Skip to content

Bentuk Syirik Kontemporari

18/05/2008

Definisi Syirik
SYIRIK ialah mengambil sekutu bagi Allah Taala samada sekutu dalam bentuk Rububiyyah ataupun Uluhiyyah.

Sebagaimana Nabi SAW menjawab pertanyaan Ibn Mas’ud “Apakah dosa paling besar?”, Jawab baginda: “Engkau mengambil sekutu bagi ALlah sedangkan Dia yang menciptakan kamu”. (Bukhari dan Muslim).

Syirik berlaku dalam sejarah manusia sejak zaman Nabi Nuh a.s sehinggalah pada zaman moden sekarang. Asasnya adalah sama iaitu menyekutukan Allah, cuma bentuk-bentuknya berbeza pada zaman masing-masing.

Contoh Syirik Kontemporari
Contoh syirik pada zaman moden yang berkaitan dengan Rububiyyah:

1) Fahaman Komunis. Kerana asas fahaman ini ialah: Mengingkari kewujudan Tuhan dan segala perkara ghaib. Penganut fahaman ini menjadikan material adalah asas segala-galanya. (Mausuah Muyassarah 310).

2) Fahaman Darwinisme. Ia berkembang pada abad ke-19 sebagai satu permulaan semula sebuah mitos berasal daripada kaum Sumerian dan Greek Purba oleh seorang pakar biologi amatur Charles Darwin. Beliau adalah seorang naturalis British yang memulakan teori evolusi berdasarkan pemilihan semula jadi.

3) Fahaman Sekularisme. Ia adalah ideologi bahawa urusan dunia seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan agama. Mengikut kamus Inggeris, sekular bermaksud:
1. Keduniaan
2. Tiada agama
3. Tidak zuhud

4) Perkauman atau Kebangsaan. Iaitu semangat berdasarkan persamaan asal-usul, bahasa, sejarah, dan kemaslahatan bersama, TANPA mengambil kira persamaan dalam agama.

Di dalam Muktamar Dakwah dan Penyediaan Daie Peringkat Antarabangsa yang diadakan dia Universiti Islam Madinah tahun 1397, dibuat satu resolusi iaitu: Semangat perkauman atau kebangsaan termasuk dalam seruan yang berlawanan dengan Islam, seperti Batiniyyah, Bahaiyyah, Qadiniyyah….’.

Amaran Nabi SAW Tentang Syirik
Nabi SAW telah memberi amaran betapa bahayanya syirik terhadap umatnya. Dan banyak hadis-hadis yang menunjukkan Nabi SAW memberi amaran akan berlaku syirik pada zaman mutakhir. Antaranya:

لا يذهب الليل والنهار حتى تعبد اللات والعزى

Maksudnya: Tidak akan pergi siang dan malam (berlaku Qiamat) sehinggalah Laat dan Uzza disembah kembalil. Direkod oleh Imam Muslim (no: 2097)

لا تقوم الساعة حتى تلحق قبائل من أمتي بالمشركين وحتى يعبدوا الأوثان

Makasudnya: Tidak akan berlaku Qiamat sehinggalah ada kabilah-kabilah dari umatku mengikut bersama orang-orang musyrikin, dan sehinggalah mereka menyembah berhala-berhala. Direkod oleh Abu Daud (no: 4254) dan Tirmizi (no: 2219) katanya : Hasan Sahih.

Wallahu A’lam.

Rujukan:

Al-Syirk Fil Qadim Wa al-Hadith.

Artikel ini adalah jawapan penulis kepada satu soalan agama di al-ahkam. URL: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=35917

Advertisements
3 Comments leave one →
  1. Anonymous permalink
    16/01/2012 1:26 am

    assalamualaikum ustaz..
    apa pandangan ustaz tentang selawat syifa’?

    • 07/02/2012 12:00 am

      Waalaikumussalam.

      Selawat Syifa boleh memberi makna yang batil. Kerana zahir lafaznya adalah meletakkan Nabi S.A.W melampaui kedudukan yang diletakkan oleh Allah Taala. Sedangkan baginda melarang umatnya daripada melampau terhadap baginda.

      Antara kebatilan selawat Syifa ialah menyifatkan Rasulullah S.A.W sebagai ‘Afiyatil Abdaan Wa Syifa’iha’, ‘Nuur al-Absaar Wa Dhiyaa’iha’. Sedangkan kesihatan badan, kesembuhan badan, peglihatan mata, adalah daripada ciptaan dan kekuasaan Allah Taala. Bukan daripada baginda.

      Maka adalah sebaik-baiknya ditinggalkan selawat jenis ini, dan diamalkan selawat yang diajar oleh Nabi S.A.W sendiri yang sekali-kali tidak ada sebarang keraguan dan kebatilan padanya.

      Wallahu A’lam.

  2. 07/02/2012 8:50 am

    Akm tuan, bgiamana cara saya utk belajar hadith di madinah atau Makka? Saya hanya pemegang master shariah UM, jzkallahu khayra, wassalam

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: