Skip to content

Gelatin Dalam Vitamin

26/06/2008

Soalan:
saya telah membeli sejenis supplement/vitamin yang diimport dari England dari sebuah farmasi. Apabila melihat kepada bahan-bahannya, ada tercatat ‘gelatin’. Maka, saya melakukan research dan mendapati ‘gelatin’ yang digunakan untuk supplement ini adalah daripada bovin (sejenis kerbau/seladang). Persoalannya sekarang, saya musykil apakah status gelatin yang mereka gunakan untuk menghasilkan supplement ini sekiranya kerbau/seladang itu tidak disembelih mengikut hukum syarak? Harap dapat memberi penjelasan…terima kasih.

Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

– Jika gelatin tersebut diperbuat daripada sumber halal seperti tumbuhan atau haiwan halal yang disembelih, tidak syak bahawa hukumnya halal.

– Jika ia diperbuat daripada sumber haram seperti khinzir atau haiwan yang tidak disembelih, maka dirujuki masalah istihalah.
Pertama: Adakah untuk menghasilkan gelatin, ia melalui proses istihalah (perubahan zat secara menyeluruh) atau tidak melalui istihalah menyeluruh.
Kedua: Adakah najis yang melalui proses istihalah dianggap suci ataupun tidak.

– Nadwah Feqah Perubatan ke-8 yang diadakan di Kuwait pada tahun 1995 memutuskan bahawa gelatin yang terhasil melalui proses istihalah daripada kulit, tulang dan bahagian2 haiwan yang najis. dihukum sebagai suci dan halal dimakan.

– Jadi, jika dimaklumi bahawa gelatin itu melalui proses istihalah menyeluruh, dan dipegang pendapat bahawa istihalah sesuatu yang najis mengubahnya kepada suci, maka hukum mengambil ubatan yang mengandungi gelatin yang diperbuat daripada sumber najis adalah harus.

– Di dalam masalah yang anda kemukakan, gelatin itu diperbuat daripada haiwan halal. Cuma diragui adakah disembelih secara syar’ie atau tidak. Kaedah dalam masalah ini, sama dengan kaedah daging yang diimport daripada negara Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian). Nas al-Quran menghalalkan makan daging yg disembelih oleh mereka. Oleh itu, asal kepada gelatin tersebut adalah halal sehingga ada dalil yang yakin bahawa ia tidak halal.

Wallahu A’lam.

rujukan:
– Ahkam al-Ath’imah Wa al-Zabaih.
– Ahkam al-Adwiyah Fi al-Syariah.
– Ahkam al-Zabaih wa al-Luhum al-Mustauradah.

Jawapan asal penulis di: Al-Ahkam.Net

Advertisements
4 Comments leave one →
  1. 28/06/2008 10:22 pm

    Salam…

    Camana nak tau gelatin dalam suatu makanan tu dah hilang sifat atau tidak? Saya di luar negara dan banyak makanan ada gelatin.

    Ikut sebaran komuniti Islam sini, apa-apa yang ada gelatin, ditinggalkan.

  2. abuumair1 permalink
    30/06/2008 11:36 pm

    Bentara,
    Untuk mengetahui samada gelatin itu melalui proses istihalah sepenuhnya atau tidak, memerlukan kepada kajian. Dalam kitab ‘Ahkam al-Adwiyah Fi Al-Syariah’ disebut bahawa ahli penyelidikan mengatakan kebanyakan gelatin yang digunakan tidak melalui proses istihalah menyeluruh. (m/s 334).
    Jadi, jika ia dibuat dari haiwan yang tidak halal, lebih baik dielakkan.
    Wallahu A’lam,

  3. zarith permalink
    31/07/2008 7:12 am

    ubat yang diekstrak dari khinzir pula bagaimana ust?seperti insulin ataupun clexane

  4. abuumair1 permalink*
    01/08/2008 7:11 am

    zarith,
    Hukumnya sama dengan gelatin yang diperbuat daripada khinzir. Jika melalui proses ekstrak itu berlaku istihalah, iaitu pertukaran kepada zat lain, dengan sifat2 lain, maka ia adalah halal.
    Wallahu A’lam.

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: