Skip to content

Aplikasi ‘Tanyalah Facebook’ Yang Dusta

01/08/2012

Pada satu ketika ramai pengguna Facebook menggunakan aplikasi ramalan nasib kemudian post di wall masing-masing sebagai satu aktiviti sukaria. Alhamdulillah, sekarang ini kelihatan aplikasi ‘tok nujum’ sudah tidak mendapat sambutan di kalangan pengguna Muslim, kecuali mereka yang baru sehari dua mengenali facebook, mungkin merasakan ia suatu yang sangat menyeronokkan walaupun ia sudah dianggap aplikasi yang sudah basi. Saya telah menulis dahulu tentang aplikasi ramalan nasib menurut perpsektif Islam. Lihat di sini: Kuiz Ramalan Nasib di Facebook.

Hari ini timbul satu bentuk aplikasi yang semacam dengan aplikasi ramalan nasib. Nak dikatakan sebagai ramalan nasib, ia bukan ramalan nasib. Kerana ia adalah aplikasi yang mana pengguna seolah-olah bertanya Facebook (dibaca: pencipta aplikasi) kemudian ia akan menjawab dan jawapan itu boleh dipost di wall pengguna. Saya suka menggelarkan ia sebagai aplikasi ‘Tanyalah Facebook’. Bagaimana aplikasi ini berfungsi?

Sebagai contoh, jika anda like dan guna aplikasi ‘Bila Anda Akan Berkahwin’, ia akan memberikan jawapan sebegini “Anda akan berkahwin pada 13 Jun 2020”.

Jika anda like dan guna aplikasi ‘Berapakah Bilangan Anak Yang Sesuai Untuk Anda’, ia akan memberi jawapan sebegini “Bilangan anak anda ialah 9 orang”.

Jika anda like dan guna aplikasi ‘Rancangan Realiti TV Yang Anda Boleh Menang’, ia akan memberi jawapan sebegini, “Rancangan realiti TV yang anda boleh menang ialah IMAM MUDA”.

Ketahuilah, bahawa aplikasi seumpama ini adalah BOHONG dan DUSTA semata-mata. Jawapan-jawapan yang diberikan hanyalah semata-mata disusun dan diprogram secara rambang oleh pencipta aplikasi. Malahan saya percaya semua pengguna Facebook yang berakal tahu hakikat ini.

Logikkah seorang pengguna Facebook berusia 56 tahun bertanya kepada Facebook apakah rancangan realiti yang sesuai baginya, lantas Facebook menjawab “Imam MUDA”.

SEKADAR SUKA-SUKA

Saya yakin ramai pengguna yang bermain dengan aplikasi-aplikasi demikian hanya sekadar suka-suka dan tidak mengambil serius. Tetapi suatu yang perlu kita sedari bahawa aplikasi-aplikasi demikian adalah satu bentuk BOHONG dan DUSTA.

Penggunaan kita terhadap aplikasi demikian adalah satu aktiviti buang masa dan sia-sia. Dan jawapan yang diberikan adalah dusta semata-mata. Masihkah kita mahu bergurau senda dengan perkara bohong dan dusta? Bahagiakah kita jika wall Facebook kita dicemari dengan jawapan-jawapan karut dan marut?

Dalam bergurau senda dan bersuka ria, batasan syarak wajib dijaga. Syarak telah memberikan garis pandua bergurau yang antara lain ialah tidak berbohong. Sebagaimana Nabi S.A.W ditanya oleh sahabatnya tentang perbuatan baginda bergurau dengan mereka. Lalu baginda menjawab, “Aku tidak berkata kecuali yang BENAR”. (Riwayat Tirmizi).

Diriwayatkan bahawa Ibn mas’ud berkata, “Dusta tidak elok samada dalam situasi serius atau gurauan”.

Justeru, aplikasi-aplikasi ‘Tanyalah Facebook’ yang jelas jawapan-jawapannya adalah bohong semata-mata, hendaklah dihindari. Agar kita tidak dibiasakan dengan pembohongan, dan tidak melayan perkara-perkara bohong yang membuang masa. Sekian.

Abu Umair,

12 Ramadhan 1433.

Kuala Lumpur.

Advertisement
One Comment leave one →
  1. 05/02/2013 9:48 am

    tinggalkan jer la facebook ke twitter ker..buang masa jer tu. x der pekdah pun. ni la caranya yang berjaya mereka melalaikan kita dan mempengaruhi kita dari belajar agama dan berpaling kepada benda2 lain yang lebih bermanfaat.
    berapa ramai dikalangan kita yang berlaku curang terhadap pasangan masing2 dikeranakan oleh fb? skandal dengan laki orang. skandal dengan bini orang. dengan janda, anak dara dan berbagai lagi keburukkan sosial yang berlaku.
    asalnya bukan nak wat skandal tapi kerana suatu nasihat misalnya kita berikan kepada seseorang dan orang lain memberi pujian atas nasihat kita. lebih2 lagi POMPUAN. mulalah orang yang beri nasihat itu perasan dan saling membalas sehingga x sedar mereka berhubungan dengan siapa??
    itu belum lagi dengan cerita provokasi2 yg asalnya kita x mau tahu tapi akhirnya kita terjebak ke dalamnya. tengok apa yang berlaku pada negara2 arab? itulah yang puak kafir ni suka.
    berapa ramai orang yang ketagih fb sampai2 di tempat kerja pun mengabiskan masa melayan fb kat pc2 syarikat? prestasi kerja pun menurun dan hilang tanggung jawab yang diberi. masih x sedar lagi???

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: