Duit Palsu, Sijil Palsu, dan…
Duit Palsu
“Duit Palsu Hantui Peniaga”. Itulah tajuk yang tertera di halaman utama akhbar Kosmo! baru-baru ini. Ia merujuk kes seorang pengurus kedai buku yang kerugian kerana menerima beberapa keping wang kertas palsu RM50 dan RM100.
Walau tertera di not-not tersebut angka-angka besar, RM50 dan RM100, namun apalah ertinya jika ia wang kertas palsu. Ia tidak bernilai walau sesen pun. Silap haribulan, mungkin boleh masuk mahkamah atas dakwaan menyimpan wang kertas palsu.
Rentetan kes-kes seperti ini, orang ramai dinasihatkan supaya peka dan ada inisiatif memeriksa dengan teliti sebelum menerima sebarang mata wang bagi mengelakkan daripada tertipu.
Sijil Palsu
Seperti wang palsu, sijil palsu juga tidak ada nilai dalam apa jua lapangan. Dalam bidang akademik contohnya, dengan berbekalkan sijil SPM palsu, tidak mungkin pemegangnya dapat diterima masuk mana-mana universiti, walau tertera padanya 15 A1. Kenapa? Kerana ia palsu.
Silap haribulan, merengkok dalam lokap atas dakwaan menggunakan sijil palsu. Kesalahan ini boleh didakwa di bawah Seksyen 463 hingga 471 Kanun Keseksaan. (Betulkan kalau silap)
Dalam bab-bab keduniaan, kita cukup berhati-hati dengan benda-benda palsu. Wang palsu, sijil palsu, dan macam-macam palsu lagi. Kita terlalu bimbang jika terpedaya dengan benda-benda palsu. Alangkah baik jika sikap berhati-hati dengan perkara palsu, dapat diaplikasikan dalam hal-hal ukhrawi juga.
Hadis Palsu
Seperti mana duit palsu dan sijil palsu tidak bernilai dan tidak diiktiraf dalam apa jua bidang keduniaan, begitu jugalah hadis palsu. Pada pandangan syarak, ia tidak ada nilai. Kerana ia hanya rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab. Lalu menisbahkan kononnya ia hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Apabila kita menemui hadis-hadis tentang fadhilat amalan-amalan tertentu, pastikan dahulu adakah ia hadis sahih atau hasan. Kalau ia bertaraf maudhu‘ (palsu), tinggalkan sahaja. Kerana melakukan amalan yang palsu tidak ada untungnya, dan meninggalkan amalan palsu tidak ada ruginya.
Kalau kita menerima email layang yang mengandungi hadis-hadis palsu, padamkan sahaja atau tandakan ia sebagai spam. Jangan sekali-kali forwardkan kepada orang lain. Kerana menyebarkan hadis-hadis palsu tanpa keterangan adalah satu jenayah dalam Islam.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Sesiapa meriwayatkan satu hadis daripadaku, sedangkan dia menyangka ia adalah palsu, maka dia salah seorang kalangan pendusta”. (Direkod oleh Muslim dalam Muqaddimah Sahihnya).
Hubungkan hadis ini dengan satu hadis lain, “Sesiapa sengaja berdusta ke atasku, maka sediakan tempat duduknya dalam api neraka”. (Direkod oleh Bukhari dan Muslim).
Dalam hal keduniaan, pembuat wang palsu dan pencetak sijil palsu dikira melakukan jenayah yang berat, demikian pembuat dan penyebar hadis palsu adalah penjenayah dalam agama. Ya, dalam agama, mereka penjenayah sekalipun mereka digelar ustaz dan lebai, serta memakai serban dan jubah. Malah, penyebar hadis palsu lebih besar jenayahnya daripada penyebar wang palsu.
Bulan Rajab
Masuk sahaja bulan Rajab, banyak diuar-uarkan tentang kelebihan amalan-amalan tertentu. Yang paling banyak tersebar melalui email-email, dan banyak ditulis di laman-laman web dan blog ialah kelebihan puasa bulan Rajab.
