Skip to content

Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul

26/02/2010
tags:

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.

Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.

Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.

Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?

1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.

Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.

Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?

Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.

2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.

Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?

Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.

Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.

Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.

Sekian.

Advertisements
81 Comments leave one →
  1. 26/02/2010 10:12 am

    Tahniah post yg sgt tepat dlm isu sekarang ini..byk yg suka pertikaikan walhal itu wajib bg seorg muslim..

    Moga2 akan timbul kesedaran..

  2. 26/02/2010 5:54 pm

    Dalih ganti dalil

  3. 27/02/2010 10:41 am

    syakarallahu lak aba umair,,topik penting dengan jawapan ringkas yg menarik. sepatutnya org dedah aurat kena fikir jugak kebebasan orang lain yang merasakan tidak bebas dgn tindakan maksiat si pelaku. hormati hak2 orang lain yang tidak mahukan pencemaran pemandangan dan hati. semoga mereka itu dikurniakan hidayah segera mungkin. Amin

  4. abu hatem permalink
    27/02/2010 12:17 pm

    Salam syeikh ana minta izin copy..bila balik ganu sheikh??

  5. tika permalink
    28/02/2010 5:42 am

    alhamdullilah…melalui artkel ni saya lebih memahami apa itu aurat…

    moga2 selepas ni lebih banyak lagi artikel yang berkaitan dengan islam..

  6. thimbletack permalink
    01/03/2010 7:53 am

    ..habis tu, tak payah pakai tudung ke.. nak tunggu sampai bila hingga hati jadi ‘betul’ dan baru pakai tudung.. tolong tunjuk ajar saya cara membetulkan hati dgn tetap supaya saya dapat memakai tudung sekali gus menutup aurat dengan sempurna.ini bukan soalan provokasi melainkan soalan daripada seorang yang jahil dan degil.

    • 01/03/2010 12:15 pm

      Saudari silap faham maksud artikel saya kot.. Atau saudari baca tajuk dan perenggan pertama sahaja. Sekurang-kurangnya sila baca perenggan terakhir.

      • ash permalink
        01/03/2010 6:29 pm

        yup, my mistake.saudara telah menulis artikel yg benar dan bagus, sebenarnya.saya kesal dgn komen yg telah dipos.i apologise to you and your visitors/readers/friends/fans on this post. the comment – it was unintentional; berlaku dlm situasi yg agak pelik sedikit.still, it was my mistake.im sorry.
        saya minta maaf.

      • 30/03/2010 2:39 pm

        ilmu….tanpa ilmu manusia buta…

  7. Abu Ikmal (rhythma) permalink
    03/03/2010 5:54 am

    Salam..

    Rasa terpanggil jgk nak bg respond dlm perbincangan kita ni.

    Tapi ada jugak alasan segelintir manusia:

    Kononnya punca jenayah rogol dan seumpamanya adalah disebabkan wanita yg dirogol itu mendedahkan aurat. TAPI ADA JUGA KES MANGSA ROGOL ADALAH WANITA BERTUDUNG.

    So cmne kita nak jawab ek?

    • 03/03/2010 10:43 am

      Kalau dah bertudung tapi kena rogol juga, tengok benda lain pula. cara berpakaian, berhias, tingkah laku dia. kalau semua ok tapi berlaku juga, bkn salah dia la. kira tu musibah kepada dia untuk uji keimaman dia. mungkin lepas tu dia kata “baik tak payah pakai tudung, tapi kena rogol juga”. Pandangan peribadi saja ni. hehe…

      • noname permalink
        17/03/2010 6:11 pm

        kalau pmpn tu ckp mcm tu,nmpk sgt pakai tudung sbb xnk kne rogol..skadar pndngn shj..

        • 30/03/2010 2:36 pm

          ‘alaa kulli haal…zaman skg mmg dah berubah..tgk pada keadaan pmpuan tu jgk..faham2 la tudung zmn skg..mcm2 style..fesyen.. dituntut wanita utk btudung drp FITNAH2.. nabi sbda,prmpuan itu sndiri fitnah,kalau dia kluar dr rumah,syaitan sentiasa memerhati dia…
          apa yg ana nk kgsi…pmpuan skrg bukan btudung drp fitnah,tp skadar fesyen semata2… walau pn bertudung..ttp bsolek utk tarik perhatian lelaki.. pewangi yg melebihi had bg pmpuan..kluar rumah tnpa mahram &bukan pada wktunya.. kluar tempat2 maksiat.. &kelakuan pmpuan itu sendiri yg mahukan maksiat… bagi ana,ini masih dalam katagori xbertudung….

          wallhua’lam..

