Keajaiban?
Agak ajaib apabila ada orang mempercayai keajaiban dari suatu yang tidak ajaib. Lebih ajaib apabila suatu yang bukan ajaib dianggap sebagai ajaib hanya dengan ilusi dan khayalan semata-mata, lantas menyandarkan kepada agama. Entah berapa banyak gambar dan imej tersebar dan disebarkan di internet yang didakwa mengandungi kalimat-kalimat suci seperti ‘Allah’, ‘Muhammad’, ‘Islam’, dan lain-lain dalam tulisan Arab, yang dikatakan sebagai tanda-tanda kebenaran Islam yang ditunjukkan oleh Allah.
Alangkah ajaib perbuatan seperti ini. Tidakkah seluruh alam ini termasuk langit, bumi, lautan, daratan, manusia, haiwan dan segala makhluk adalah satu keajaiban yang maha nyata dan tanda kebesaran dan kehebatan Allah Taala? Kehebatan dan kebesaran Allah melalui alam semesta ini dapat disaksikan oleh seluruh manusia tanpa perlu kepada sebarang takalluf (mengada-ngada dan memaksa-maksa).
Tidakkah kita perhatikan ayat Allah Taala:
حم . تَنزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ . إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّلْمُؤْمِنِينَ . وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَابَّةٍ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ . وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن رِّزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ . تِلْكَ آيَاتُ اللَّهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَ اللَّهِ وَآيَاتِهِ يُؤْمِنُونَ
Maksudnya: Haa, Miim. Turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran. Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
Saksikanlah di bawah ini beberapa gambar yang disebarkan di internet, kononnya mengandungi kalimah-kalimah suci, yang sebenarnya satu perbuatan memaksa-maksa dan mengada-ngada dalam agama.
Tidak dinafikan bahawa Allah Taala mampu untuk mencipta dan menyerlahkan keajaiban-keajaibanNya melalui makhluk-makhlukNya. Tetapi yang dibimbangi ialah jikalau kita termasuk di kalangan orang yang mereka-reka dan memaksa-maksa diri mempercayai suatu yang bukan ajaib sebagai ajaib. Dan dibimbangi juga, jika ‘keajaiban-keajaiban’ tersebut diiktiqad oleh orang-orang jahil sebagai sandaran dalam menentukan kebenaran. Bagaimana agaknya jika mereka terjumpa satu imej makhluk yang mengandungi lambang salib pula?
never thinking of this.. thanx to make me realized..
Subhanalloh…
Maha Besar 4JJ 1…
tahniah Tuan.memamg dah lama saya berpandangan sebegini. Allah tidak perlukan paksaan untuk menunjukkan kuasaNya.
dah memang Dia punya semua tu , Dia bubuh nama Dia kat mana pun apa masalahnya , memang ajaib pasal buatan tuhan bukan buatan manusia , jangan sampai menyekutukan Dia sudahlah , menyekutukan Dia tak ajaib pulak