Ada hadis tentang puasa sehari pada bulan Rajab akan menjanjikan syurga tertinggi iaitu Firdaus. Puasa dua hari pada bulan Rajab akan mendapat kemuliaan dari sisi Allah. Puasa tiga hari pula, kelebihannya akan dgali parit yang panjang yang menghalangnya daripada neraka. Puasa pada 27 Rajab sama seperti pahala puasa selama 5 tahun. Dan banyak lagi hadis-hadis yang tersebar tentang kelebihan puasa bulan Rajab.
Malangnya, tidak ada satu hadis pun yang sahih mahupun hasan tentang kelebihan berpuasa pada bulan Rajab. Kesmuanya samada terlalu dhaif atau palsu.
Kata Ibn Taimiyyah, “Tentang puasa Rajab secara khusus, hadis-hadis tentangnya semuanya dhaif, malahan palsu. Ulama tidak berpegang kepadanya langsung. Ia (hadis-hadis itu) juga bukan dari kategori hadis-hadis dhaif yang boleh diriwayatkan dalam fadhail a’maal. Malahan secara umumnya, ia adalah dari kategori hadis-hadis maudhu’ dan palsu”. (Majmuk fatawa 25/290)
Ibn al-Qayyim berkata, “Setiap hadis yang menyebut tentang puasa Rejab dan solat pada sesetengah malam, maka ia adalah dusta yang direka-reka”. (Al-Manar Al-Munif 96)
Kata Ibn Hajar al-Asqalani, “Tidak warid pada kelebihan bulan Rajab, juga pada puasa Rajab dan puasa hari tertentu pada bulan Rajab, juga pada qiyamullail pada sesetengah malamnya satu hadis pun yang sahih dan boleh dibuat hujah”. (Tabyin al-‘Ajab: 11).
Oleh yang demikian, usahlah terpedaya dengan hadis-hadis ciplak yang menjanjikan pelbagai kelebihan palsu. Ia bukanlah janji daripada Allah dan RasulNya Sallallahu Alaihi Wasallam.
Tetapi ia bukan bererti tidak boleh berpuasa bulan Rajab. Bagi orang yang biasa berpuasa sunat Isnin dan Khamis, atau puasa hari-hari 13, 14, dan 15, berpuasalah seperti biasa seperti pada bulan-bulan lain. Semoga amalan yang ikhlas dan bertepatan dengan Sunnah diterima Allah Taala.
Wallahu A’lam.
Terima kasih atas entry ini. Sudah lama say mencarinya, skrg baru yakin bahawa byk benda2 karut dalam ibadat yang menjadi ikutan turun temurun tanpa dalil sahih
terima kasih
ana nak puasa. apa enta susah?
saudara anym,
baca perenggan terakhir artikel.
الحمد لله الذي فضلنا على كثير من عباده المؤمين
Hai anym,
Nak puasa, puasa ajela…. takde sape pun nak teringin susah kat ko… ko tu yang susah hati sebab baca entry ustaz luqman ni. dah susah hati tak tau nak buat aper, mula la nak provoke. nak provoke pun, lain tempat la beb…
tak gitu Ustaz?
hehe…
yelah, kita tak kesah pun orang nak puasa, wat ibadah. Yang kita kesahnya, orang sebar hadis palsu…
selalunya banyak ‘hadis melayu’ yg tersebar… pastu siap warning lg klu tak sebar (email) akan dpt musibah… aduyaiiiii
Assalamualaikum
Syaikhana -hafizahulllah-
Ana nak tanya tentang bai3 istisna’. Dalam kategori apa bai3 ini tergolong? Jazakallahu khairan
Waalaikumussalam
Bai istisna3 tergolong dalam jenis bai3 as-salam. Wallahu A’lam.
salam..
saya nak tanya, dalam satu kuliah yg pernah saya ikuti oleh us shamsuri
beliau ada menyebut bahawa hadis-hadis yg dhoif ni boleh kita beramal dengannya bagi hal-hal yg boleh meningkatkan amal ibadat kita pada Allah,..(lebih kurang begitulah maksudnya..) cuma hadis yang membabitkan hukum hakam kita tak boleh pakai kerana ia bersalahan dgn syariat..camana tu? apa komen ustaz dlm hal ni. (dlm kuliah tu ustaz tu ada sebut hadis dhaif yg dinyatakan tu tp saya lupa berkenaan apa..)
Wsalam..
Ya, memang ada ulama berpendapat boleh beramal dengan hadis-hadis dhaif dalam fadhail a’mal. Tetapi dengan bersyarat:
– hadis itu bukan hadis maudhuk (palsu)
– Orang yang mengamalkannya tahu ia hadis dhaif
– Hadis itu hendaklah dalam kategori dhaif yang ringan. Bukannya dhaif yang kuat, yang diriwayatkan oleh pendusta atau perawi yang banyak kesilapan.
– Hadis tersebut hendaklah termasuk di bawah asal am daripada syarak. Bukannya tidak ada sumber lain langsung.
Manakala hadis-hadis tentang puasa Rajab, ia adalah dalam kategori maudhuk (palsu) ataupun terlalu dhaif. Sebagaimana ujar Ibn Taimiyyah:
“Tentang puasa Rajab secara khusus, hadis-hadis tentangnya semuanya dhaif, malahan palsu. Ulama tidak berpegang kepadanya langsung. Ia (hadis-hadis itu) juga bukan dari kategori hadis-hadis dhaif yang boleh diriwayatkan dalam fadhail a’maal. Malahan secara umumnya, ia adalah dari kategori hadis-hadis maudhu’ dan palsu”. (Majmuk fatawa 25/290).
Wallahu A’lam
Ustaz,
Nak tanya terjemahan yang paling tepat tentang “lil insaf” dalam petikan kata-kata Imam Zahabi -rahimahullahu- “Walau qala innallah jalasa LIL INSAF aw Qamaa LIL INSAF faqad kafar”
Jazakallahu khairan kathira
askm,, sheihkh,
tanya se buleh?
1- pembiayaan peribadi kat msia ni guna kaedah apa?buleh ke.
Salam..
abu-aal,
Bank-bank yang menawarkan pembiayaan peribadi berasaskan syariah, antara konsep yang digunakan ialah aqad bai’ inah, tawarruq, ijarah dan lain-lain.
Wallahu A’lam.
Salam Syeikh Abu Umair..
KES:Katakan kita Bendahari dan kita ada menyimpan wang persatuan bersama-sama dengan wang simpinan kita(saving account)dalam suatu tempoh dan memperolehi bonus daripada bank.
Soalan: Bagaimana dgn bonus tersebut?Boleh guna ataupun tidak?Jika tidak, bagaimmana jalan keluar sebagai alternatif yang terbaik utk penyelasaian kes ini.Pohon pandangan.
Zadakallahu ilman wa Tuqan..Syukran
Salam..
sheikhuna abu zarkasyi pernah tanya ana.
Apa pandangan sheikhuna Abu Umair?
Isu di sini, apakah prinsip bendahari? Adakah yad amanah atau yad daman?
Adakah bendahari sama seperti orang yang menyimpan harta dalam bab wadi’ah?
Yad amanah kadang kala boleh bertukar menjadi yad daman..
dalam sektor perbankan, wadiah yang diaplikasikan ialah wadiah ya daman..bermakna pihak bank boleh mengambil keuntungan daripada duit yang disimpan oleh pendeposit…
Bendahari pula macam mana?
Mohon pandangan Abu Umair
Waalaikumussalam..
akhie ust Abu Zarkasyi dan ust albaruhiyy
Rasanya bendahari lebih kepada Yad Amanah, bukan Yad Dhaman. Dalam Bahasa Arab pun orang sebut Amin Sunduq.
Yang disebut oleh ust albaruhiyy, wadiah di Malaysia menggunakan aplikasi wadiah yad dhaman, bagi ana -Wallahu A’lam- adalah satu yang tanaqudh. Kerana wadiah melazimi yad amanah. (Seingat ana kita dah bincang dulu dalam YM).
Bendahari pula, diharuskan menyimpan wang persatuan di dalam bank kerana menjaga maslahah keselamatan. Walaubagaimanapun, dia tidak berhak mengambil faedah daripada simpanan itu.
Wallahu A’lam.