Apabila Akal Didahulukan…
Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Iblis terkutuk menjadi kufur. Derhaka akan arahan Tuhan supaya sujud pada Adam. Alasannya ia dicipta dari api, dan Adam dicipta dari tanah. Kononnya api lebih mulia daripada tanah. Mana mungkin suatu yang lebih mulia sujud pada yang kurang mulia. Akhirnya, Iblis menjadi makhluk terawal menolak nas kerana mendahulukan kias akalnya.
Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan….
Kaum Yahudi terpesong daripada agama yang lurus. Sebagaimana dicatatkan dalam sebuah atsar atau hadis, “Sesungguhnya Bani Israel berada dalam kelurusan, sehingga lahir dalam kalangan mereka anak-anak tawanan dari kaum-kaum lain. Lalu mereka mengambil (agama mereka) berdasarkan pandangan akal. Kemudian mereka sesat dan menyesatkan”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah no: 37592).
Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Musyrikin pada zaman Nubuwwah berbahas dengan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang Qadar. Sebagaimana dikisahkan oleh Abu Hurairah r.a., dan direkod oleh Muslim dalam Sahihnya (no: 2656).
Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Musyrikin ingkar akan hari kebangkitan. Mereka berhujah, “Adakah apabila kami mati, dan kami menjadi tanah dan tulang-tulang, kami akan dibangkitkan?” (Al-Saaffat: 16).
Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Murjiah menjadi sesat. Mengatakan pelaku maksiat jika dia beriman, maksiatnya tidak membawa apa-apa bahana di akhirat. Masuk syurga tanpa diseksa. Dikiaskan IMAN dengan KUFUR. Kononnya, kalau si kafir melakukan amalan taat, ia tidak memberi apa-apa manfaat di akhirat, maka si mukmin juga kalau melakukan maksiat, maksiatnya tidak memberi apa-apa bahana di akhirat.
Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Muktazilah dilabelkan sebagai kumpulan hawa nafsu dan bidaah. Kalau Ahli Sunnah menyusun tertib dalil bermula dengan Al-Quran, kemudian Sunnah, Muktazilah pula menyusun dalil dengan mengatakan, “Pertama: Akal. Kedua: Quran. Ketiga: Sunnah”. Akal lebih diutamakan, kononnya kerana akal lah yang mengenal baik dan buruk. Dan kononnya akal juga yang mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah hujah. Maka logiknya, akal mesti diutamakan.
Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Muktazilah tidak percaya bahawa orang mukmin boleh melihat Tuhan di akhirat secara hakiki. Sekali lagi mereka berkias. Kononnya, kalau manusia boleh melihat Tuhan, bermakna Tuhan itu berjisim. Kalau Tuhan itu berjisim, Ia sudah menyerupai makhluk. Maka Muktazilah menjadi sesat dalam bab ini, kerana mengkiaskan Tuhan dengan makhlukNya.
Itulah natijahnya jika memuliakan dan mentaqdiskan akal hingga nas wahyu dipinggirkan. Orang yang mendahulukan akal dan meletakkan wahyu Tuhan lebih rendah daripada akal, maka imam mereka ialah Iblis. Makhluk terawal menolak arahan Tuhan dan mencabarnya dengan qiasan akal.
Sekian.
ape pndpt anta tntg lwn web ni
http://ibnuyaacob.com…
mintak pndangan..jzk
Bagus juga baca kajian-kajian tentang Dajal. Asalkan panduannya ialah Kitab dan Sunnah. Ketengahkan hadis-hadis Nabi Sallahu Alaihi Wasallam tentang Dajjal. Dan panduan baginda supaya bermohon perlindungan daripadanya.
alhamdulilah satu penjelasan yang bagus , ust lokman minta komen blog ana khairi http://as-sahih.blogspot.com/
entah2 ada tersalah dosa plak….
Tahniah ya akhi, ustaz khairi. Baru tahu anta ada blog. Ana dah link kan di sini. mudah-mudahan dapat diambil manfaat.
jika ada kesilapan penulisan , harap ust lokman dapat tegur , anta sorag je mahaguru..hiiii jgn marah usttt
salam ziarah, tahniah blog yang banyak manfaat..
ana nak bantu ustaz didalam mencari sumber rujukan ilmiah.. kini perpustakaan hanya dihujung jari.. kami sediakan untuk ustaz .. ustaz mampu memilikinya.. untuk keterangan lanjut sila lawati blog ana..
Salam.. mintak copy paste artikel ni ya ustaz.. jzk
Assalamualaikum..ustaz hambe yakin apa yg ustaz memperjelaskan itu benar,mana mukin wahyu tunduk pada akal,sedangkan wahyu itu kallamuallah qodim..bukan akal tunduk pada wahyu..benar sudah sedikit ulama2 yg sudah meninggal dunia yg memahami akidah ini,kerana ramai yg tertipu dgn sunni palsu yg hampir sama dgn akidah mereka tapi akidah yg serupa beriman pada ayat2 Allah dan tidak mentakwilnya kerana ayat2 mutasyabihat itu milik Allah (hak-Nya) utk menguji umat Nabi muhammad saw utk mencari calon2 syurga,tapi ramai segelintir mereka beriman dgn ayat2 Allah tapi ingkar perintah Allah dan mengtakwil dgn akal apa yg ada dlm al-quran..Nauu’zubillahi min dzalik..waallahu waliyyu at-taufiq..
Maaf pembetulan ustaz…akal yg seharusnya tunduk pada wahyu..bukan wahyu tunduk pada akal..