Skip to content

Kerana Seekor Semut

19/06/2008

Seorang penuntut ilmu mesti mempunyai hemah yang tinggi. Jiwanya mesti kental, dan semangatnya mesti kuat. Tanpa kekuatan ini, usahlah seseorang pelajar bercita-cita menguasai ilmu yang dipelajari. Apatah lagi mahu mengaku sebagai seorang alim.

Itulah pengajaran daripada sejarah pengajian Al-Syeikh Al-Allamah Al-Mukhtar Bin Bunah, tokoh ulama Lughah dari Negara Muritania. Seorang yang sangat mahir dalam Tatabahasa Arab (Nahu) dan Lughah. Karangan-karangannya dijadikan bahan rujukan penting, dan bait-bait syair gubahannya menjadi hafalan para ulama di sana.

Tetapi siapa sangka, tokoh hebat ini mempunyai sejarah pahit pada permulaan pengajiannya. Pada awal pengajiannya, beliau membaca sebuah kitab kecil. Tajuknya Matan Ajurrumiyyah. Sebuah kitab tatabahasa Arab yang sangat popular terutama di sekolah-sekolah pondok. Kali pertama membacanya, beliau langsung tidak memahaminya. Beliau mencuba kali kedua. Setelah khatam membaca kitab ini buat kali kedua, masih banyak yang tidak difahami isi kandungannya. Lantas, beliau berputus asa.

Beliau membawa diri dan berteduh di bawah sepohon pokok. Tiba-tiba, beliau ternampak seekor semut sedang memanjat sebatang ranting kecil. Di hujung ranting itu, terlekat secebis lemak. Lemak itulah yang mengundang semut ini memanjat untuk mendapatkannya. Malangnya, setiap kali sampai di tengah-tengah ranting, semut itu terjatuh ke tanah. Setiap kali jatuh, ia bangkit dan cuba memanjat kembali. Sehinggalah tujuh kali semut itu naik dan jatuh, akhirnya ia sampai juga ke kawasan lemak yang diidamkan.

Lalu dia pun berkata: “Takkanlah semut ini lebih kuat semangatnya daripada aku.. Tak mungkin!!”. Dia merasa tercabar oleh perbuatan seekor serangga. Walaupun badannya kecil, tapi semangatnya kuat untuk mencapai apa yang diingini. Lantas beliau pulang, dan membaca kitabnya Matan Ajurrumiyyah sebanyak tujuh kali juga. Dengan kesungguhannya, Allah Taala memberikan kepadanya kefahaman dalam ilmu lughah dan tatabahasa Arab. Akhirnya, beliau menjadi seorang imam yang terkenal dalam bidang Bahasa Arab.

Kuncinya ialah jangan cepat berputus asa, bersabar dalam menuntut ilmu, dan istiqamah dengan semangat dan hemah yang kental. Semoga Allah menggolongkan kita di dalam orang-orang yang sabar dan istiqamah.

Advertisement
7 Comments leave one →
  1. 19/06/2008 6:45 am

    Terima kasih sheikh Abu Umair atas nasihat..
    alangkah malunya kita kepada semut kalau kita tidak mempunyai semangat sebegitu..

  2. ahchonx permalink
    19/06/2008 3:06 pm

    Terima kasih ustaz,
    insyaAllah bersemangat saya bila baca artikel tazkirah ustaz ni.

  3. Hamba Allah permalink
    20/06/2008 5:17 am

    jazakumullahi khairan kasira

  4. acai permalink
    22/06/2008 5:13 am

    salam, lama kita tak jumpa. tup tup dah ada blog.
    Alf Mabruk

  5. Teguh Iman Resources permalink
    22/06/2008 3:03 pm

    Assalamualaikum…Akhirnya impian ana utk melihat Syeikh Abu Umair buat tercapai jua. Ana ni Nubli. Ana dah berkali-kali masuk blog ni.. tak puas baca.. Artikel semut ini memaparkan moral yang biasa kita dengar. Cuma contohnya sahaja yang amat LUAR BIASA. Sila ke blog Tim ana. Ada juga cerita pasal semut. klik kt sini –>> http://mukjizatsaintifik.blogspot.com/2007/07/matlamat-kehidupan-2.html

  6. abuumair1 permalink
    22/06/2008 3:37 pm

    Barakallah Fiik Ya Syeikh Nubli…
    Menarik tulisan enta tentang penemuan saintifik pasal semut tuh…
    Rupa-rupanya, benda kecik2 sekeliling kita pun, ada peranan besar dalam kehidupan kita. Teruskan membongkar…

  7. 23/09/2008 2:25 am

    Salam..

    Cerita ni sama seperti kisah permulaan Imam Al-Kisa’i dalam menuntut ilmu nahwu. Boleh dibaca di dalam kitab La Tahzan li Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni.

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: