Kelmarin 31 Mei 2011, saya bersama beberapa penyelidik lain dari ISRA telah diamanahkan untuk membentangkan satu kertas kerja di Muzakarah Penasihat Syariah yang dianjurkan oleh JAKIM-ISRA. Kertas kerja tersebut bertajuk:
Setelah pembentangan kertas kerja tersebut bersama dua kertas kerja lain tentang forex, Muzakarah telah memutuskan bahawa perdagangan FOREX yang dijalankan oleh individu melalui platform internet adalah bertentangan dengan hukum Syarak dan juga undang2 Negara.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) yang sudi menjadi pendiskusi bagi kertas kerja kami, yang sudah pasti telah memberikan banyak lontaran idea dalam memantapkan hasil kajian ini. Ulasan beliau boleh dilihat di sini. Ulasan tentang Muzakarah tersebut boleh juga dibaca di rencana Utusan Malaysia.
What are you thinking?