Skip to content

Penyakit Melabel Ilmuan Islam

12/04/2012

Cukup hairan melihat telatah anak-anak muda yang menisbahkan diri mereka kepada manhaj Salaf dan Sunnah, tetapi laluan dakwahnya menyimpang dari pendekatan para salaf yang sebenar.

Salafikah pendekatan kita jika tumpuan dakwah hanyalah pada mengaibkan sekalian ulama dan ustaz yang dilihat tidak sealiran dengan cara kita?

Manhaj Salafikah kita jika begitu mudah menggelarkan ulama dan para ustaz  yang dilihat tidak sealiran dengan kita dengan pelbagai gelaran dan jolokan.

Sunnahkah kita jika zikir di lidah ialah, “Syeikh Fulan adalah Khawarij”, “Ustaz Fulan adalah Qutubiy”, “Ustaz Fulan adalah golongan Qardhawiyyun”, “Ana melihat Ustaz ini adalah Hizbiy”, “Syeikh Fulan pula adalah Ikhwaniy”, “Dia adalah neo-khariji”.

Cukup ajaib dengan manhaj seperti ini. Alangkah beraninya mereka ini menyibukkan diri dengan keaiban orang lain sedangkan para salaf amat gerun dengan perbuatan demikian.

Abu Hatim Ibn Hibban mengatakan: “Wajib atas orang berakal untuk sentiasa bebas daripada perlakuan mencari-cari keaiban orang lain, dan sentiasa menyibukkan diri dengan memperelokkan keaiban diri sendiri. Sesungguhnya sesiapa yang menyibukkan dirinya dengan keaiban diri sendiri, dia akan merehatkan badannya dan tidak meletihkan hatinya. Kerana setiap kali dia mengesani suatu aib pada dirinya, dia akan bersikap mudah jika melihat aib yang sama pada saudaranya. Dan sesiapa yang menyibukkan diri dengan keaiban orang lain tanpa mengendahkan aib dirinya, hatinya akan buta dan badannya akan letih”. (Rawdhah al-Uqala)

Manhaj salafikah kita jika tidak ada sifat bijaksana dan warak dalam diri untuk menuturkan keaiban orang lain dan menyebarkan pula di blog-blog atau di wall facebook masing-masing? Syair Arab mengatakan:

المرء إن كان عاقلا ورعا * أشغله عن عيوب غيره ورعه

Jika seseorang itu berakal dan warak,
Kewarakannya akan melekakannya dari aib orang lain.

Manhaj Salafikah kita jika melabelkan ahli-ahli ilmu yang banyak berkhidmat kepada dakwah dengan gelaran yang menyakitkan dan menjauhkan orang dari kebaikan? Di manakah akhlak kita berbanding dengan akhlak tokoh ulama Salaf, Imam Syafie yang mengatakan, “Apabila seseorang mahu berkata-kata maka berfikirkah. Jika ternyata bahawa ia tidak memberi kemudaratan ke atasnya, maka bertuturlah. Jika ternyata bahawa terdapat kemudaratan atau dia ragu-ragu padanya, maka tahanlah (dari bercakap)”.  (Syarah Sahih Muslim 2/19) Di manakah kebaikannya dengan melabelkan para ahli ilmu dengan pelbagai jolokan kecuali mengundang keburukan dan kefasadan dalam masyarakat.

Sunnahkah kita apabila kita melabelkan para ilmuan dengan gelaran yang boleh merendahkan pandangan orang lain kepada mereka? Di manakah amalan sunnah kita terhadap hadis Nabi S.A.W yang bermaksud, “Cukuplah sebagai satu keburukan pada seseorang, dengan merendah-rendahkan saudaranya yang muslim”. (Sahih Muslim 4/1986).

Si anak murid pula, jika sudah tahu manhaj gurunya yang tidak menjaga lidah dan tidak warak terhadap ulama, janganlah menyibukkan diri dengan bertanya Tok Guru jenis ini, “Guruku, apa pandangan tuan terhadap Ustaz Fulan?”, “Apakah pula manhaj Syeikh Fulan?”. Para salaf yang sebenar tidak gemar dengan persoalan-persoalan sebegini. Pernah satu hari seorang datang kepada Ibn Abbas dan bertanya, “Mereka menyebut tentang Fulan..”. Lantas Ibn Abbas berkata, “Kalau kamu mahu menyebut aib-aib saudaramu itu, sebutlah aib-aib kamu”. (Syuab al-Iman 9/110)

Sama-sama kita perelokkan keaiban diri kita sendiri, menghiasi lidah kita dengan kalimah-kalimah yang baik, menjauhi dari perkataan-perkataan buruk, berfikir di hati sebelum berucap, beringat akan malaikat yang mencatit amalan sebelum kita mencatat sebarang perkataan di blog atau facebook. Kerana silap haribulan, binasa diri.

Bak kata orang Melayu, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perkataan buruk padahnya”. Jika sudah terlajak, bersegeralah bertaubat kepada Tuhan.

كتبتُ وقد أيقنتُ يوم كتابتِي … بأنَّ يدي تفنَى ويبقى كتابُها

فإن عملَت خيراً ستُجزى بمثله … وإن عملت شرًّا عليَّ حسابُها

“Aku mencatat sedangkan aku yakin pada hari aku mencatat,

Bahawa tanganku akan binasa, tulisannya jua yang kekal,

Jika tanganku melakukan kebaikan, ia akan dibalas setimpalnya,

Jika ia melakukan keburukan, aku yang akan dihisab”.

Wallahu Waliyy al-Taufiq.

Abu Umair

12 April 2012

12 Comments leave one →
  1. Ashraf Al-Banjari permalink
    12/04/2012 11:45 am

    setuju dengan ustaz…

    • emisar permalink
      14/12/2012 10:47 pm

      Sepanjang ana mempelajari manhaj salafi sejak 1984 hingga sekarang, apa yang ana temui ialah mereka itu ulama, ustaz , pak imam, pelajar, pengajian pondok, majlis agama islam negeri-negeri melalui fatwa, ceramah masjid tak henti-henti dsbnya sangat benci kepada salafi dengan menuduh sesat, wahabbi, aliran baru, pemecah persatuan islam dan banyak perkara serta menghina ulama saudi kontemporari , ulama terdahulu sbnya untuk menakutkan diri mereka sendiri dan pengikutnya. Lihat serangan mereka yang taksub dalam internet. Hairan ana, tokoh agama yang ana belajar dan buku-buku salafi yang ana baca,cukup ilmiah.Mereka membahaskan dengan tertib.Tidak ada tuduhan seperti anta tulis, barangkali seorang dua entahlah.

  2. Mohdikram permalink
    13/04/2012 12:26 am

    Alhamdulillah,

  3. paan permalink
    13/04/2012 12:15 pm

    terbaik lah ustaz…da lama sy tunggu artikel cmni…

    • emisar permalink
      14/12/2012 10:51 pm

      Seronok nampak artikel tu, tapi bagaimana pula ulama, ustaz anta menghina salafi dimajlis ilmu, masjid, khutbah buku-buku dsbnya?

  4. 15/04/2012 1:19 pm

    setuju….

  5. Anonymous permalink
    15/04/2012 5:32 pm

    alhamdulillah… setuju… =)

  6. Anonymous permalink
    15/04/2012 9:57 pm

    ustaz, artikel ini di share di http://sesungguhnya1.blogspot.com/
    dengan sedikit olahan lain.

  7. Anonymous permalink
    05/06/2012 8:37 am

    maka marilah sama-sama kembali kepada disiplin ilmu yang betul.hormat menghormati pendapat masing-masing.

    • emisar permalink
      14/12/2012 10:57 pm

      Ana sarankan kedua-dua belah pihak jangan komen apa-apa tentang aliran lawannya masing-masing dan pada masa yang sama biarkan ulama salafi mengajar orang yang hendak belajar dengan mereka samaada di masjid yang sama dengan Syafieiah atau lain-lain tempat, boleh tak?Jangan gunakan undang-undang itu dan ini untuk menangkap dan mendakwa ulama salafi Ini kan adil caranya?

  8. 07/02/2013 6:11 pm

    Akhi, ana rasa kita patut mengikuti pandangan ulama kibar dan jumhur pada masa kini dalam soal jarh wat ta’dil. Ini supaya kita tidak terpesong dari jalan yang ditempuh oleh para pendahulu kita. Kalau mereka mengingatkan kita jangan bermajlis dengan si polan atau yayasan tertentu maka kenalah kita ambil peduli. Bukankah ulama itu pewaris nabi? Kalau ulama kita pelecehkan, kita nak ikiut siapa lagi? Kita kata kita bermanhaj salaf tapi adakah salaf membelakangi ulama? Inilah yang dinamakan sebagai hizbi dan hizbi ini adalah bid’ah walaupun mereka mempelajari aqidah salaf dan mengamalkan fiqh salaf. Perlu diingatkan apabila kita mengikuti orang yang dituduh sebagai hizbi oleh ulama, mereka akhirnya akan menjauhkan kita dari ulama dan ilmu2 yang bermanfaat dari mereka.

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: