Skip to content

Mencari Kiblat Di Depan Kaabah

27/02/2009

28012009057

Mengetahui arah kiblat adalah kewajipan setiap Muslim di mana sahaja dia berada. Kerana menghadap ke arahnya adalah salah satu syarat sah sembahyang yang tidak ada perselisihan padanya. Bagi umat Islam yang berjauhan dengan Masjdil Haram, terdapat pelbagai kaedah untuk menentukan arah kiblat.

Antara kaedah tradisional ialah kaedah matahari istiwa di atas Kaabah. Kejadian matahari istiwa di atas Kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei, jam 5.16 petang (Waktu Malaysia) dan pada 16 Julai, jam 5.28 petang (Waktu Malaysia). Pada ketika itu, bayang objek tegak di seluruh dunia akan merujuk kepada arah kiblat.

bintangSelain itu, beberapa kaedah yang merujuk kepada kedudukan buruj bintang juga boleh dijadikan panduan menentukan arah kiblat. Contohnya, kedudukan buruj Orion atau buruj Al-Babadour. Pada buruj tersebut, terdapat 3 bintang yang berderetan, iaitu Mintaka, An-Nilam, dan An-Nitak. Unjuran tiga bintang berderetan itu adalah mengarah kepada kiblat.

Kaedah-kaedah ini boleh dijadikan panduan arah kiblat bagi orang Islam yang berjauhan dengan Masjidil Haram. Tetapi apakah penggunaan kaedah-kaedah tersebut masih relevan jika seseorang Muslim sudah berada di dalam Masjidil Haram, malahan binaan Kaabah sudah tersergam di hadapannya?

Perlukah dia mendongak ke langit memerhatikan kedudukan buruj bintang, atau menunggu tarikh kedudukan istiwa matahari, atau bermacam-macam kaedah lain untuk mencari arah kiblat, walhal Kaabah sudah kelihatan di hadapan mata kepalanya? Yang pasti hanya manusia kurang waras yang bersikap betul bendul sahaja yang tetap setia kepada kaedah buruj bintang untuk mencari arah kiblat. Orang yang berfikiran waras sudah pasti akan menghadap ke arah binaan Kaabah sebagai kiblat, kerana binaan itulah yang menjadi matlamat asalnya.

Demikian juga sikap kita dalam mencari kebenaran, dan berinteraksi dengan pendapat-pendapat para ulama. Matlamat kita yang utama dan asas ialah untuk mencari kebenaran melalui petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah. Untuk itu, kita perlu kepada penunjuk arah yang membantu kita untuk mendapatkan ilmu daripada sumber Al-Quran dan Al-Sunnah. Penunjuk arah itu adalah para ulama.

Apabila seseorang telah bertemu dengan matlamatnya yang asal iaitu dalil-dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah dengan kefahaman yang betul, maka dia umpama seorang yang sudah berada di hadapan binaan Kaabah. Misinya sudah tercapai. Hajatnya sudah tertunai. Lantas, dia mesti berpegang kepada dalil yang sudah jelas dan terang di hadapannya. Dia tidak boleh lagi sengaja meninggalkan dalil yang jelas dan nyata, semata-mata kerana mahu bertaklid kepada orang lain.

Inilah pendirian yang diajar oleh Imam Syafie di dalam ungkapan masyhurnya:

“Manusia berijmak (sepakat) bahawa sesiapa yang sudah mendapati secara terang dan jelas satu Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak boleh dia meninggalkannya kerana mengikut kata-kata orang lain”.

Dari sini, kita dapat membezakan antara orang yang bertaqlid kepada seseorang imam secara buta, dengan orang yang menjadikan kata-kata ulama sebagai panduan dan pedoman untuk mencari kebenaran.

Orang yang bertaklid buta hanya mengambil pendapat seseorang imam, tanpa mengkajinya apatah lagi mencari dalilnya daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Orang ini ibarat menggantung rantai di leher dan mengikut ke mana arah orang yang mengheretnya. Sikap bertaklid buta kepada seseorang imam, mengikut semua pendapatnya dalam semua permasalahan, malas mengkaji dan mencari dalil untuk dijadikan pegangan, adalah sikap yang tidak patut ada pada seorang yang diberi akal fikiran.

Manakala orang yang diberi taufiq oleh Allah, akan mencari kebenaran dengan belajar ilmu daripada ulama dan tidak menjadikan pendapat mereka sebagai matlamat. Jauh sekali mengangkat teks kata-kata seseorang imam setaraf nas wahyu yang maksum. Matlamat pengajiannya ialah mengetahui dalil Al-Quran dan Al-Sunnah. Peranan ulama ialah membantu dan menjadi panduan untuk mencapai visi sebenar.

Janganlah kita menjadi orang yang teraba-raba mendongak ke langit mencari arah kiblat melalui kedudukan buruj bintang, padahal dirinya sudah berada di hadapan Kaabah.

Demikian perumpamaan yang dibuat oleh Ibn Qayyim Al-Jauziyyah. Katanya:

“Sesiapa yang berpandukan bintang untuk menentukan arah kiblat, apabila dia sudah menyaksikan kiblat itu, maka sudah tidak ada erti lagi untuk berpandukan kepada bintang”.

Sekian.

Advertisement
9 Comments leave one →
  1. yasir permalink
    28/02/2009 9:01 am

    assalamualaikum ustaz..
    artikel yg baik. kenyataan ustaz itu mmg sangat relevan bagi penuntut ilmu syariah. tetapi bagi pelajar2 jurusan lain, setakat manakah mereka dibebani dengan semua itu? apabila datang kepadanya pendapat2 ulamak, setakat manakah dia dia perlu kaji yg mana yg paling rajih. apabila berlaku khilaf pada darjat hadis, setakat manakah yg dia perlu kaji utk mengetahui pendapat yg paling tepat, dgn isu manhaj mutaqaddimun dan mutaakhirun nya, dgn khilaf pada maksud istilah2 nya.
    setakat mana tanggungjawab dan bebanan dlm mengkaji ilmu syariah bagi seorang yg telah memilih jurusan selain jurusan ilmu syariah?

    jazakumullahu khaira.

    • 02/03/2009 8:52 am

      Waalaikumussalam

      Akhie yasir,

      Benar, bagi mereka yang takhassus ilmu syariat, mendalami Bahasa Arab, dan berkemampuan memahami dalil, maka hendaklah berpegang kepada pendapat yang dilihatnya tepat dan paling kuat dalilnya, dengan berpandukan kepada kefahaman ulama yang dipercayai.

      Bagi yang tidak takhassus syariat pula, bukan semua mereka tidak mampu memahami dalil. Ada golongan yang diberi kurniaan Allah dengan akal dan kecerdikan yang tinggi, dan mampu memahami dalil jika diterangkan.

      Golongan jenis ini juga -walaupun bukan jurusan syariah- mestilah belajar dan mengkaji antara pendapat dan dalil. Sebagaimana Al-Khatib al-Baghdadi menyebut:

      “Jika seorang awam yang luas pemikirannya, sempurna kefahamannya, apabila diminta berfikir dia mampu berfikir, apabila diberi kefahaman dia mudah memahami, maka orang seperti ini hendaklah bertanya tentang perselisihan antara mujtahid, melihat hujah-hujahan mereka, dan mengambil yang paling rajih di antaranya”. (AL-Faqih Wal Mutafaqqih).

      Manakala orang awam yang kefahaman dan kecerdikannya kurang dan tidak mampu membanding antara dalil, maka bolehlah mengikut secara taqlid kepada ulama yang berwibawa dan dipercayai.

      Kata Al-Khatib al-Baghdadi, “Jika dia (orang awam) mempunyai akal yang kurang daripada tahap ini, dan pemahamannya tidak sempurna untuk itu, maka bolehlah bertaqlid kepada ulama yang paling afdhal di sisinya”.

      Diharap nukilan ini dapat menjawab sedikit sebanayak persoalan saudara yasir.

      Wallahu A’lam

  2. yasir permalink
    02/03/2009 6:27 pm

    jazakallahu khaira

  3. yasir permalink
    05/03/2009 8:26 am

    ustaz,

    kalau dlm bab akidah pula, setakat mana yg orang awan patut tahu? yg ‘maklum biddharuuriyy’ dlm akidah itu sedalam mana? terutamanya dlm sifat2 Allah.

    • 08/03/2009 8:23 am

      Saudara yasir,

      Dalam bab akidah, sebenarnya pengajian yang mermanhaj Ahli Sunnah, adalah jauh lebih mudah dan senang difahami oleh semua peringkat masyarakat. Berbanding dengan silibus akidah yang berunsurkan ilmu kalam yang memeningkan bukan sahaja orang awam, malahan ulama sendiri.

      Kerana itu, Imam al-Haramain sebelum wafatnya, beliau menyesal daripada ilmu kalam dan bertaubat. Antara ucapannya ialah, “Aku ingin mati di atas akidah ibuku”, ataupun “Aku ingin mati di atas akidah orang-orang tua di Naisabur”.

      Jelasnya, akidah yang sebenar mampu difahami hatta oleh orang-orang awam. Termasuklah dalam bab Asma dan Sifat.

  4. abu naufal permalink
    06/04/2009 6:24 am

    assalamualaikum

    ustaz tanya bila balik m’sia…anta ada tak dapat maktabah syamilah yang terkini…

    ana ada jumpa satu kitab cuma tak tahu berapa harganya di sana : fiqh mazahib al arbaah min al ahadis as sohehah…

    tolong bagi ana maklumat ni

    jazakumullah khairan

  5. NOOR AZMAN BIN ZAINAL ABIDIN permalink
    14/06/2009 5:03 am

    INGIN TAHU LEBIH MENDALAM TENTANG KAABAH.APAKAH 3 TIANG YANG ADA DI DALAM KAABAH DI BINA OLEH MANUSIA ATAU DI SEBALIK NYA.TUMPUAN ARAH KIBLAT OLEH SELURUH UMAT ISLAM KE ARAH KAABAH TELAH TERMAKTUB.KENAPA PARA UMAT ISLAM TIDAK DI BERI MASUK KE DALAM KAABAH ? BUKAN KAH KAABAH ITU MILIK UMAT ISLAM, AGAR DAPAT TIMBUL RASA BETAPA KECIL DAN SERBA KEKURANGAN MANUSIA INI.IA PASTI MEMBERI KE INSAFAN PADA SELURUH MANUSIA BAHAWA KEKUASAAN ALLAH SUBHAN ALLAH TAALA TIADA TANDIGAN NYA.

    • 14/06/2009 8:24 pm

      – Cerita pembinaan Kaabah ni, panjang. Ahli sejarah merekodkan 12 kali ia dibina, sejak kali pertama dibina oleh Malaikat, kemudian Adam dan seterusnya…

      – Wallahu A’lam, jika Kaabah sentiasa terbuka dan sesiapa saja boleh masuk ke dalamnya, akan berkurangan rasa hebat dan ketinggiannya.

      – Selepas pembukaan Makkah, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengamanahkan Utsman bin Talhah menjaga anak kunci Kaabah. Sehingga sekarang ia masih dijaga oleh Bani Syaibah.

  6. Emmy permalink
    25/10/2009 4:11 pm

    …… KAABAH KIBLAT PENYATUAN UMMAT ISLAM SEDUNIA ……

    Ada pun arah Kaabah diMekah itu adalah Kiblat Jasad bagi kita ummat Islam satu dunia, tidak kira dari arah mana, ato dari benua mana kita tinggal… Kalo udah didalam Masjidilharam itu, apabila kita menghadap keKaabah disitulah kiblat jasad bagi kita. Hadapkanlah didepan Kaabah, kemana aja dihadap disitulah arahnya, kerana dimana aja dari 360 degree itulah arahnya kiblat bagi jasad… Yg berjauhan dari Mekah, kita telah ada Masjid, surau, hotel, rumah sendiri dll, kita telah maklom. Tetapi kalo dihutan gunakan arah matahari atau kompas kecil buat pedoman. Bagi kita diMalysia ini, kalo dimalam hari dalam pelayaran, mungkin 3 bintang selari dilangit itu boleh dijadikan sebagai rujukan…

    Soalnya apakah kedudukan kitbat Kaabah dalam Masjidilharam itu 100% tepat…?? Kaabah telah diubahsuai beberapa kali kalo mengikut sejarahnya, sehinggalah Kota Suci Mekah dibawah pentadbiran Saudi itu sekarang ini. Perlu direnungkan dahulu, apakah tapak asal Kaabah itu ianya dirujuk dahulu kedudukan dilangit sebagai Reference Point nya…?? Kalo mengikut ilmu astronomi, walau pun falak2 dialam tinggi itu dianggap Fixed Star, tetapi falak2 dilangit itu sentiasa bergerak, tetapi pergerakannya tidak sepantas peredaran planet2 yg sediada. Setiap Fixed Star itu berubah satu degree memakan masa selama 72-73 tahun per degree. Tetapi adakah tapak asalnya Kaabah telah turut sama diganjakkan sedikit demi sedikit mengikut peredaran zaman….???

    Wallahu’alam….

    Kita tunggukan saja jawapannya nanti…
    Biarkan yg Berhak itu utk menentukannya….

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: