Catatan Abu Umair

Lokmanulhakim Hussain


Kenangan Ramadhan di Bumi Berkat

Sejak kembali dari Madinah pada tahun 2010,  tidak ada kenangan yang paling saya rindui selain daripada pesta ibadah di bulan Ramadhan di bumi berkat, Madinah Nabawiyyah.

Saya catatkan sedikit kenangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan di bulan Ramadhan selama saya menuntut di Madinah sejak 1999 – 2010.

1- Bertarawih dan berqiyaam di Masjid Nabawi di belakang imam-imam yang masyhur. Antara mereka yang pernah menjadi imam sepanjang saya berada di Madinah ialah: Syeikh Huzaifi, Syeikh Qasim, Syeikh Thubaiti, Syeikh Solah Budair, Syeikh Ali Syeikh, Syeikh Mu’aiqili, Syeikh Juhani, dan Syeikh al-Ghamidi.

Keratan akhbar di bawah yang mengumumkan imam-imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk tarawih tahun ini 1433H, mengembalikan kenangan bersolat di sana bersama mereka.

2- Berpeluang mengerjakan umrah di bulan Ramadhan yang mana kelebihannya lebih besar sebagaimana Nabi S.A.W bersabda, “Umrah pada bulan Ramadhan menyamai haji, atau haji bersamaku”.

Bagi mereka yang berkelapangan dan berkemampuan, elok juga sekali-sekali mengambil peluang pada bulan ini untuk mendapatkan fadilat yang sangat besar ini, selain mendapat pengalaman berharga merasai suasana berpuasa dan bertarawih di bumi berkat.

3- Menikmati juadah berbuka puasa yang mungkin tidak dapat dijumpai di Malaysia, iaitu rutab bersama-sama dengan zabadi dan duqqah,  dimakan bersama dengan roti.

Mudah-mudahan satu masa nanti, dapat sekali lagi mengulangi kenangan-kenangan ini pada bulan Ramadhan.



3 responses to “Kenangan Ramadhan di Bumi Berkat”

  1. lama betul ustaz belajar di madinah..12 tahun..ustaz ambil master dan PhD di Uinversiti madinah dalam bidang apa?

    1. 1999-2003 = B.A syariah
      2004-2009 = M.A Fiqh
      belum ada phd

  2. Alhamdulillah saya jumpa blog ustaz ni hari ni(thru’ blog Prof Dr Muhd Kamil) bertambah guru bertambah ilmu mudah mudahan amalan dapat ditingkatkan untuk dijadikan bekalan kesana…Jazakallah

What are you thinking?