Skip to content

Saham Syarikat Yang Bercampur Halal dan Haram

17/06/2008


Soalan:
Apakah pandangan syarak tentang hukum membeli saham daripada syarikat-syarikat yang sebahagian aktivitinya adalah haram, seperti terdapat unsur riba, unsur perniagaan barangan tidak halal, dan seumpamanya?

Jawapan:
Daripada fatwa ulama-ulama kontemporari, resolusi beberapa kongres Islam, dan keputusan panel-panel syariah beberapa badan kewangan Islam, kita dapat rumuskan bahawa terdapat 2 pandangan di dalam hukum pembelian saham-saham syarikat yang bercampur aktivitinya antara halal dan haram.

Pendapat Pertama:
Hukumnya haram. Dan dipilih oleh:

i- Majmak al-Feqh al-Islami @ Islamic Fiqh Academy (IFA) yang bernaung di bawah OIC. Dalam satu persidangannya, diluluskan satu resolusi berbunyi:
“Dari segi asas, haram membeli saham di syarikat-syarikat yang kadangkala berurusan dengan anasir haram, seperti riba dan lain-lain, sekalipun aktiviti asasnya bertepatan dengan syarak”

ii- Al-Majmak al-Feqhiy al-Islami yang bernaung di bawah Rabitah al-Alam al-Islamiy (Muslim World League). Dalam satu resolusinya menyebut:
“Tidak harus bagi seorang muslim membeli saham-saham syarikat dan bank jika sebahagian ativitinya adalah riba, walhal pembeli itu mengetahui perkara demikian”.

iii- Lajnah Daemah di KSA yang dipengerusikan oleh Syeikh Bin Baz.

iv- Jawatankuasa Syariah di Dubai Islamic Bank.

v- Jawatankuasa Syariah di Kuwait Finance House.

vi- Jawatankuasa Penyelidikan Syarak di Bank Islam Sudan.

Pendapat Kedua:
Harus membeli saham di syarikat yang urusniaganya bercampur halal dan haram. Tetapi keuntungan yang diperolehi, hendaklah dibersihkan bahagian haramnya, mengikut peratus riba di syarikat.

Antara yang berpendapat demikian ialah:

i- Jawatankuasa Syariah di Al-Rajhi Bank Corp.

ii- Jawatankuasa Syariah di Jordan Islamic Bank.

Sesetengah yang mengharuskan meletakkan tanda aras berdasarkan peratusan untuk mengukur tahap percampuran yang dibenarkan.

Dan pendapat kedua yang mengharuskan inilah yang diguna di Malaysia secara rasmi. Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti telah meletakkan tanda aras tertentu mengikut jenis aktiviti.

Contohnya:

-Tanda aras 5% digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktivti yang jelas keharamannya, seperti riba, judi, dan daging babi.

– Tanda aras 10% bagi percampuran sumbangan aktiviti yang melibatkan unsur umum balwa.

– Tanda aras 20% bagi mengukur percampuran sumbangan terima sewaan daripada aktiviti tidak patuh syariah.

– Tanda aras 25% bagi mengukur percampuran sumbangan aktiviti yang secara umumnya bertepatan syariah dan bermaslahah, namun terdapat unsur lain yang menjejaskan status syariahnya.

Walaubagaimanapun, penetapan kadar tanda-tanda aras ini hanyalah diasaskan kepada ijtihad. Jadi, ia bukan satu yang qat’ie, dan ia boleh dikaji semula dan dikemaskini mengikut masa.

Secara keseluruhan, seseorang Muslim wajar menghindari aktiviti-aktiviti yang diperselisihkan seperti ini. Kerana mengelak diri daripada perkara khilaf adalah dituntut.

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis adalah di Al-Ahkam.net

Advertisement
5 Comments leave one →
  1. Hamba Allah permalink
    20/06/2008 4:50 am

    Assalamualaikum wbt…. Kaifahaluk ustaz.. Macam mana dgn munaqosyah Master ustaz??? Absyir Insyallah..

  2. abuumair1 permalink
    20/06/2008 5:00 am

    Waalaikumsalam wbt.. Bi Khair.. Sepatutnya tarikh yg dipersetujui unt munaqasyah Rabu baru-baru ni 18Jun. Tp sbb bertembung dgn munaqasyah phd yg lain, tpaksa ditangguh kpd fasal depan. Hamba Allah ni siapa.

  3. Hamba Allah permalink
    20/06/2008 5:06 am

    ana doa kan semoga ustaz di permudahkan Oleh Allah semasa Munaqosyah nnt.. dan kalau ustaz tak keberatan nnt siar la video munaqosyah ustaz..,,

  4. Heru permalink
    07/08/2008 6:43 pm

    Assalamualaikum ustaz

    Dimanakah letak haramnya kalau membeli saham?

    Salam

    Heru

  5. abuumair1 permalink*
    09/08/2008 12:44 pm

    Ù‹Waalaikumussalam..
    – Melabur dengan membeli saham adalah harus, jika ditepati syarat-syaratnya. Antaranya:
    – membeli saham daripada syarikat yang operasinya adalah produk halal.
    – Dan syarikat tidak meletakkan sebahagian modal pelabur di bank riba untuk menjamin keuntungan.

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: