Skip to content

Kenali Ciri-ciri Ahli Bidaah dan Ajaran Sesat

12/01/2010
tags: ,

Orang yang tidak mengenali keburukan, mudah terjebak ke dalamnya. Orang yang tidak tahu ciri-ciri kepalsuan, cepat terpedaya dengannya. Ada orang ingin membeli permata, malangnya terbeli kaca, lantaran tidak arif yang mana manikam, dan yang mana kaca.

Orang yang mahu membeli emas jika tidak tahu yang mana tulen dan yang mana palsu, mungkin mudah tertipu. Bermodalkan hanya RM50, ada sindiket menjual seutas rantai dengan harga ribuan ringgit dengan menyadurkannya dengan warna emas dan menandakan cangkuknya dengan nombor 916. Akibat tidak kenal tulen dan palsu, ramai pelanggan sudah tertipu.

Untuk mengenali satu-satu barang yang tulen lagi asli, bukan hanya melalui ciri-ciri keaslian dan ketulenan. Kemahiran tentang kaedah penipuan dan ciri-ciri pemalsuan sangat penting agar kita cepat mengecam dan mengenal pasti jika ia berlaku. 

Dalam perihal agama juga begitu. Mahu mengenal Iman yang hakiki, mestilah mempelajari apa itu kufur dengan segala cabang-cabangnya. Mempelajari Tauhid yang suci, mestilah dirangkaikan dengan ilmu mengenai syirik dan bahagian-bahagiannya. Erti sebenar ketaatan tidak akan diketahui jika tidak mengetahui apa itu maksiat. Keteguhan kepada sunnah tidak akan difahami jika tidak kenal apa itu Bidaah. Begitulah seterusnya. Setiap perkara dipelajari dengan lawannya.

Kaedah inilah yang diisyaratkan di dalam hadis Huzaifah bin Al-Yaman. Beliau berkata, “Orang ramai bertanya Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam tentang kebaikan, dan aku pula bertanya baginda tentang keburukan kerana takut ia menimpaku”. (Direkod oleh Bukhari dan Muslim)

Di dalam satu puisi Arab:

Kukenal keburukan bukan untuk diamalkan,
Tapi untuk menghindarkan darinya,
Kerana orang yang tak kenal keburukan,
mudah terjerumus ke dalamnya.

Berhadapan dengan pelbagai fitnah di zaman ini, umat Islam mesti mempunyai pengetahuan tentang bidaah dan kesesatan serta ciri-cirinya. Belajar apa itu bidaah, dan apa itu sesat supaya kita terselamat. Belajar apakah ciri-ciri ajaran sesat agar tidak mudah diperdaya.

Menyedari pentingnya tajuk ini, saya akan cuba menyenaraikan beberapa ciri-ciri ajaran yang menyeleweng. Supaya apabila kita berdepan dengan kumpulan yang mempunyai ciri-ciri sebegini, kita akan lebih berhati-hati.

Antara ciri-ciri ahli bidaah dan ajaran menyeleweng ialah:

1) Tidak menyenangi ilmu hadis. Ia adalah ciri terpenting mana-mana kumpulan ajaran sesat dan ahli bidaah. Mereka amat fobia dengan firman Allah, dan sabda Nabi Sallallahu Alahi Wasallam. Manakan tidak, fakta dari dua sumber inilah yang akan membongkar temberang dan pembohongan ahli bidaah. Mereka akan kelu dan kaku jika cuba berhujah di hadapan kitab-kitab hadis.

Abu Utsman Al-Shabuni (wafat: 449H) meriwayatkan bahawa Abu Nasr bin Sallam Al-Faqih berkata, “Tidak ada sesuatu yang lebih berat bagi kumpulan yang menyeleweng dan paling dibenci oleh mereka selain daripada mendengar hadis dan meriwayatkannya dengan sanad”.

Al-Hakim (wafat: 404H) dalam kitab Makrifah Ulum al-Hadis menceritakan bahawa Syeikh Abu Bakr Ahmad bin Ishaq Al-Faqih berdebat dengan seorang lelaki. Apabila Syeikh menyebut, “Telah meriwayatkan kepada kami oleh si Fulan…”, lantas lelaki tersebut berkata, “Tinggalkan sahaja periwayatan. Sampai bila masih mahu menggunakan periwayatan?”. Syeikh tersebut kemudian menghalau lelaki tersebut dari rumahnya.

2) Memusuhi dan memperlekahkan ahli hadis. Ahli bidaah dan sesat bukan setakat membenci ilmu hadis, malah tidak menyenangi ulama yang tutur katanya dihiasi “Firman Allah, dan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam”. Kerana ahli hadis lah benteng kepada kemurnian ajaran Islam.

Abu Hatim Al-Razi (wafat: 277 H) berkata, “Tanda ahli bidaah ialah mencela terhadap ahli hadis”.

Ahmad bin Sinan Al-Qattan berkata, “Tidak ada ahli bidaah di atas dunia ini kecuali dia membenci ahli hadis. Apabila seorang lelaki membuat bidaah, akan tercabut dari hatinya kemanisan hadis”.

Al-Hakim (wafat: 404H) menyebut di dalam kitab Makrifah Ulum Al-Hadis, “Beginilah kami mmengenali samada ketika perjalanan atau ketika menetap, bahawa setiap orang yang dinisbahkan kepada menyeleweng dan bidaah akan memandang hina terhadap ‘Thoifah Mansurah’ (Ahli Sunnah)”.

Abu Utsman Al-Shabuni (wafat: 449H) menegaskan, “Tanda paling jelas kumpulan ahli bidaah ialah terlalu membenci terhadap mereka yang membawa hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, serta mereka memperlekehkan golongan ini”.

3) Melabelkan Ahli Sunnah dengan pelbagai gelaran. Antara gelaran-gelaran yang sering bermain di bibir ahli bidaah ialah menuduh Ahli Sunnah sebagai ‘Musyabbihah’.

Ishaq bin Rahuyah (wafat: 238H) berkata: “Tanda Jahm dan pengikut-pengikut mereka ialah: mereka mendakwa ke atas Ahli Sunnah Wal Jamaah serta celaan bohong bahawa mereka (Ahli Sunnah) adalah musyabbihah”.

Kata Abu Hatim Al-Razi (wafat: 277 H): “Tanda Jahmiyyah ialah mereka menamakan Ahli Sunnah sebagai Musyabbihah”.

Selain gelaran Musyabbihah, ahli bidaah sering menggelarkan ahli sunnah sebagai ‘Hasyawiyyah’ dan ‘Zahiriyyah’ sebagaimana disebut oleh Abu Utsman Al-Shabuni (wafat: 449H).

Malah Imam Bukhari sendiri pernah dilabelkan sebagai ‘Hasyawiyyah’ oleh ahli bidaah. Di dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala, Imam Zahabi menyebut bahawa Al-Shahib (wafat: 385) seorang berfahaman Syiah dan Muktazilah disebut kepadanya nama Imam Bukhari. Lalu beliau berkata, “Siapa Bukhari? Hasyawi yang tidak boleh dirujuk kepadanya”.

Demikian perangai ahli bidaah dari dahulu sampai sekarang, melabelkan ahli sunnah dengan pelbagai gelaran.

4) Melampau dalam kepercayaan. Antara ciri-ciri ajaran yang menyeleweng ialah melampau dalam satu-satu kepercayaan. Sikap melampau sangat ditegah dalam Al-Quran dan Sunnah. Sesatnya Kristian adalah kerana sikap melampau mereka terhadap Nabi Isa Alaihissalam. Nabi Isa, hamba Allah yang bertaraf Rasul diangkat mereka sebagai Tuhan yang disembah.

Sikap seperti inilah yang ada pada banyak ajaran-ajaran songsang. Mengangkat guru-guru dan syeikh-syeikh mereka melebihi had yang sebenar. Menganggap guru mereka mengetahui apa yang tersembunyi dalam dada anak-anak muridnya. Ada yang percaya guru mereka boleh bertolak ansur dengan Tuhan dalam hal-hal ajal dan maut. Paling aneh lagi melucukan, setiap kumpulan ini menganggap guru mereka lah wali paling tinggi tarafnya di zamannya. Pelbagai gelaran diberikan, Sahibuzzaman, Sultan Awliya, Wakil Tuhan, dan macam-macam.

5) Guru yang mengaku bahawa dia Wali Allah. Ada sesetengah ajaran kebiasaannya ajaran tarekat, gurunya secara terang-terangan mengaku bahawa dia adalah Wali Allah. Yang lebih hebat, jika ditambah lagi dengan kelebihan-kelebihan lain seperti dilantik sebagai Wakil Allah, atau Orang Allah.

Kalau kita tahu apa makna wali yang sebenar, nescaya kita tidak akan mempercayai individu yang mengaku bahawa dia wali. Wali adalah orang yang paling bertaqwa kepada Allah Taala. Orang yang benar-benar bertaqwa tidak akan sekali-kali mengangkat dirinya dan mengaku bahawa dia paling bertaqwa. Mengaku wali bererti mengaku ketinggian taqwanya kepada Allah.

Allah berfirman, maksudnya:

“Maka jangan kamu memuji diri kamu sendiri, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang bertaqwa”. (Al-Najm: 32)

6) Berhujah menggunakan mimpi guru. Oleh kerana ajaran Quran dan Sunnah tidak mungkin memihak kepada kumpulan-kumpulan ajaran sesat, mereka terpaksa mencari helah lain bagi mengaburi mata para pengikut. Antaranya berhujah dengan mimpi.

Berhujah dengan mimpi tanpa merujuk kepada syariat menjadi sebab kesesatan. Abdul Aziz bin Nashir Al-Jalil berkata, “Hendaklah bersikap jaga-jaga dengan permainan syaitan terhadap manusia dalam mimpi waktu tidur. Betapa ramai individu malahan kumpulan menjadi sesat dengan sebab mimpi”.

Hendaklah kita meyakini bahawa syariat Islam sudah sempurna dan lengkap. Tidak berhajat kepada penambahan melalui mimpi mana-mana wali atau wakil Tuhan. Malahan, seluruh ulama bersepakat bahawa mimpi tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum-hakam.

7) Menganggap guru mereka tidak melakukan dosa. Atau dengan kata lain guru mereka maksum, seperti para Nabi.

Lihat bagaimana Syiah Rafidhah mempercayai bahawa imam-imam mereka yang 12 orang adalah manusia maksum, tidak melakukan dosa. Kepercayaan seperti ini menunjukkan kesesatan mereka.

Begitu juga sesetengah ajaran tarekat yang menyifatkan guru mereka sebagai tidak berdosa. Tidak berani menggunakan perkataan ‘Maksum’ yang khas bagi para Nabi, mereka mencipta istilah lain, iaitu ‘Mahfuz’. Hakikat dan maksudnya sama iaitu mengangkat guru setaraf dengan Nabi Sallallahu Alahi Wasallam.

Imam Malik bin Anas (wafat: 179H) berkata, “Setiap orang diambil kata-katanya dan ditolak. Kecuali empunya kubur ini (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam)”.

Demikian beberapa ciri-ciri untuk mengenali ahli bidaah dan ajaran menyeleweng. Semoga dengan mengenali sifat-sifat mereka, kita akan lebih berjaga-jaga apabila bertemu dengan kumpulan seperti ini. Mudah-mudahan Allah Taala menyelamatkan akidah dan pegangan kita daripada diperdaya oleh musuh-musuhNya.

Advertisements
61 Comments leave one →
  1. 12/01/2010 12:36 pm

    Jazakallahu khairan ya aba umair,,,afadtana was tafadna insyaallah. semoga Allah merahmati anda dan memberi taufik dan hidayahnya kepada kita semua insyaallah.

  2. ariff.arifin permalink
    12/01/2010 5:05 pm

    subhanallah! sangat-sangat jelas penerangannya. jazakallahu khairan kathira atas pencerahan ustaz. baarakallahu fiik.

  3. 12/01/2010 8:44 pm

    assalamualaikum ustaz,

    syukran atas artikel ttg ciri ahli bid’ah dan ajaran sesat. sememangnya artikel ini cukup perinciannya terhadap mereka yg anti kepada sunnah.

    • 12/01/2010 9:30 pm

      Waalaikumussalam..
      Sama-sama.. Mudah-mudahan kita semua dipeliharaNya..

  4. abu_salman permalink
    12/01/2010 11:23 pm

    assalamualaikum…
    artikel yg baik…
    teringt waktu baru smpai mesir dlu,ade utz yg bawa pljr pg ke makam imam syafi’e,kemudian mengajar pljr supaya menggosok bekas tapak kaki yg dikatakan bekas tapak Rasulullah…
    smoga Allah mengampuni dan memberi hdayah kpd kami…

    • 12/01/2010 11:30 pm

      Waalaikumussalam..
      Rahimallah Imam Syafie. Mudah-mudahan orang kita yang belajar feqah beliau, membaca juga akidah, manhaj Imam Syafie. Sesungguhnya beliau adalah tokoh Ahli Sunnah.

  5. didi_insaf permalink
    13/01/2010 3:30 am

    assalamualaikum..

    satu artikel yang baik..Teruskan usaha alfadhil ustaz.

    Semoga Allah S.w.t menempatkan kita dikalangan

    kekasih-Nya..

  6. khairi permalink
    13/01/2010 4:41 am

    masyallah penjelasan jelas dan berguna , minta di copy ke blog

  7. Wan permalink
    13/01/2010 8:13 am

    Benar sekali apa yang Tuan sheik sebutkan. Sudah diberikan banyak contoh dan bukti penyelewangan tokoh2 tasawwuf spt ibn Arabi, Sya’rani dan lain2. Akan tetapi pendokong tasawwuf menjawab “takkan lah awliya’ dan wali nak menipu”.

    Ada satu tarikat “ahmadiah’ di kelantan… saya tak tahu pendirian semua guru2(tarikat tersebut) akan tetapi guru di masjid saya menolak bid’ah (maulid, kenduri arwah dll ditolak beliau). Akan tetapi beliau tidak dapat menerima kritikan2 terhadap tokoh2 tasawwuf ulung zaman dahulu. Jawapannya samalah dengan ungkapan diatas.

    Saya sayang tok guru tersebut sebab dengar ceramah dia jadi meningkat rasa nak buat baik dan ibadah. Apa cadangan atau nasihat tuan sheikh untuk individu sebegini.

    • 18/01/2010 1:49 pm

      Kita boleh mengambil manfaat dari karangan-karangan tasauf ulama silam. Bahkan, dalam Islam sendiri ada tasaufnya dengan ertikata ilmu akhlak, zuhud, warak, ihsan dan sejenisnya. Ia adalah sebahagian daripada Islam.

      Berbalik persoalan tuan, maka tidak ada salahnya tuan belajar dengan tok guru yang tuan rasakan boleh meningkatkan amalan dan ibadah. Asalkan ajarannya berlandaskan kepada ajaran Islam yang suci lagi murni.

  8. Pang5_Hitam permalink
    13/01/2010 9:33 am

    Salam,
    Alhamdulillah sangat berguna. Jzkk.
    Melencong sikit…. Cara mengenal emas tulen ialah dengan menentukan ketumpatan menggunakan limpahan air. Ia kaedah piawai yg digunakan dicedok drp sarjana Islam dahulukala.

    • Wan permalink
      13/01/2010 3:19 pm

      Archimedes yang jumpa dulu, sarjana yunani….

    • 18/01/2010 1:43 pm

      Waalaikumussalam, Tuan Pang5 Hitam,

      Terima kasih atas perkongsian macamana cara menentukan ketulenan emas.

  9. 13/01/2010 5:31 pm

    Salam. Artikel yg menarik dan mohon terbit di http://miezaan.blogspot.com. Terima kasih.

  10. 13/01/2010 5:46 pm

    Jazakallah khairan Ustaz atas penerangan yang jelas ini. Mohon izin untuk link dan copy ke blog

  11. mahu ikut sunnah permalink
    14/01/2010 1:14 am

    ust abu umair..jazakallah atas artikel..ana jadi keliru, boleh tak ust jelaskan pada kami tentang komen di bawah ini :
    ……………………………………………………………

    Ibn Taimiyyah dan wahabi sudah salah memahami “tauhid” dan mencampurinya dgn mafhum “iman”, penyaksian dll.

    Bahkan, mrk (Ibn Taimiyyah dn wahabi) juga salah fhm tntang Tauhid Rububiyyah dn Uluhiyyah dgn memisahkan kedua2nya pada dkwaan mrk: bertauhid (bukan sekadar “beriman”) rububiyyah belum tentu merangkumi tauhid (bukan sekadar iman) Uluhiyyah.

    Akhirnya, kejahilan smakin memuncak dgn mengheret Salaf utk membela salah faham mereka.

    Antara contoh perbezaan kefahaman Salaf tentang “rububiyyah” di sisi musyrikin dgn “tauhid rububiyyah versi Ibn Taimiyyah dn wahabi adalah:

    Wahabi (dan Ibn Taimiyyah) mndakwa para Rasul hanya mengajak manusia kepada tauhid uluhiyyah, bukan rububiyyah.

    Abdullah Ar-Rajihi berkata dlm syarah Aqidah Tohawiyyah:

    هذا التوحيد توحيد الألوهية هو…وأول دعوة الرسل وآخرها،

    Maksudnya: “Dan Tauhid ini (jenis ini) adalah Tauhid Uluhiyyah… dan pertama-tama yg menjadi dakwah para rasul dan akhir dakwah mereka”.

    Dia berkata lagi

    لأجله أرسل الله الرسل

    Maksudnya: …dan kerana tauhid inilah (Uluhiyyah) Allah mengutuskan para Rasul

    http://www.taimiah.org/Display.asp?f=aqt0002.htm

    Al-Fauzan juga berkata:

    فالرسل كلهم ما طلبوا من الناس أن يقروا بأن الله هو الخالق الرازق المحيي المميت ، لأنهم معترفون بهذا ، وإنما طالبوا الأمم بإفراد الله بالعبادة .. هذا – توحيد الألوهية – الذي بعث الله به الرسل ، ما بعث الرسل لتقرير توحيد الربوبية ،

    Para Rasul semuanya tidak mengajak “manusia” (An-NAs) agar mengakui bahawa Allahlah- Maha Pencpita, Maha Pemberi Tezeki, Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan, kerana mereka mengaku yang demikian. Akan tetapi, mereka meminta umat-umat (tanpa menyebut pengecualian)kepada mengesakan Allah dalam ibadah…. Ini -Tauhid Uluhiyyah- yang Allah utuskan para rasul dengannya, bukan Allah mengutuskan para Rasul agar mengakui Tauhid Rububiyyah” (Syarah Kasyf As-Syubhat)

    Padahal, Imam At-Tabari beritahu apa pada teks yg dijadikan dalil oleh Wahabi bagi Tauhid Tiga versi mereka?

    Nukilan:-

    “4-Imam Abu Ja’far at-Tabari (310h) menulis di dalam kitab tafsirnya :

    فاعبدوه

    يقول : فاعبدوا ربكم الذي هذه صفته
    ، وأخلصوا له العبادة ، وأفردوا له الألوهية والربوبية ، بالذلة منكم له ، دون أوثانكم وسائر ما تشركون معه في العبادة

    maka sembahlah Dia :

    “Maksud firman-Nya(merujuk perkataan di atas): Maka sembahlah Tuhan kamu Yang inilah sifat-Nya, maka ikhlaskanlah ibadat kepadamu, dan esakan Uluhiyah dan Rubbubiyah kepadaNya, dengan rendah daripada kamu kepadaNya, tanpa berhala-berhala kamu dan segala yang kamu sekutukan denganNya dalam ibadat..”

    Lihat secara jelas Imam At-Tabari tidak memisahkan Tauhid kepada dua, tetapi mengaitkan seruan dakwah para Rasul kepada kedua2nya, bukan hanya kepada Uluhiyyah sahaja seperti dakwaan Al-Fauzan.

    Imam At-Tabari berkata tadi:

    وأفردوا له الألوهية والربوبية

    Maksudnya”: (Ini dari tafsir bagi firman Allah: Fa’buduhu tadi..) Hendaklah kamu mengesakan Allah pada Uluhiyyah dan Rububiyyah.

    Wahabi kata, Tauhid yg didakwah oleh para Rasul adalah Tauhid Uluhiyyah, bukan kepad Tauhid Rububiyyah yang sudah dipegang oleh manusia.

    Salaf (dari prkataan At-Tabari) kata: Tauhid yg didakwah oleh para Rasul merangkumi Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah tanpa terpisah.

    Jadi, kebanyakan “dalil” wahabi dri perkataan Salaf utk tauhid tiga fahaman mereka sebenarnya adalah dari salah faham mrk terhadap prkataan Salaf. Mrk mahu faham perkataan salaf mengikut mereka, bukan mengikut maksud sebenar salaf itu sndri.

    …………………….

    ust boleh dapati komen ini di : http://nazrulnasir.blogspot.com/2010/01/isu-penggunaan-kalimah-allah-kepada.html#comments

    • 18/01/2010 1:41 pm

      Saya minta maaf sebab tidak sempat komen isu pembahagian tauhid. Mungkin tuan boleh merujuk kepada yang lain. Sekian.

  12. abdullah permalink
    14/01/2010 7:52 am

    assalamualaikum ustaz, betul tak, sesetengah orang kata bertawassul adalah dilarang dalam Islam dan kita dibenarkan untuk membunuh orang yang mengharuskan perbuatan bertawassul?apakah pandangan ustaz, orang yang berdoa di kubur Rasulullah S.a.w?

    • 14/01/2010 8:30 am

      Waalaikumussalam..
      Tawassul ada banyak bahagian, ada yang dibenarkan dan ada yang dilarang. Jadi tidak tepat mengatakan secara umum bahasa tawassul dilarang, atau dibenarkan.

      Dan kena beza antara masalah tawassul kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dengan masalah istighatsah (minta tolong) dengan baginda selepas baginda wafat dengan kepercayaan baginda mampu mendatangkan manfaat dan mengelak mudarat.

      Mungkin saudara menemui fatwa ulama tentang istighatsah dengan Nabi yang sudah wafat bahawa ia syirik, tetapi saudara memahami itu masalah tawassul. Kena bezakan antara masalah.

      Sekian.

  13. 14/01/2010 8:45 pm

    salam,,syeikh abu umair, ada orang tanya, kenapa kelapa sawit tak kena zakat, padi hasilnya sedikit dan sangat kurang berbanding sawit pula yang kena zakat? apa pandangan anta tentang zakat kelapa sawit? arju jawabak wa syukran….

    • 15/01/2010 12:12 am

      Waalaikumussalam..

      Wajib atau tidak wajib zakat tidak dilihat kepada banyak atau sikit hasil mahsulnya. Tetapi kepada illah nya.

      Kelapa sawit tidak ada illah yang mewajibkan zakat, sebab ia bukan bijirin dan bukan juga buahan yang dimakan lagi boleh disukat dan disimpan. Berbeza dengan padi.

      Seperti mutiara-mutiara yang mahal bernilai ratusan ribu ringgit, tidak dikenakan zakat, sedangkan emas dan perak dikenakan zakat.

      Tetapi kelapa sawit boleh dikenakan zakat dalam masalah zakat perniagaan jika dijadikan barang perniagaan, dan cukup syarat2nya.

      Wallahu A’lam.

  14. abdullah permalink
    15/01/2010 6:45 am

    assalamualaikum ustaz,

    apakah pandangan ustaz terhadap ustaz Zamihan? Adakah pendapat beliau mengikut
    Ahli Sunnah?

    • 15/01/2010 3:04 pm

      Waalaikumussalam..
      Minta maaf, bukan kerja saya melabelkan seseorang ustaz itu ikut sunnah atau tidak.

  15. abdullah permalink
    15/01/2010 11:49 am

    Assalamualaikum ustaz,

    apakah pandangan ustaz terhadap Dr.MAZA? Adakah pendapat beliau mengikut
    Ahli Sunnah?

    • 15/01/2010 3:04 pm

      Waalaikumussalam..
      Minta maaf, bukan kerja saya melabelkan seseorang ustaz itu ikut sunnah atau tidak.
      Sekian

  16. AloNg CaPR permalink
    16/01/2010 5:23 am

    Assalamualaikum Ustaz Abu Umair, begitu jelas penerangan ustaz berkenaan isu ini. Di Selangor adalah negeri yang paling banyak ajaran sesat. Kelemahan iman dan taqwa boleh mempengaruhi dengan cepat masuk ke dalam ajaran seumpama ini.

    • 16/01/2010 12:16 pm

      Waalaikumussalam..
      Benar apa yang saudara nyatakan. Selain itu, antara punca terpengaruh dengan ajaran sesat ialah jahil agama, ghairah dengan kerohanian, dan silap faham asas aqidah.

  17. akmalhadi permalink
    16/01/2010 3:47 pm

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya bukanlah seorang yg alim dan berilmu dlm bidang agama ini. Kawan saya cuba hendak mengenalkan saya dgn seorang guru. Katanya guru tersebut mengaku wali. Soalan saya:

    1.Adakah mengaku wali itu ciri2 ajaran sesat? Setahu saya tidak akan jatuh akidah orang yang mahu mempercayainya atau tidak.
    2. Bolehkah syaitan mengaku dia adalah “Allah” dalam ilham ataupun mimpi.Kerana setahu saya Sheikh Kadir Jailani berkata syaitan tidak boleh mengaku “Allah”.
    3. Bolehkah ustaz terangkan kepada saya sedikit tentang makna “warid ilahiyyah”.Kerana katanya guru tersebut mendapat warid ilahiyyah daripada Allah.

    Harap ustaz dapat membantu saya.

    Assalamualaikum.
    Akmalhadi

    • 16/01/2010 5:06 pm

      Waalaikumussalam..

      Memang nampak hebat kalau ada guru mengaku sebagai wali, mendapat ilham atau bisikan dari Allah, dan mendapat warid-warid ilahiyyah.

      Tetapi saranan saya, saudara carilah guru-guru yang mengajar ilmu Islam yang jelas tanpa ada kesamaran, tanpa ada rahsia.

      Kerana Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam meninggalkan kepada kita agama ini begitu jelas, umpama jelasnya perbezaan siang dan malam.

      Tidak ada ruginya kalau belajar Al-Quran, Tafsir, Hadis, Feqah, Akidah, Akhlak, walaupun guru kita tidak pernah mengaku wali. Asalkan ilmunya jelas, terang, bersumberkan yang sahih.

      • akmalhadi permalink
        17/01/2010 6:20 am

        Terima kasih banyak-banyak di atas nasihat ustaz tersebut, semoga Allah menunjukkan jalan yg lurus kepada saya dan juga ustaz.InsyaAllah…doa Syeikh Kadir Jailani tentang mencari guru yg murshid “Ya Allah!Ya Tuhanku,tunjuki aku akan golongan orang yg saleh dari para hambamu.Tunjukiku siapa yg boleh menunjukiku kpdMu,dan siapa yg boleh memberiku makanan dari makananMu,memberiku minum dari minumanMu, mencelakkan mata hatiku dgn cahaya pendekatan kpdMu, dan memberitahuku apa yg dilihatnya secara terang-terangan bukan mendengar dari kata2 orang lain”.

        Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayahNya kepada kita…InsyaAllah

        Assalamualaikum.
        Akmalhadi

      • khoirul permalink
        04/11/2011 1:20 am

        kalian tidak akan pernah lihat wali…karena wali itu disembunyikan walaupun itu disamping kita…jika ada yang mengaku berarti itu bukan wali…

        ber terimakasih lah kepada orang yang memperkenalkan agama islam kepada kita……

        punyailah adab….

  18. abdullah permalink
    18/01/2010 2:22 am

    macammana kita nak tahu seseorang ustaz itu, guru yang baik atau tidak?? Kalau dia menyembunyikan ilmu atau fakta tertentu kerana sesuatu contohnya i’tiqadnya yang berlawanan dengan i’tiqad orang sekampungnya, adakah boleh kita labelkannya sebagai ulama’ yang jahat??

    • 18/01/2010 1:38 pm

      Kalau kita belajar dengan ramai guru, menerima ilmu secara insaf, tidak taksub mana-mana guru, in Sya Allah terselamat daripada tertipu oleh ajaran-ajaran menyeleweng.

      Penilaian benar atau tidak benar iktiqad seseorang guru bukan bergantung kepada orang kampung, tetapi kepada hujah yang digunakan.

  19. Anonymous permalink
    20/01/2010 6:52 pm

    kami ingin minta kebenaran copy artikel ini

  20. abdul rahman permalink
    22/01/2010 4:16 pm

    Assalamualaikum..
    utz,sy ada soalan sedikit..bolehkah kita membeli buku2 fotostat sebab buku2 original harganya mahal.sebagai contoh, buku2 medic original harganya sangat mahal & sukar diperolehi di negara yg sy sdg bljr, tetapi buku2 fotostat jauh lebih murah. Bagaimanapun,sy takut hendak membeli yg fotostat kerana risau berlaku zalim kepada penerbit buku asal yg sepatutnya mendapat keuntungan hasil setiap jualan bukunya(original). maaf soalan tiada kaitan dgn artikel di atas..mohon penjelasan…syukran..

    • 22/01/2010 9:32 pm

      Waalaikumussalam..

      Harta intelek tidak boleh boleh dirompak untuk tujuan kormesial. Oleh itu, perniagaan buku-buku fotostat tanpa kebenaran penerbit adalah haram. Barang yang haram dijual, haram juga dibeli kerana termasuk amalan bantu membantu dalam perkara maksiat.

      Cuma, dikecualikan dalam keadaan hajat atau darurat, seperti pelajar yang tidak mempunyai wang untuk mendapatkannya kecuali yang fotostat.

      Wallahu A’lam.

