Isu Semasa

  • Aplikasi ‘Tanyalah Facebook’ Yang Dusta

    Pada satu ketika ramai pengguna Facebook menggunakan aplikasi ramalan nasib kemudian post di wall masing-masing sebagai satu aktiviti sukaria. Alhamdulillah, sekarang ini kelihatan aplikasi ‘tok nujum’ sudah tidak mendapat sambutan di kalangan pengguna Muslim, kecuali mereka yang baru sehari dua mengenali facebook, mungkin merasakan ia suatu yang sangat menyeronokkan walaupun ia sudah dianggap aplikasi yang… Continue reading

  • FOREX: Di Mana Haramnya?

    Seminggu dua ini, dunia perniagaan dan pelaburan online di negara kita dikejutkan dengan satu kenyataan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan bahawa operasi Forex online yang dijalankan oleh individu melalui broker-broker dalam talian adalah tidak menepati Syarak dan difatwakan sebagai haram. Sehari selepas keluarnya kenyataan tersebut, saya cuba mengintai beberapa forum-forum di internet untuk melihat… Continue reading

  • Kartun Melampau: Akhbar Perlu Ada Garis Panduan

    Rata-rata surat khabar pada hari ini kebiasaannya memuatkan satu ruangan khas untuk kartun. Malah, ada akhbar yang menyediakan satu ruang kecil di muka hadapan untuk kartun. Tidak kira samada ia akhbar pro kerajaan, pro pembangkang, bebas, keagamaan atau lain-lain, ruangan kartun dilihat sebagai satu kaedah menyampaikan isi hati dengan cara bersahaja dan santai, yang kebiasaannya… Continue reading

  • Forex: Keputusan Muzakarah JAKIM

    Kelmarin 31 Mei 2011, saya bersama beberapa penyelidik lain dari ISRA telah diamanahkan untuk membentangkan satu kertas kerja di Muzakarah Penasihat Syariah yang dianjurkan oleh JAKIM-ISRA. Kertas kerja tersebut bertajuk: “Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: Satu Sorotan dari Sudut Syariah”. Setelah pembentangan kertas kerja tersebut… Continue reading

  • Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul

    “Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”. “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?” “Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”. Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman… Continue reading

  • Takliq Cerai dalam Bai’ah

    Politik Malaysia sekali lagi gempar apabila seorang  Ahli Parlimen PAS mendedahkan kepada umum bahawa tiap calon wakil rakyat PAS dikenakan syarat bahawa mana-mana ahli yang dipilih menjadi calon bertanding mana-mana kerusi DUN atau Parlimen dikehendaki mengangkat bai’ah (sumpah setia) jika calon tersebut menang pilihanraya dan kemudiannya memilih meninggalkan PAS maka isterinya akan jatuh talak tiga.… Continue reading

  • Perutusan Bersama MPF/IRF Berhubung Kemelut Kes Dr Asri

    Perutusan Bersama MPF/IRF Berhubung Kemelut Kes Dr Asri Tangkapan mantan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor semasa beliau berada di dalam majlis yang tertutup di sebuah kawasan perumahan pada 1 November kembali menimbulkan persoalan tentang kebebasan intelektual di Malaysia berkaitan dengan agama Islam. Alasan yang dikemukakan oleh JAIS bahawa… Continue reading

  • Gempa di Padang: Kaitan Waktu Dengan Ayat Al-Quran

    Baru-baru ini pada 30 September 2009, berlaku kejadian gempa bumi besar di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Ia berlaku tepat jam 17:16 (Waktu Indonesia). Kemudian disusuli dengan gempa kedua pada jam 17:58. Pada keesokan pula, berlaku satu lagi gegaran di Jambi pada jam 8:52. Gempa bumi yang malanda Indonesia kali ini cukup besar dengan saiz yang… Continue reading

  • Influenza Babi

    Bukan isu baru apabila haiwan babi menjadi ancaman kesihatan kepada manusia. Dahulu, kita didedahkan dengan penemuan cacing pita (aenia solium) di dalam daging babi yang mengancam kesihatan orang yang rutinnya memakan daging babi. Kemudian sekitar 1998-2000, negara kita gempar dengan virus maut misteri yang berasal daripada babi, dan akhirnya dikenali dengan nama ‘Japanese Encephalitis’ (JE)… Continue reading

  • Isu Musawah

    Isu musawah atau kesamarataan antara jantina kembali diperkatakan. Terkini, Sister In Islam (SIS) menganjurkan satu forum untuk membincangkan isu ini secara lebih serius. Antara topik perbincangan ialah: poligami, pembahagian harta pusaka, dan kuasa menceraikan pasangan. Kumpulan ini mempertikaikan kenapa lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri dalam satu-satu masa, sedangkan wanita tidak? Kenapa dalam faraidh,… Continue reading

  • Yahudi Makhluk Perosak

    Sudah tercatit dalam lipatan sejarah bahawa kaum Yahudi terkenal sebagai bangsa perosak yang banyak melakukan kebinasaan di atas muka bumi. Dan setiap kali mereka melakukan kebinasaan, Allah menghukum mereka di dunia lagi dengan dihinakan oleh kaum lain. Tetapi mereka pula adalah jenis makhluk yang tidak serik dan insaf dengan hukuman yang dikenakan. Perkara ini disebut… Continue reading