Skip to content

Taisir vs Tasahul

22/12/2008

Taisir dan Tasahul. Dua perkataan Bahasa Arab ini jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, kedua-duanya berasal dari kata dasar yang sama iaitu MUDAH. Taisir ialah: memudahkan. Tasahul pula ialah: mengambil mudah, atau bermudah-mudahan.

Yang dimaksudkan dengan Taisir dan Tasahul di sini ialah pendekatan seseorang ahli agama, mufti, organisasi fatwa dan lain-lain dalam mengeluarkan fatwa dan hukum.

Metod Taisir (memudahkan) diakui wujud dalam syariat Islam, iaitu dalam ucapan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, “Permudahkan dan jangan memayahkan”. Ungkapan baginda ini direkod dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

Di dalam Al-Quran juga terdapat banyak ayat-ayat yang menyerlahkan bahawa Islam itu mudah dan bukannya payah.

Namun, pendekatan memudahkan tidak harus disalahgunakan hingga terkena pula penyakit mengambil jalan mudah. Contohnya, dalam menyelesaikan suatu permasalahan feqah, seorang mufti tidak boleh sengaja mencari-cari manakah pendapat ulama yang paling ringan dengan hujah Islam itu mudah, dan tidak memayahkan. Sebaliknya, mufti yang amanah mesti mengeluarkan fatwa yang dipercayai bahawa ia adalah hukum yang paling hampir dengan kebenaran. Sudah pasti yang paling sahih dalilnya, dan paling kukuh hujahnya.

Para sarjana Islam telah bersepakat bahawa haram bagi seseorang memilih pendapat-pendapat yang paling mudah dalam segala masalah.

Sulaiman al-Taimiy berkata: “Jika kamu mengambil pendapat mudah dari setiap orang alim, maka terhimpunlah segala keburukan pada kamu”. Ibn Abdil Barr menulis komentar berikut: “Perkara ini adalah ijmak yang aku tidak mengetahui ada perselisihan padanya”. (lihat: Jamik Bayan al-Ilm Wa Fadhlih, hlmn: 2/91).

Al-Auza’i pula menuturkan kata-kata yang lebih keras, “Sesiapa yang mengambil pendapat-pendapat ganjil ulama, maka terkeluar dari Islam”. (lihat: Siyar A’lam an-Nubala 7/125).

Haram juga bagi seseorang mufti bersikap Tasahul (bermudah-mudahan) dalam fatwa, dan haram meminta fatwa dari mufti yang dikenali dengan sikap itu.

Ibn Muflih Al-Hanbali berkata, “Haram bagi mufti bersikap tasahul (bermudah-mudahan) dan haram bertaqlid kepada mufti yang dikenali dengan sikap itu”. (lihat: Zajrul Fuqaha An Tatabbu’ Rukhas al-Fuqaha, hlmn: 66).

Justeru, dalam mengaplikasikan pendekatan Taisir (memudahkan), jangan sampai kepada sikap mengambil jalan mudah, dan memilih mana-mana pendapat yang dilihat paling mudah. Kerana taisir dituntut, dan tasahul dikutuk.

Pendekatan Taisir pula mesti diaplikasikan dengan berlandaskan kepada prinsip-prinsipnya yang telah digariskan oleh ilmuan Islam. Antara buku yang dicadangkan untuk dibaca dalam tajuk ini ialah, karangan syeikhuna Dr Muhammad Sa’d bin Ahmad Al-Yubi, pensyarah Universiti Islam Madinah. Judulnya: ‘Dhawabit  Taisir al-Fatwa Wa al-Radd ‘Ala al-Mutasahilin Fiha’.

Sekian.

Advertisement
4 Comments leave one →
  1. zarith permalink
    24/12/2008 1:27 pm

    assalamualaikum ust.
    sebagai org awam,mcm mana nak bezakan sama ada pendapat seseorang mufti itu taisir atau tasahul? jazakallah

  2. 24/12/2008 2:34 pm

    Waalaikumuusalam,

    akhie zarith,

    Ahli ilmu berpesan supaya kalau mahu merujuk kepada mufti, maka hendaklah melihat kepada 2 perkara:
    1) taqwa, warak, dan soleh.
    2) berilmu
    Jika ada dua sifat ini, In Sya Allah seorang mufti pasti amanah dengan Allah, dan tidak bersikap tasahul dengan hukum hakam.
    Wallahu A’lam

  3. ahmad permalink
    20/02/2009 12:30 am

    salam,
    pohon keizinan utk disebarluaskan ustaz..syukran

  4. 20/02/2009 8:59 pm

    Waalaikumussalam

    saudara ahmad,

    Tidak ada halangan untuk disebarkan artikel-artikel di blog ini untuk tujuan penyebaran ilmu dan dakwah.

    Sekian

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: