Ibadah

  • Bacaan al-Kahfi Hari Jumaat

    Berkata Imam al-Syafi’e dalam kitabnya al-Umm: وَأُحِبُّ كَثْرَةَ الصَّلَاةِ عَلَى النَّبِيِّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – فِي كُلِّ حَالٍ، وَأَنَا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَتِهَا أَشَدُّ اسْتِحْبَابًا، وَأُحِبُّ قِرَاءَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ، وَيَوْمَهَا لِمَا جَاءَ فِيهَا. “Aku menyukai memperbanyakkan selawat ke atas Nabi -sallallahu alaihi wasallam- pada setiap keadaan. Dan pada hari Jumaat dan malam… Continue reading

  • Kemuliaan Hari Maulid?

    Kemuliaan satu-satu tempat dan satu-satu tarikh adalah disandarkan kepada ketentuan Syariat. Ada peristiwa besar yang Allah perintahkan supaya dimuliakan tempatnya dan tarikhnya, seperti peristiwa Haji. Syariat telah mengekalkan peristiwa bersejarah itu dan memrintahkan supaya bulan-bulan haji dan tempat manasik haji dimuliakan dan dijadikan perayaan sehingga akhir zaman. Ada peristiwa besar yang Allah perintahkan supaya dimuliakan… Continue reading

  • 1 Ayat 1 Quran 1 Belia

    Sempena Hari Belia Negara 2011, Kerajaan menganjurkan pelbagai program untuk para belia dengan slogan kempen Himpunan Sejuta Belia. Satu program yang menarik perhatian saya ialah Acara Tadarus al-Quran bersama Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 28 Mei 2011 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Yang menariknya daripada program Tadarus al-Quran ini ialah format dan… Continue reading

  • Hari Raya: Tuntutan dan Larangan

    Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya. 1 Syawal hampir menjelma. Seluruh umat Islam bakal menyambut hari istimewa, Hari Raya Eidul Fitri. Ia adalah satu daripada tiga perayaan yang disambut dalam Islam selain Hari Raya Eidul Adha dan Hari Jumaat yang disambut saban minggu. Ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sampai di Madinah, dan mendapati orang-orang Jahiliyyah mempunyai… Continue reading

  • 17 Ramadhan: Sambutan Nuzul Quran?

    Orang Islam Nusantara termasuk di Malaysia benar-benar ambil cakna tentang tarikh peristiwa-peristiwa penting dalam Islam. Tidak hairan apabila tiba tarikh-tarikh tertentu, pelbagai upacara persis perayaan disambut di pelbagai peringkat. Siapa kalangan kita tidak pernah mendengar tentang sambutan Maal Hijrah, Maulid Nabi, Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Nuzul Quran, dan macam-macam perayaan lagi. Dari satu sudut, sikap… Continue reading

  • Wasiat Pertengahan Ramadhan

    Hari ini 12 Ramadhan. Bererti lebih sepertiga dari bulan mulia ini sudah berlalu. Walau masih banyak hari yang berbaki sebelum ketibaan Eidul Fitri, kita wajar menyedari bahawa sepertiga adalah satu angka yang besar. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Dan sepertiga itu banyak”. Berlalunya 12 hari dari bulan Ramadhan, bermakna bulan berkat ini sudah menghampiri… Continue reading

  • H1N1: Antara Doa Nabawi & Doa Bid’ie

    Penularan pandemik Influenza H1N1 atau lebih dikenali sebagai selsema babi terlalu pantas. Perkembangan mutakhir wabak ini cukup membimbangkan semua lapisan masyarakat. Apatah lagi sehingga kini belum ada vaksin khas untuk melindungi manusia daripada jangkitan virus ini. Kalangan kelompok umat Islam, tersebar bermacam-macam doa agar dijauhi jangkitan ini. Diedarkan dalam bentuk poster, pamflet, dan flyer, ataupun… Continue reading

  • Duit Palsu, Sijil Palsu, dan…

    Duit Palsu “Duit Palsu Hantui Peniaga”. Itulah tajuk yang tertera di halaman utama akhbar Kosmo! baru-baru ini. Ia merujuk kes seorang pengurus kedai buku yang kerugian kerana menerima beberapa keping wang kertas palsu RM50 dan RM100. Walau tertera di not-not tersebut angka-angka besar, RM50 dan RM100, namun apalah ertinya jika ia wang kertas palsu. Ia… Continue reading

  • Doa Awal dan Akhir Tahun

    Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah… Continue reading

  • Merejam Syaitan di Jamrah?

    Melontar jamrah adalah salah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan dalam ibadah haji.  Ia dilakukan bermula dengan lontaran di Jamrah Aqabah pada hari raya Eidul Adha sebagai salah satu amalan tahallul, kemudian diikuti dengan lontaran ketiga-tiga jamrah pada tiga hari berikutnya yang dinamakan Hari-hari Tasyriq. Namun, tersebar di kalangan orang awam terutama yang mengerjakan haji bahawa… Continue reading

  • Salah Faham Konsep Doa

    Musim haji tiba lagi. Sebahagian umat Islam dari seluruh pelusuk dunia mula berangkat ke Tanah Suci. Sudah pasti keberangkatan mereka ke sana diiringi pelbagai persiapan dan kelengkapan untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini. Antara yang menjadi bekalan sebahagian jemaah haji ialah buku-buku panduan doa dan zikir sepanjang berada di Tanah Suci. Maka tidak hairan buku-buku… Continue reading