Akidah
-
Hajar Aswad Super Conductor?
Beberapa hari lepas saya terbaca satu ‘fakta ajaib’ berkenaan dengan Kaabah dan Hajar Aswad. Ia tersebar dengan agak meluas melalui media-media sosial seperti Facebook, WhatsApp, blog-blog, dan lain-lain. Sebaran tersebut adalah seperti berikut: NY Times menulis: “Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf ataupun solat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini”… Continue reading
-
Keajaiban?
Agak ajaib apabila ada orang mempercayai keajaiban dari suatu yang tidak ajaib. Lebih ajaib apabila suatu yang bukan ajaib dianggap sebagai ajaib hanya dengan ilusi dan khayalan semata-mata, lantas menyandarkan kepada agama. Entah berapa banyak gambar dan imej tersebar dan disebarkan di internet yang didakwa mengandungi kalimat-kalimat suci seperti ‘Allah’, ‘Muhammad’, ‘Islam’, dan lain-lain dalam… Continue reading
-
Kaedah Membaca Sejarah Pertelingkahan Sahabat
Beberapa kaedah dan asas penting yang wajar diambil perhatian sebelum seseorang Muslim membaca, mendengar, mengkaji, bercakap atau menulis mengenai pertelingkahan yang berlaku antara sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: 1- Wajib mengetahui bahawa seluruh sahabat r.a. bersifat adil. Kepercayaan ini termasuk dalam permasalahan yang disepakati oleh ummah, dan fakta agama yang dimaklumi secara pasti. Maka, bacalah… Continue reading
-
Kenali Ciri-ciri Ahli Bidaah dan Ajaran Sesat
Orang yang tidak mengenali keburukan, mudah terjebak ke dalamnya. Orang yang tidak tahu ciri-ciri kepalsuan, cepat terpedaya dengannya. Ada orang ingin membeli permata, malangnya terbeli kaca, lantaran tidak arif yang mana manikam, dan yang mana kaca. Orang yang mahu membeli emas jika tidak tahu yang mana tulen dan yang mana palsu, mungkin mudah tertipu. Bermodalkan… Continue reading
-
Kuiz Ramalan Nasib di Facebook
Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz… Continue reading
-
Apabila Akal Didahulukan…
Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan… Iblis terkutuk menjadi kufur. Derhaka akan arahan Tuhan supaya sujud pada Adam. Alasannya ia dicipta dari api, dan Adam dicipta dari tanah. Kononnya api lebih mulia daripada tanah. Mana mungkin suatu yang lebih mulia sujud pada yang kurang mulia. Akhirnya, Iblis menjadi makhluk terawal menolak nas kerana mendahulukan kias… Continue reading
-
Bentuk Syirik Kontemporari
Definisi Syirik SYIRIK ialah mengambil sekutu bagi Allah Taala samada sekutu dalam bentuk Rububiyyah ataupun Uluhiyyah. Sebagaimana Nabi SAW menjawab pertanyaan Ibn Mas’ud “Apakah dosa paling besar?”, Jawab baginda: “Engkau mengambil sekutu bagi ALlah sedangkan Dia yang menciptakan kamu”. (Bukhari dan Muslim). Syirik berlaku dalam sejarah manusia sejak zaman Nabi Nuh a.s sehinggalah pada zaman… Continue reading