  21. Bro handzalah permalink
    28/01/2010 9:26 pm

    Assalamualaikum
    barakallahufik
    keifa Hal? Hal daiman…..

  22. mencari kebenaran permalink
    03/02/2010 5:40 pm

    jazakaallahukahaira….banyak manfaat yg ana dapat pelajari dari blog .ustaz lokman boleh baca blog nih http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/ banyak kekeliruan yg ana dapati… harap jgn terpengaruh.

  23. 06/02/2010 10:55 am

    bila kita mendahulukan al-Quran & as-Sunnah sudah pasti kita tidak akan terjebak dengan perkara tersebut…

  24. nusayba permalink
    07/02/2010 4:03 pm

    assalamualaikum
    ust, a good article,
    nak copy ke blog ana ye…syukran
    barakallahu fikum

  25. antipemecahbelah permalink
    21/02/2010 12:47 pm

    salam..
    boleh saudara jelaskan ciri-ciri ahli bidaah yang saudara maksudkan? kerana semua umat islam zaman sekarang melakukan bidaah termasuk tulisan saudara di internet sebegini juga termasuk dalam pekerjaan bidaah.Tolong jelaskan tuan sheikh Abu Umair…

    • 21/02/2010 1:25 pm

      Kalau saudara memahami bahawa tulisan di internet adalah bidaah, saya syorkan saudara baca buku: Khilafiah, Bidaah dan Maslahat Umum, karya Dr Basri Ibrahim (lepasan Univ Al-Azhar).

      In Sya Allah, terjawab kemusykilan.

  26. 28/02/2010 6:12 pm

    Salam. Blog yang amat bagus dan menambahkan ilmu. Satu kemusykilah, Adakah golongan asyairah n maturidiyyah termasuk dlm golongan ahli bid’ah??

    • 28/02/2010 7:43 pm

      Salam.

      Ahli bidaah dalam skop aliran-aliran aqidah ialah mereka yang mengambil aqidah dari ilmu kalam, mengenepikan nusus-nusus Quran, Sunnah dan Ijmak. Nisbah bahawa dia mazhab Asyaari atau Maturidiy bukan penentu.

      Imam Ibn Abdil Barr (wafat: 463H) menukilkan daripada kata-kata Ibn Khuwaiz Mindad (wafat: 390H) dalam menyifatkan siapakah Ahli Bidaah. Katanya:

      أهل الأهواء عند مالك وسائر أصحابنا هم أهل الكلام ، فكل متكلم فهو من أهل الأهواء والبدع أشعرياً كان أو غير أشعري

      “Ahli Hawa di sisi Malik dan sekalian ulama kami ialah ahli kalam. Maka setiap ahli kalam dia adalah ahli hawa dan bidaah, samada dia bermazhab Asyaari atau bukan Asyaari”. (Jamik Bayan al-Ilm 2/117).

      Wallahu A’lam.

  27. antipemecahbelah permalink
    28/02/2010 9:30 pm

    saya rasa tak perlu pada buku : Khilafiah, Bidaah dan Maslahat Umum, karya Dr Basri Ibrahim (lepasan Univ Al-Azhar) untuk memahami perkara bidaah lagipun semuanya dijual dengan harga tertentu. menjual ilmu juga bidaah. Bidaah pada pendapat umum adalah perkara yang diada2kan dan perkara yang tiada contoh dari Nabi dan Sahabat2. Kalau penulisan di internet ini bukan bidaah, berikan bukti yang di zaman Nabi dan zaman Sahabat telah berlakunya perkara ini. Cukuplah apa yang telah dr. asri zainal abidin dan guru belia mengatakan bahawa kalau benda tu bidaah, maka sesat. tak ada corner2 lagi.
    Kalau semua bidaah sesat, maka semua orang Islam zaman ini adalah sesat dan ahli bidaah!

    • 28/02/2010 10:08 pm

      Saya merasakan saudara perlu baca buku tersebut. Sebab nampak sangat kecelaruan kefahaman tentang bidaah.

  28. amri permalink
    17/04/2010 10:22 am

    Salam ustaz..
    benarkah semua wasiat & pesanan nabi saw kepada Saidiana Ali adalah bidaah & hadis palsu belaka.. ia sengaja diadakan oleh puak syiah..
    @ adakah wasiat tersebut boleh dijadikan sebagai adab umat islam & tatasulila saja..

    boleh tak ustaz jelaskan secara terpeinci skit tentang penolakn wasiat ini & kenapa masih berleluasa dalam internet serta buku2 agama..wallahualam..

    • 07/06/2010 5:29 pm

      Waalaikumussalam…

      Memang banyak hadis-hadis palsu ciptaan Syiah berkenaan wasiat Nabi SAW kepada Ali dan juga wasiat Nabi SAW kepada Fatimah.
      Ia mesti disaring mengikut kaedah ahli hadis bagi menentukan kesahihan atau kedhaifan atau kepalasuannya.
      Untuk dijadikan sebagai adab dan tatasusila, Alhamdulillah dalam hadis-hadis sahih malahan dalam al-Quran sudah banyak mengandungi ajaran adab, dan tidak perlu kepada yang maudhuk atau palsu.

      Sekian

  29. As-Syahid Abdullah Harahap permalink
    06/06/2010 6:47 pm

    Assalammualaikum Ustaz. Terima kasih diatas ilmu yang tersangat2 bermanfaat untuk umat Islam dizaman fitnah ini. semoga para taksub bidaah dapat menerima dan terbuka hati mereka setiap amalan bidaah didalam agama adalah sesat.

    Rasulullah SAW bersabda, “Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur’an) dan sunnah khulafa’ rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), karena setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat.”
    (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

    Melalui pemahaman saya yang serba kekurangan ini, saya rasa ‘antipemecahbelah’ dan umat islam yang masih keliru dengan isu ini perlulah membaca buku yang disarankan ustaz tadi bagi memahami isu bidaah. apa yang dihalang tegas didalam isu bidaah ini oleh para ahli sunnah waljamaah lebih2 lagi dizaman fitnah ini adalah bidaah yang melibatkan fiqh dan akidah. satu bidaah didalam agama dilakukan, maka hilang satu sunnah. kerana apabila dikaji semula, bidaah didalam agama yang banyak dilakukan oleh umat Islam, menyerupai ajaran agama lain, dan tidak pernah satu pun dilakukan oleh Rasulullah SAW & para sahabat. wallahu a’lam.

    semoga kita diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT. Amiiin.

    • 07/06/2010 5:30 pm

      Waalaikumussalam..

      Terima kasih atas komentar. Mudah-mudahan bermanfaat untuk para pengunjung blog ini.

  30. 08/06/2010 7:48 am

    assalamualaikum WBT,

    minta izin untuk copy/paste separuh dari artikel ini ke blog saya.

    saya yang jahil ini sedang mengalami kesukaran untuk menyebarkan sunnah untuk digantikan dengan amalan bidaah yang memang menjadi amalan khususnya penduduk Islam di Malaysia.

    ada yang membalas seperti “ini perkara kecil!fokuskan kepada masalah lebih besar, akidah!” dan terus menerus tinggalkan sunnah.padahal saya tidak menggalakkan perpecahan atau kesan yang lebih besar dengan mengajak kepada sunnah dan meninggalkan bidaah.

    wallahu’alam.

    saya yang masih ketandusan cara,
    Anwar

  31. 22/10/2010 9:37 pm

    alhamdulillah ada artikel ini… untuk antifatif terhadap ajaran sesat… ini pertolongan Allah, melalui anda… syukran…

  32. Anonymous permalink
    27/10/2011 12:51 pm

    berssesuaian dgn hadis rasullah.”telah ku tggl kn di tngh kalian dua perkara iaitu al quran &hadis ,sesunguh kamu tidak akan sesat .sya amt terujadengan dalil ini segala yg diktkn ahli bidaah itu hanyalah pendapat.tiada tuntunan atau dalil dari dlm Q& H.

  33. arif permalink
    16/06/2012 4:42 am

    salam.ustaz.saya ada seorang kawan yang mana mungkin telah tersalah guru dan mungkin sedang mempelajari ilmu sesat.saya penah berdebat dengan nya tentang islam,masyaallah banyak yang bertentangan dengan apa yang saya pelajari.saya risau dia akan menjadi lebih teruk.macam mana saya nak bawa keluar dia dari kesesatan tu?adakah cara nya?ataupun kepada siapa yang patut saya bawa dia berjumpa.kalau saya biar kan bertambah2 sesat lah dia.berdosa kalau saya tahu tapi saya tak cuba ubah nya kan ustaz.tolong saya ustaz.saya buntu & risau.

  34. Mawaddah permalink
    05/11/2012 8:13 pm

    Assalamualaykum warahmatullah Ustaz,
    Saya seorang pelajar mohon bantuan ustaz berkenaan satu kumpulan di Melaka yang mereka mempercayai guru mereka telah disempurnakan oleh Allah dgn sgt sempurna dan mengakui Iblis tidak dpt menganggu kumpulan mereka. Laman web mereka ialah panjilangit.blogspot.com dan mereka menetap di Chabau, Melaka. Saya mohon pendapat ustaz dan penerangan kerana ragu-ragu dengan kumpulan ini. Selain itu, antara perkara yang meragukan saya ialah dialog imam kumpulan ini bersama Iblis. Saya ragu-ragu kerana Rasulullah SAW bersabda “Dari Khurasan akan keluar beberapa bendera hitam, tak sesuatupun bisa menahannya sampai akhirnya bendera-bendera itu ditegakkan di Iliya (Baitul Maqdis).”…

    Mereka sangat berpegang pada Al-Quran dan sunnah, tetapi saya tidak dapat menerima apabila mereka meyakini tntg kehancuran bumi pada 21 Disember 2012 dan mereka sedang membuat pengiraan kepada tarikh tersebut.

    Sekian, saya amat berharap ustaz dapat membantu saya dalam keraguan ini. Barak Allahu lee wa lakum, wa assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Trackbacks

  1. Kenali Ciri-ciri Ahli Bidaah dan Ajaran Sesat « AHMAD KAMIL – THE ORDINARY GUY

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: