Menuntut Ilmu
-
Sebelum Beramal dan Berucap, Tuntutlah Ilmu…
Bagaimana dapat dipastikan satu-satu amalan itu dilakukan sempurna dan betul, andai pelakunya tidak mempunyai ilmu tentang amalan yang mahu dilakukan. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah menegur sahabat yang berwudhuk dengan tidak menyempurnakan basuhan air ke kaki. Baginda bersabda, “Azab seksaan dan kebinasaan bagi tumit-tumit kaki tersebut”. Riwayat Bukhari (no: 60), dan Muslim (no: 241). Amalan… Continue reading
-
Fenomena Berani Berfatwa
Sejak kebelakangan ini kelihatan satu gejala yang melanda sebahagian orang Islam, iaitu berani berfatwa. Setiap kali timbul isu yang melibatkan hukum-hakam agama, maka menjelmalah ramai ‘mujtahid’ yang pantas mengutarakan pendapat mereka. Adakalanya, ‘fatwa-fatwa’ mereka kelihatan mendahului keputusan ahli-ahli fatwa yang lebih berautoriti. Pernah satu ketika timbul isu yang agak menggemparkan negara, yang ada hubung kait… Continue reading
-
Tahukah Anda?
Tahukah anda: 1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan. 2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan… Continue reading
-
Ma’radh Kitab (Ekspo Buku)
Ma’radh Kitab atau Ekspo Buku Tahunan anjuran Universiti Islam Madinah secara rasmi dibuka pada 24 Mac baru-baru ini. Acara tahunan ini berlangsung sehingga 6 April 2009. Bagi penggemar kitab-kitab Arab, peluang seperti ini dinanti-nanti untuk memborong sebanyak mungkin bahan rujukan yang sudah pasti terlalu berharga apabila pulang ke tanahair nanti. Seorang penuntut ilmu tidak boleh… Continue reading
-
Mencari Kiblat Di Depan Kaabah
Mengetahui arah kiblat adalah kewajipan setiap Muslim di mana sahaja dia berada. Kerana menghadap ke arahnya adalah salah satu syarat sah sembahyang yang tidak ada perselisihan padanya. Bagi umat Islam yang berjauhan dengan Masjdil Haram, terdapat pelbagai kaedah untuk menentukan arah kiblat. Antara kaedah tradisional ialah kaedah matahari istiwa di atas Kaabah. Kejadian matahari istiwa… Continue reading
-
Tidak Boleh Ingkar Masalah Khilaf?
“Tidak boleh ingkar masalah khilaf”. Inilah ungkapan yang kadangkala membantut sesuatu perbincangan atau penilaian terhadap kesahihan sesuatu pendapat atau amalan. Kata-kata ini kerap dijadikan benteng untuk mempertahankan satu-satu pendapat sekalipun pendapat itu tidak muktabar dalam syariat. Ungkapan “Tidak boleh ingkar masalah khilaf” sangat masyhur, sehingga sebahagian ulama menjadikannya sebagai satu kaedah dalam feqah dan memasukkannya… Continue reading
-
Panduan Berinteraksi Dengan Khilaf Ulama
Sebagai orang awam yang bukan bertaraf mujtahid, kadangkala kita merasa kebingungan apabila berdepan dengan suatu masalah feqah yang ada perselisihan pendapat. Kerana bagi orang awam, apabila berdepan dengan satu masalah feqah yang tidak diketahui hukumnya, dia mesti merujuk kepada para ulama untuk mendapatkan penyelesaian. Inilah yang diarahkan oleh al-Quran dalam ayat yang bermaksud, “Maka bertanyalah… Continue reading
-
Taisir vs Tasahul
Taisir dan Tasahul. Dua perkataan Bahasa Arab ini jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, kedua-duanya berasal dari kata dasar yang sama iaitu MUDAH. Taisir ialah: memudahkan. Tasahul pula ialah: mengambil mudah, atau bermudah-mudahan. Yang dimaksudkan dengan Taisir dan Tasahul di sini ialah pendekatan seseorang ahli agama, mufti, organisasi fatwa dan lain-lain dalam mengeluarkan fatwa dan… Continue reading
-
Hadiah Dari Morocco
Baru-baru ini, saya dihadiahkan sebuah buku berjudul ‘Mafhum Al-‘Alimiyyah Min al-Kitab Ila al-Rabbaniyyah’. Ia ditulis oleh seorang ulama dari Morocco, Syeikh Farid al-Ansari. Ia dihadiahkan oleh anak murid beliau, iaitu sahabat saya Ust Ahmad Wifaq Mukhtar, yang dikenali di http://www.al-ahkam.net dengan nama samaran izrail, salah seorang panel feqah di web tersebut. Jazahullah Khaira. Sebenarnya perkenalan… Continue reading
-
Jadi Mujtahid Dalam Masa 10 Minit!!!
Kalau anda berminat menjadi mujtahid mee segera, ikuti cara-cara di bawah. Ia hanya memakan masa 10 minit sahaja!!! Peralatan yang diperlukan (alat ijtihad) : i- Sebuah kitab Ikhtiarat Ibn Taimiyyah (seeloknya yang ditahqiq). ii- Sebuah kitab Syarah Mumti’ oleh Syeikh Uthaimin. Boleh juga ditambah dengan beberapa kitab Syeikh Albani. Jika anda tidak mempunyai rujukan-rujukan itu,… Continue reading
-
Talaqqi atau Dengar CD?
Pada zaman sekarang, wujud pelbagai medium baru untuk mendapatkan ilmu. Bukan setakat berguru di hadapan tok guru dan mutalaah kitab sahaja, seperti hal orang-orang zaman dahulu. Kini, pengajian-pengajian ilmu direkod melalui audio dan video dan disebarkan secara meluas melalui kaset, CD VCD, DVD, dan hard disk. Lebih dari itu, laman-laman web Islam rancak menyebarkan khazanah… Continue reading