      • NUR permalink
        24/01/2011 4:15 pm

        em betul gak kte 2?????
        XP INSYA’ALLAH XSMUE CAM 2 K…..
        SALAM

    • 03/03/2010 12:36 pm

      Salam,

      Benar bahawa antara punca jenayah rogol ialah amalan dedah aurat, berpakaian seksi lagi menggiurkan. Tapi adakalanya, yang menjadi mangsa rogol ialah orang yang tidak bersalah, seperti wanita bertudung, kanak-kanak dan wanita tua. Mereka mangsa kepada budaya maksiat sekeliling.

      Apabila ini berlaku, ia bukan alasan untuk kita sama-sama menyumbang kepada gejala maksiat ini. Kononnya tutup aurat atau tidak, tiada kesan pun. Kerana rogol tak mengira orang.

      Berapa ramai penumpang/pemandu terkorban, akibat kesalahan orang lain. Tetapi ia bukan bermakna kita tidak perlu ikut undang-undang jalan raya, kononnya kemalangan tak mengenal siapa, patuh peraturan atau tidak.

    • hamba Allah permalink
      24/06/2010 9:34 pm

      mybe cara dia berpakain yg memikat mata lelaki wlau pakai tudung..

  8. 04/03/2010 3:46 am

    salam…
    saya sgt bersetuju dengan artikel ini sebenarnya…terpanggil saya untuk berkongsi 1 cerita..ketika itu saya dan kawan2 berada di tandas sebuah pusat membeli-belah apabila 2 orang pekerja pusat membeli-belah itu mula bercerita…
    hujung pangkalnya mmg tdk kami ketahui namun apabila soal tudung dipersoalkan, kami telah memasang telinga mendengar perbualan mereka…berkisar ttg ‘klu pakai tudung pun tp perangai suka bercerita hal org buat apa? kurang2 walaupun kita x pakai tudung tp xde la suka buat cerita’…aduhai, berasap jugak telinga nie….

  9. nur shuhada~ permalink
    16/03/2010 1:38 pm

    salam..artikel yg bnr2 mnarik, mnyedarkan,,terima kasih ats tazkirah ni..sy nk minta pndpt..
    skrg ni sy sdg bjinak2 mnutup aurat sempurna..[bstokin,,bsarung tgn]
    lme la jgk..sye rse slesa,,wpun kdg2 ade org yg pndg sblh mte..sy xkesah..tp lme2 sy rse mcm xsedap je nk pkai sume2 2 ble rse dri ni jhil agme..pngetahuan agme xbyk..n org kat skeliling fikir sy ni mcm baek sgt..alim la konon..pdhl sy biasa aje..sejak 2 sy terus bketrampilan mcm biasa sje..walhal niat dhati dulu,,nk istiqamah tutup aurat sempurna..mcm mne,,nk teruskn atau..tutup aurat ala kadar je..????em..

    • mad permalink
      17/03/2010 10:47 am

      ade ke istilah tutup aurat ala kadar je????
      bukan ke kene tutup smpurna…kecuali muka dan tapak tgn

    • 20/03/2010 6:17 pm

      Salam..
      Jika kita menghayati bahawa menutup aurat dengan sempurna adalah perintah Allah, kita tidak akan rasa malu atau janggal untuk melaksanakannya.

      Patutkah kita rasa janggal depan orang sekeliling kita untuk tutup aurat dengan sempurna, sedangkan kita tidak merasa janggal di hadapan Allah?

      Dan pemakaian tutup aurat bukanlah eksklusif untuk ustaz-ustazah sahaja. Ia adalah kewajipan setiap yang bergelar muslim dan muslimah.

      • nur shuhada~ permalink
        28/03/2010 6:53 am

        terima kasih byk2..=)

      • saya permalink
        11/05/2010 9:27 pm

        salam..
        terima kasih atas artikel.insyaAllah memberi manfaat kpd ramai manusia terutamanya kpd kaum hawa.

        saya faham perasaan nur shuhada.saya suka bertudung labuh(yang paling labuh,61′)sebabnya saya boleh cover apa yang patut dicoverkan plus saya boleh turut berfesyen-sebab saya nampak itu lebih kemas.apa yang saya maksudkan berfesyen di sini is saya silangkan tudung tu tanpa pendedahan(kalau tudung bersize kecil,45′ jika disilangkan terdedah bahagian depan)

        namun pakai tudung labuh itu, saya tidak pernah sekolah agama, tiada pengetahuan agama yang mendalam, biasa, namun ilmu yang ada dan kewajipan yang diperintahkan saya usahakan untuk sempurnakan dan ‘cantik’kan

        tapi ader orang pertikai, sekolah agama tidak, kenapa pakai tudung?kadang2 bila fikirkan ini buatkan saya tidak pakai tudung labuh itu. Namun, kadang2 juga saya kuatkan diri, ah nanti akhirat dosa kita sendiri yang tanggung

        saya pasti ramai di luar sana yang mahu tutup aurat dengan sempurna tapi terbantut perlaksanaan dek pandangan2 yang menjatuhkan ini.

  10. 19/03/2010 9:35 am

    sekurang nya x untuk mengubah seseorang menjadi orang yg lebih baik kan

  11. Anonymous permalink
    21/03/2010 3:39 pm

    contoh yg diberikan x sesuai…sbb pemakaian topi kledar untk jage kepala..,

  12. hafiz permalink
    22/03/2010 5:47 am

    jage kepala dengan jage dr dapat dosa mane yg penting……

    • Anonymous permalink
      23/03/2010 8:12 pm

      jg dr dpt dosa lg pnting…cuma perumpamaan yg dibuat kurang tepat.sbb undng2 menyuruh kita pakai topi keledar untk jg keselamatan kepala…sbb topi keledar lelaki pun pakai bkn prmpuan je

  13. Anonymous permalink
    23/03/2010 8:23 pm

    harap2 abu umair dpt bg contoh dn hujah yg lebih kuat supaya, tidak ade golongan2 yg anti tudung ataupun golongan yg tidak suka kepd islam memberi hujah yg boleh mmbawa kpd kekeliruan kpd pmbaca

  14. hafiz permalink
    24/03/2010 5:45 am

    perumpamaan yg diberi tu utk kita mudah faham… undang2 manusia… kenapa kita begitu patuh… sedangkan pakai tudung tu suruhan agama…kewajipan setiap muslimah… kenapa nk ambil mudah…. sy x der laa dlm sgt ilmu agama.. tp secara logik akal kita bleh pikir la…..

    p/s for Ust. abu umair : kalu ade yg salah ttg komen sy.. tolong betulkan… itu just pendapat sy.

    • Anonymous permalink
      24/03/2010 7:19 pm

      contohnya la kan….jika ade insan yg kurang phm tntg agama mengatakan undang2 manusia yg dibuat adalah untk menjaga keselamatan,contohnya mcm topi keledar ni laa…ianya dijadikan undang2 untuk menjaga kepala kita jika ada sebarang kemalangan…klu pakai tudung xde ape2 yg nk dijaga,jd manusia kena ikut undang2 yg dibuat oleh manusia untk mnjaga keselamatan diri…jd prsoaln ini akan ditimbulkn oleh golongan2 yg kurang kuat pegangan agamnya untk defend diri mereka dn orng2 yg x pakai tudung..jd bagaimana kita nk jawab jika prsoalan ini timbul…

  15. 24/03/2010 7:26 am

    Jika saudara Anonymous mempunyai contoh yang lebih tepat, mohon dikongsikan di ruangan komentar ini.

  16. halim permalink
    24/03/2010 6:51 pm

    sy ada satu ontoh yg paling tepat…
    islam menyuruh kita tutop aurat,dan pakai baju adalah slah satu cara untuk menutup aurat,jd kepada sesiapa yg tidak pakai baju maka dia telah melanggar ajaran islam dan tidak ada perasaan malu…jd sesiapa yg tidak pakai tudung telah melanggar ajaran islam dan TIDAK MALU,sama mcm x pakai baju…

  17. insyirah permalink
    27/03/2010 3:15 am

    syukran atas article ustaz..nk tny ckit..dlm dunia kte nih kte idop dalam dunia di mana kte majorly melakukan sesuatu itu sbb kte mmg NAK buat bende tuh..skg nih dlm aspek pemakaian tudung atau pnutupan aurat yg smpurna ni en..cam ne nk terapkan bende nih menjadi sesuatu yg memang kte NAK buat dan bukan semata-mata kerana kte tahu mnerusi logic akal bdasarkan dalil2 hukum hakam bahawa kte wajib tutup aurat..
    sbb klo saya..saya takot cam iman yg mmg akan turun naik nih..dtambah lagi dgn faktor pngaruh skeliling n kawan especially..lalu saya akan amek mudah pasal tutup aurat nih..klo myb la pnutupan aurat yg sempurna tuh mmg saya NAKKK sangat n it comes from d heart la insyaAllah kuat n teguh pndrian sya mnruskan kwajipan nih..soo mohon pndgn dari ustaz la yea pasal cm ne nk lekatkan n hadamkan bende nih dalam hati (kemahuan sendiri)…:)

    • Anonymous permalink
      15/04/2010 4:58 am

      Carilah sahabat-sahabat perempuan yang solihah, menutup aurat dengan sempurna dan berakhlak mulia di samping bersahabat dengan sahabat-sahabat yang anda ada. Wa Allahu ‘Alam.

      • Anonymous permalink
        15/04/2010 5:00 am

        Tambahan. Mintalah pertolongan kepada Allah agar diri diberi kekuatan. Wa Allahu ‘Alam.

  18. nurul permalink
    27/03/2010 5:30 pm

    salam…minta izin u copy artikel nih…tq

  19. Hana permalink
    28/03/2010 4:23 am

    Slm..sy ada persoalan tentang pemakaian tudung.. ramai muslimah yang tinggikan ikatan rambut supaya nampak lebih menarik..malahan ada yg sengaja memakai sepit supaya sanggul d belkg nmpk tinggi & cantik… apa yg sy tahu nabi muhammad SWT mengumpamakan perbuatan ini seperti bonggol unta (kalu salah tolong betulkan)….dr segi pemahaman sy mungkin tindakan ini menimbulkan fitnah iaitu muslimin dpt membayangkan kepanjangan rambut.. tp kalu x de sanggul muslimin boleh bayangkan muslimat itu berambut pendek kan?? jd persoalan sy apa hukumnya meninggikan sanggul? kalau rambut memang panjg??

    • 08/04/2010 2:14 pm

      Meninggikan sanggul sehingga dapat dilihat bentuknya oleh lelaki ajnabi adalah dilarang agama. Kerana berdasarkan hadis yang saudari sebutkan, iaitu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyifatkan dua golongan ahli neraka. Salah satunya ialah:

      وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاتٌ مَائِلاتٌ ، رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ ، لا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلا يَجِدْنَ رِيحَهَا

      Wallahu A’lam.

      • Ibnu Sabri permalink
        12/06/2010 8:59 pm

        Ustaz boleh kemukakan sumber hadis dan ayat al-quran yang dinyatakan x. Hal ini supaya memudahkan serta menguatkan hujah2 yang akan dikeluarkan oleh para da’i semua.

  20. buddingdoctor permalink
    03/04/2010 6:58 am

    mohon copy ya..jzkk~

  21. nabila permalink
    08/04/2010 1:14 pm

    salam..saya pun mohon copy jg ya..syukran jazilan.

  22. syg sahabt permalink
    11/04/2010 8:56 pm

    ya..satu article yg menrk..jazakillah.. cth yg diberikn blh difahami dn berkait..cuma jika ada glgn yg menidakkn..mungkin sahaja utk menegakkn benang yg bsh dn tidak mahu berubah..

  23. syg sahabt permalink
    11/04/2010 9:08 pm

    to nur syuhada: teruskn lah memakai sarung tangan dan sarung kaki.. krn penyebab anti mula memakainya.. krn itu hidayah dri Allah.. dan syukurilah hidayah itu dan amalknnye lah dn terusilah istiqomah,,psti akn menyusul nikmat Allah yg tidak pnh lekang nnti..
    Mengikut pengalaman diri sendiri,, apabila diri dah berubah n mula menprtikkn penutupan aurt secra semprna..diri ini mula akn sentiasa mestikn utk melkukn kebaikan dn cuba mengelak kn drp mlkukn kebrukn.. malah rasa syg dan bersyukur kpd Yg Esa mkn menebal dan terharunya.. bagaimana betapa Maha Penyayangnye Pencipta Kita kpd hamba nye… perintah menutup aurt utk menjga,, keslmtn kita.. cuba lah renungi wahai sahbt2 ku sekalian.. segala perintah Nya.. adalh adalah krn Dia menyangi kita… SUBHANALLAH….

  24. Ana_muslimah permalink
    16/04/2010 3:15 am

    Salam, ana rasa contoh ni baik. Senang difahami dan tidak berat untuk diterima oleh akal. Terima kasih atas nasihat. (^_^)

  25. Anonymous permalink
    07/05/2010 9:44 am

    i copy ya utk facebook,,

  26. Aku Muslimah permalink
    10/05/2010 2:06 pm

    tahniah saudara untuk artikel ini..izinkan saya memberikan pendapat saya, sebenarnya persoalan tudung ini adalah persoalan yang tidak akan berakhir memandangkan Iblis dan Syaitan telah bersumpah bahawa mereka akan menyesatkan anak cucu Adam sehinggalah Hari khiamat tiba..

    Saya ingin berkongsi dgn sahabat2 semua mengenai hujah yang biasa saya guna apabila masalah menutup aurat ini ditimbulkan oleh kawan2 perempuan saya..biasanya saya akan merujuk kepada Dalil Al-Quran yang jelas iaitu Surah An-Nur verse 24, di mana ayat tersebut jelas sekali menunjukkan bahawa menutup aurat ini adalah wajib, tidak kira samaada hati baik ataupun jahat..

    apabila mereka masih tidak berpuas hati, saya akan kaitkan keimanan mereka dengan ayat2 Quran ini. Kita mengetahui bahawa antara Rukun Iman ialah kita wajib beriman dengan Kitab, atau secara specifiknya dengan Al-Quran. Al-Quran mengandungi 6666 ayat dan kita wajib utk beriman dengan 6666 ayat tersebut.

    Sebagai Hamba ALlah, adakah kita mempunyai pilihan untuk memilih ayat apakah yang kita beriman dan ayat apakah yang kita tidak mahu beriman??tentu tidak bukan???kita wajib beriman keseluruhannya..apakah hukumnya kalau kita enggan beriman dengan Surah An-Nur tersebut? Saya percaya sahabat2 semua tahu hukumnya..Hukumnya adalah kafir..Oleh itu, hati2 dengan perintah Allah yang kita ingkari. Mungkin cara saya agak keras sedikit, tapi saya percaya Hukum ini harus dinyatakan dengan jelas supaya lepas tanggungjawab saya terhadap sahabat2 itu.

    Kita sering mengakui bahawa kita ini Muslim dan Kita beragama Islam, apakah ukurannya?kalau kita adalah seorang yang Islam, mengapa tidak memasuki Islam secara keseluruhannya??mengapa harus ada batas dan ukuran Islam itu sendiri??? Islam is a way of life..mengapa Perintah Allah yang satu ini kita sering persoalkan? Islam kah kita??

    Saya pun masih banyak yang perlu dipelajari, tapi sebagai Muslimah, anda harus mengetahui mengapa anda menutup Aurat, bukan sbb fashion, dan bukan sbb ajaran ibubapa..Menutup Aurat ialah salah satu pengabdian Muslimah terhadap PenciptaNya..Tentu ALlah mempunyai sebab mengapa Allah mewajibkan kita Muslimah menutup Aurat..hanya yang beriman sahaja dapat merasa kemanisannya..

    Akhir kalam, saya selalu beritahu mereka, kalau lah ukuran syurga dan neraka ALlah itu semudah Hati Baik dan Hati Jahat, sudah tentu kita semua akan menghuni Syurga…tidak akan ada penghuni neraka…

    Wallahua’lam

  27. hamba Allah permalink
    15/05/2010 11:11 am

    salam ustaz, sy pun nk tanye jgk …kita cuba nasihat tp ni yg kita dpt….apa pandangan ustaz kalau orang tu ckp kat kita ….awk ada suami dan anak so awk jaga lah suami dan ank awak …jgn sibuk hal orang …dunia kita berbeza…tak guna buat amalan kalau hati dngki nge orang….

  28. Kami permalink
    15/05/2010 9:51 pm

    Salam,
    saya minta kebenaran utk copy artikel .. sgt menarik.. terima kasih

  29. 17/05/2010 10:15 am

    kalo diorg kate pkai tudung kalo hati xbersih xgune gak…sy nk ckap camni bley…”kak, abes kalo mat rempit yg xpkai helmet tu jmpe polis trafik nk saman dye…patut ke dye jwb tggu la sy patuhi peraturan jalan raya n dpt lesen…bru sy pkai helmet…ok bye pakcik polis!!! :P”

    atau ade ayat yg lebih tapis lg…hehe…

  30. maznah sakinah permalink
    22/05/2010 10:49 am

    memang ramai yang masih jahil tapi tak mahu pula menerima nasihat.. bagaimanakah cara terbaik untuk menyedarkan golongan wanita seoerti ini?

    • 07/06/2010 5:35 pm

      Tugas kita ialah menyampaikan.. Adapun memberi hidayah itu adalah kepunyaan Allah. Kita hanya berusaha dengan kudrat yang kita ada..

      Yang boleh berceramah, nasihatlah cara ceramah. Yang boleh menulis, nasihat cara menulis. Yang berkuasa, nasihatlah dengan undang-undang dan peraturan. Mengikut tahap amar makruf nahy mungkar yang kita mampu

  31. 04/06/2010 7:22 am

    assalamualaikum..

    mohon d kongsi ya ustaz. terima kasih

  32. Ibnu Sabri permalink
    12/06/2010 9:05 pm

    Ustaz, mohon saya mnyampaikan ilmu yang bermanfaat ini kepada rakan2 saya setiap kali saya mmbaca artikel ustaz yang kukuh dan mantap ini. Mohon copy juga pada setiap rakan2 yang comment kerana ada segelintir hujah yang mntap yang boleh dipraktikkan.

  33. 15/06/2010 1:53 pm

    Salam.. mohon copy artikel ni ya… trima kasih.. :)

  34. 21/06/2010 11:34 am

    izin copy ustz

  35. 25/06/2010 3:07 pm

    assalamualaikum…
    artikel yg pdt,tepat dan menarik..moga kita sama2 diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT..aminn

    ana minta izin copy ya ustaz..minta izin juga copy comment2 dr para pembaca..
    terima kasih

  36. atiqah permalink
    06/07/2010 10:59 am

    memakai topi keledar itu adalah suatu kiasan atau kita panggil majaz kepada aurat..ada maksud tersirat…bukan kepala dimaksudkan tetapi aurat..bagi saya hal menutup aurat ini tidak perlu diperdebatkan contohnye sebab mmg perkara ini sudah jelas sejelas2 jelasnye…
    cume berbeza contoh untuk diterangkan kepada mereka yg kurang berpengetahuan ttg hal ini secara mendalam..terima kasih atas post yg menarik, minta izin untuk copy untuk disebarkan..juga comment dari sahabat2 sekalian..rase gembira disini pabila masih ade sebahagian ummat yg concern ttg hal2 agama…jzzkallh..

  37. 10/07/2010 12:21 pm

    HADIS 15: DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI
    NERAKA

    Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Ada dua golongan yang
    akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan
    (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk
    memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang
    lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas
    kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak
    akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau
    wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.
    (Riwayat Muslim)

    Keterangan:
    Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada
    pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat,
    bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang
    berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun
    boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan
    bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain
    sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang
    sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat.
    Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar,
    seperti gob unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak
    akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari
    jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

    ———————————————————————-
    HADIS 32: ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN

    Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “Ya Allah! Jangan
    kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa
    di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak
    disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti
    lidah orang Arab (pada fasihnya).” (Riwayat Ahmad)

    Keterangan:
    Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh
    Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut
    mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan
    lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang,
    sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego
    dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap
    dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat
    orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan
    memangsa musuhnya.

    source:40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh
    Al-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)

  38. yun azyop permalink
    13/07/2010 7:56 am

    Ya Allah, ampunilah kami, maafilah kami dan kasihanilah kami… Ya Allah, tetapkanlah iman kami di atas agamamu dan jangankah engkau bolak-balikkan hati kami setelah diberi kami hidayah dan petunjuk kepada jalanMu yang lurus… Ya Allah, ampunkan kami dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Mu.

  39. rose permalink
    23/08/2010 4:21 pm

    Alhamdulillah Ustaz di atas segala info dan panduan yg sangat berguna kepada masyarakat ini..

    Semoga amalan Ustaz diberkati Allah..dan mohon untuk copy ustaz.

  40. Radhey permalink
    30/08/2010 4:09 am

    Mintak izin nak copy. Terima kasih.

  41. INSAN kerdil permalink
    13/09/2010 6:09 pm

    sy stju ngan pa yg ustz ktakn..
    AJAL DI TANGAN ALLAH,,,
    mlaikat mncbut nyawa x prnah ingkar ngan TUHANNYA…
    xkan brubah dtik kmatian seseorang itu wlau sesaatpun……..!!

  42. damien permalink
    18/09/2010 4:22 am

    minta copy ye ustz..

  43. lisa4679 permalink
    23/09/2010 11:06 am

    alhamdulillah..suka bc artikel nih…

  44. Siti Aisyah permalink
    19/10/2010 4:26 pm

    Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..izinkan ana untuk mengemukakan soalan.Ustaz,di sini ana ada 1 pertanyaan.Ana musykil.Hukum menutup aurat itu adalah wajib dlm islam..Aurat bagi seorang perempuan ialah seluruh tubuh badan,kecuali muka dan tapak tangan.Namun perlukah seorang perempuan itu menutup bahagian atas tapak tangan?apakah hukumnya ustaz.

  45. Adik95 permalink
    13/11/2010 9:47 am

    Assalamualaikum, saya nak tanya pendapat. macam mana kalau kita tak nak bertudung sebab takut satu hari nanti kita bukak balik ? bukan ke nanti banyak mulut orang berkata ? dan yg saya tahu fesyen di bolehkan dalam Islam, tapi fesyen yg macam mana yg di boleh kan ? setahu saya semua fesyen mendedahkan bentuk badan mahu pun sedikit.. Maaf sebab saya cuma 15 tahun dan saya tak berapa pasti soal ni..

  46. meera permalink
    09/03/2011 6:54 pm

    Salam.. Mohon copy ye ustaz.. Terima kaasih…

  47. syaza permalink
    17/03/2011 1:20 am

    salam…. saya nak minta pendapat, macam mana nak kuatkan hati untuk memakai tudung dihadapan abang2 ipar…sepupu2 lelaki.. atau apabila ada tetamu lelaki datang umah ke…dulu pernah cuba, tapi bila sorang2 buat rase cam janggal plak pastu skang da tak pakai dah. tak istiqomah..macam maner yer ustaz? disamping itu nak mengajak family yang lain untuk turut samer berubah ke arah kebaikan…..tanpa berasa kekok dan menyinggung hati family..

  48. mencari keredhaan permalink
    03/04/2011 11:34 pm

    bagaimana nak tanam kan istiqamah tu? dalam membuat sesuatu, kita kena istiqamah bukan. dan bila di tanya pada mana-mana, mesti jawapan nya, semoga istiqamah. tapi apa yang cuba saya nak sampaikan di sini, bagaimana kah nak dapat istiqamah dengan serela-rela hati nya and tanpa rasa terpaksa istiqamah. ada seorang hamba allah ni beristiqamah dalam membuat sesuatu, tapi walaubagaimana pun, terdapat secebis dari perasaan itu, terpaksa dan tidak ikhlas. bagaimana kah nak beristiqamah dengan ikhlas dan sepenuh hati tanpa hati terdetik rasa tidak ikhlas? mohon ustaz untuk terang kan dan berikan jawapan untuk mengatasi hal ini.
    kerana sejujur nya, saya susah nak beristiqamah secara ikhlas dan rela hati dalam membuat sesuatu.

  49. nefrukhayet permalink
    04/04/2011 6:52 am

    salam, saya nak kongsi..kebiasaan kami disini bertudung hanyalah ke sekolah,pg majlis2 keramaian,pg kerja,pg bandar dll.bila yg bukan mahram dtg rumah,relax je tayang kepala..dulu masa awal2 remaja saya memang dikritik gara2 menutup aurat malah yg menyedihkn saya dipanggil “penyamun tarbus” oleh auntie sy gara2 mengenakan tuala panjang utk cover kepala saya ms bermalam di umah dia.harga tudung sy yg murah tp menepati hukum pun diejek.bila saya tanya “ko bila nak bertaubat?” selamba je jawab “aku tak tau taubat,aku cuma tau buat!”..lantaklah dorang yg penting kpd sesiapa yg susah nak brtudung dan takut diejek atau rasa janggal ingatlah, apa2 pun kita lakukan di dunia ni mesti utk mdptkn redha Allah bukan redha manusia..Yakin jika kita beriman kpd Allah & Rasul-Nya,kita percaya wujudnya syurga,neraka,ada pahala dan dosa,ada hari pembalasan…ttpi kenapa tindakan kita seolah-olah meragui-Nya??. sekarang sy mempraktikkan pemakaian jubah bila kuar rumah tp ttp dijadikan bahan gurauan pula..kdg2 dapat gelaran permaisuri apa ntah hehe (^_^)

  50. farah natasha permalink
    04/06/2011 11:15 pm

    mohon share di blog.
    terima kasih :)

  51. Azie permalink
    10/07/2011 6:53 pm

    Assalamualaikum .. saya cuma mahu berkongsi pengalaman sendiri. Saya memakai tudung sejak saya berkahwin lebih kurang 11 tahun yang lalu. Tetapi, perasaan nak membuka tudung sentiasa ada, lebih2 lagi bila saya kelihatan lebih tua bila memakai tudung. Contohnya bila saya ke spa, lady owner di situ memanggil saya kakak walaupun saya tau dia lebih berusia dari saya. Sebelum balik , dia bertanya serba sedikit tentang hal peribadi saya dan akhirnya dia dengan ikhlas memberitahu saya kelihatan lebih muda bila membuka tudung ( dia sendiri bertudung) dan bertanya sama ada dah kahwin ke belum. Ada juga kejadian saya di panggil “auntie” atau “mak cik” oleh segelintir orang yang sepatutnya memanggil saya kakak. jadi saya berhati2 dalam memilih tudung supaya saya tidak kelihatan lebih berusia dari usia saya. Cuba bayangkan, walaupun dah lebih 11 tahun saya memakai tudung, tetapi perasaan nak membuka tudung tu sentiasa ada, tambah2 bila tengok rakan2 di University dulu yang memakai tudung sekarang selepas berkahwin mereka membuka tudung dan bergaya bebas. Apa yang saya buat, saya sentiasa berdoa kepadaNya supaya tetapkan hati saya, buang semua fikiran ke arah kejahatan, dan Alhamdulillah, saya tetap mempertahankan tudung saya semasa saya ke luar negara atas urusan kerja seperti US, Hong Kong dah China. Teman2 sepejabat semuanya kebanyakan bukan muslim, kali pertama saya travel bersama mereka, ungkapan pertama mereka bila jumpa di airport adalah terkejut kerana saya memakai tudung. Kata mereka, teman2 muslim yang mereka kenal, bila ke luar negara, mereka tidak memakai tudung. Suami adalah orang kuat yang menyokong saya memakai tudung. Kami adalah couple yang agak active, selalu ke gym dan swimming pool bersama. Memang saya berasa agak kurang selesa bila berpeluh tapi saya bersukur Allah bagi saya kekuatan fizikal untuk bersenam. Saya rasa saya faham perasaan mereka yang belum bertudung, cuma saya bersukur di beri hidayat olehNya untuk memakai tudung. Ustaz, ada tak doa2 yang saya boleh amalkan supaya hati saya sentiasa tenang dan tidak terfikir yang bukan2 seperti keinginan untuk membuka tudung? Terima kasih

    • 01/08/2011 9:21 am

      Salam untuk Azie dan rakan-rakan yang lain..

      Tergerak hati saya untuk menjawab comment dan certia dari Azie ini.

      Saya doakan semoga Azie dan rakan rakan yang lain, malah saya juga, sentiasa diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk terus mengikut tuntutanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

      Azie,
      Itu lah cubaan Allah.. setiap senerio dan peristiwa itu telah ditakdirkan, diperhatikan dan dicatatkan. Jika kita dapat melaluinya dengan penuh kesabaran dan keinsafan menurut apa kehendak Allah, itu lah kemenangan yang akan diberikan ganjaran oleh Allah. Akan tetapi catatan pahala itu tidak nampak pada waktu sekarang ni, malah pada waktu hidup ini yang indah dan seronok itu lah yang banyak menghiasi jalan ke neraka. Jika kita terperdaya dengan keindahan dunia semata-mata itu, maka amat rugi lah kita. Biar lah orang panggil kita makcik atau auntie, atau nenek sekali pun, yang penting ialah kita mahukan rahmat dan keampunan Allah. Hanya dengan rahmat dan keampunanNya sajalah yang membawa kita kesyurga. Dan jika di fikirkan kembali, apalah sangat jika orang panggil kita adik, atau si cantik, atau model pun. Itu cuma panggilan dari makhluk, dan entah ikhlas entah tidak panggilan dia kepada kita tu. Nikmat dunia ini hanyalah seperti air yang melekat di jari selapas dicelup di air laut, berbanding dengan nikmat akhirat seperti lautan yang luas.

      Dalam Al-Fatihah yang dibaca sekurang-kurangnya 17 kali sehari, kita memohon kepada Allah, “tunjukkanlah kami jalan yang benar, jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukanya jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukannya jalan orang-orang yang sesat”. Nikmat yang sebenar ialah di akhirat nanti, bukannya di dunia yang sekejap sahaja ni.

      Ke mana sahaja kita pergi, di darat, di laut, atau di udara, semua itu adalah milik Allah yang telah Allah berikan pinjaman kepada kita sehingga saat yang tertentu, dengan itu wajiblah kita meletakkan had pada diri kita untuk tidak melakukan apa-apa yang dilarang oleh Nya seperti membuka aurat, mengambil hak orang lain dan sebagainya. Kita boleh active – dan masih dalam landasan Islam. Malah dengan berbuat demikian kita boleh memberi contoh yang baik kepada orang lain, menyatakan bahawa kita (sebagai orang Islam yang taat) boleh melakukan aktiviti tersebut juga, malah lebih baik dari orang lain. Dan jika orang-orang lain mencontohi contoh yang baik kita itu, kita juga mendapat ganjaran daripada Allah swt. Sesungguhnya Allah itu amat teliti, dari surah Al-Zalzalah, ayat 7 & 8 : “Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya (7) Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya (8)”.

      Itulah pendapan saya. Allahu’a’lam.

      Wassalam.
      truemax

  52. 10/08/2011 10:54 pm

    Assalammualaikum….
    Abu Umair minta dikongsikan artikel ni yer…terima kasih.

Trackbacks

  1. Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul « AHMAD KAMIL – THE ORDINARY GUY

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: