great looking blog, added it to my favorites.

  25. Mohd Irwani Hafiz Bin Sahid permalink
    18/01/2010 12:27 pm

    sila bincang isu ini

  26. AZIE permalink
    21/01/2010 11:35 am

    salam…
    maafkan saya bertanya…
    saya pernah makan siput babi tapi di import dari france..
    yang dimasak bersama keju(biasa terdapat di restoran steak)
    adakah ia cara masakan tersebut mempengaruhi halal @ haram(kecuali mengunakan benda2 haram)…kerana saya ada terbaca artikel yang siput babi halal jika syarat masaknya betul…contohnya kena masak dengan air yang panas…

    • 26/07/2010 9:30 am

      Siput dari France itu Escargot = garden snail = siput babi Perancis. Saya pernah makan di CableCar, Sunway Pyramid. Taklah teruk mana rasanya, ok jer… lemak-lemak masih (sbb masak dengan butter).

      Kenapa tak buleh makan siput ya? Sbb dia dwi jantina ke?

  27. Mohd Irwani Hafiz Bin Sahid permalink
    11/02/2010 2:59 am

    siput babi tapi di import dari france ialah dari spesis Helix pomatia yang di ternak di ladang. Dari segi tatacara memasak, adakalanya wine di campurkan dalam masakan tetapi ia bergantung kepada resepi. Berapa harga siput tu di pasaran Malaysia?

  28. Mohd Irwani Hafiz Bin Sahid permalink
    08/03/2010 6:04 am

    Siapakah tuan penulis ini? Saya tak kenal…..

  29. 10/05/2010 5:38 am

    BANYAK BENDA LAIN BOLEH MAKAN KENAPA SIPUT BABI YANG KALIAN CARI? KALAU MASALAH NAK RASA ATAU NAK MENCUBA ITU SENDIRI CARI PENYAKIT. KALAU TAK ADA WANG CARI LAH.. DAH ADA DUIT MAKAN LAH KALIAN YANG HALAL LAGI ENAK. ENTAH APA2 NTAH

  30. Kulop permalink
    15/06/2010 2:58 am

    merujuk kepada Dr Nur, saya berpendapat ia adalah persoalan pemikiran. Kenapa nak makan siput babi? begini mungkin bagi masyarakat Malaysia ia adalah sesuatu yang menjijikan dan pelik. Tetapi jika kita berpandangan luas, kita perhatian bangsa 2 lain didunia tidak pula menganggap ia menjijikkan tetapi ia adalah sejenis makanan yang digemari. Persoalan halal dan haram, kita serahkan pada fatwa dan para ulama. Tetapi kita harus akur terdapat fatwa yang menghalalkanya. Cuma mungkin bangsa kita “MELAYU” tidak menerima baik perkara ini. tetapi kita jangan lupa bahawa dunia ini luas.

  31. Kulop permalink
    02/08/2010 5:57 pm

    komen la

  32. Mohd Irwani Hafiz Bin Sahid permalink
    13/08/2010 3:42 pm

    Saya nak tanya menegnai hukum memakan ulat mulong (Rhynchophorus ferruginenus) yang dimakan oleh orang-orang di Sarawak, termasuk orang melayu. Adakah ia haram dimakan?

    • Anonymous permalink
      04/05/2011 8:08 pm

      orang orang tua kata………….siput babi tidak boleh dimakan,,,,apakah ia benar???????????????

  33. 09/06/2011 9:37 am

    Assalamu’alaikum Wrmbth,

    Terima kasih atas artikel ini. Saya ada satu persoalan yang ingin diutarakan.

    Kenapa kita boleh makan siput sedut dan siput lain tetapi siput babi pula ada pendapat yang mengharamkannya?

    Atau adakah semua siput termasuk dalam perbincangan ini? Jika insan yang memilih siput babi haram dimakan maka semua siput lain juga haram di makannya?

    Terima kasih. :)

    • 13/06/2011 10:57 pm

      Waalaikumussalam..
      Siput sedut hukumnya berbeza dengan siput babi walaupun kedua-duanya kita sebut ‘siput’. Sebab siput sedut dikira hidupan air, jadi tak ada masalah dalam hukumnya. Berbeza dengan siput babi yang hidup di darat. Sebab itu ada khilaf pada siput babi. Wallahu A’lam.

  34. cipanpayakeratong permalink
    01/11/2011 4:35 pm

    Merujuk kepada: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke – 20 (JAKIM)
    Source: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa – 02 April 1988
    Perusahaan menternak siput babi untuk ekspot ke luar negara sebagai bahan makanan adalah harus.

  35. 17/11/2011 10:14 pm

    Its like you learn my mind! You seem to understand a lot approximately this, like you wrote the e-book in it or something. I feel that you can do with some percent to drive the message home a little bit, but instead of that, this is fantastic blog. A fantastic read. I will certainly be back.

  36. annmraz permalink
    13/02/2014 12:22 am

    Assalamualaikum..izinkan saya bertanya..bgaimana pula dengan lendir siput yg digunakan dlm bahan kosmetik?…adakah ianya halal? Tq.:-)

  37. annmraz permalink
    13/02/2014 12:24 am

    Mudahan ada jawapan bg soalan saya :-)

  38. 25/03/2014 11:17 am

    This is a great tip especially to those new to the blogosphere.
    Simple but very accurate info… Thanks for sharing this one.

    A must read post!

  39. 15/04/2014 4:53 am

    I am not sure where you are getting your information, but good topic.
    I needs to spend some time learning much more or understanding
    more. Thanks for magnificent info I was looking for this info for my mission.

  40. Anonymous permalink
    26/07/2019 9:25 am

    Benda mudah, sapa yg bpegang kpd hukum haram dgn hujjah mazhab dia , maka haram utk dia. Sapa yg bpegang kpd hukum halal, maka halal bg dia. Syariat bukan menyusahkan…
    Yg haram dgn nas telah jelas dan terang…
    Yg penti

Trackbacks

  1. Buat Peminat Siput Babi (Halazun @ Escargot) « Bicara ABCD
  2. C'est la vie!
  3. Hukum Makan Siput Babi « PERMATA ILMU ADIBKAYA

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: