Skip to content

H1N1: Antara Doa Nabawi & Doa Bid’ie

11/08/2009

Penularan pandemik Influenza H1N1 atau lebih dikenali sebagai selsema babi terlalu pantas. Perkembangan mutakhir wabak ini cukup membimbangkan semua lapisan masyarakat. Apatah lagi sehingga kini belum ada vaksin khas untuk melindungi manusia daripada jangkitan virus ini.

Kalangan kelompok umat Islam, tersebar bermacam-macam doa agar dijauhi jangkitan ini. Diedarkan dalam bentuk poster, pamflet, dan flyer, ataupun disiarkan melalui medium internet di laman-laman web dan blog. Kesedaran akan kepentingan dan keutamaan berdoa kepada Allah dalam situasi seperti ini adalah sikap yang harus dipuji, kendatipun doa kepadaNya wajar menjadi amalan rutin tanpa mengira susah dan senang, sakit dan sihat, cemas dan aman.

Kerana suara yang sentiasa merintih kepada Allah ketika senang dan aman, itulah suara yang mustajab diperkenan ketika payah dan cemas.

Di dalam satu perkahabaran atsar, disebut bahawa seseorang hamba Allah yang soleh dan sentiasa ingat kepadaNya apabila ditimpa kesusahan atau meminta satu hajat kepada Allah, para Malaikat akan berkata, “Wahai Tuhan, ini suara yang dikenali, dari seorang hamba yang dikenali”.

Sedangkan seseorang hamba yang lalai dan jauh daripada Allah apabila berdoa dan memohon kepadaNya, para Malaikat berkata, “Wahai Tuhan, ini suara yang janggal, dari seorang hamba yang janggal”. (Al-Wabil Al-Shayyib hlmn: 102).

Melalui penelitian beberapa doa yang beredaran di laman-laman internet, yang disebarkan bersempena penularan pandemik ini, saya mendapati ada antara doa-doa tersebut mengandungi kalimat-kalimat yang bercanggahan dengan syariah Islam. Sudah pasti ia bukan doa nabawi, tetapi doa rekaan orang-orang tertentu yang tidak merujuk kepada sumber Islami.

Ada antara doa yang tersebar bukan sahaja mengandungi permintaan tolong kepada makhluk yang sudah wafat, ditambah pula dengan unsur Syiah Rafidhah yang mengkhususkan permintaan tolong dari lima peribadi iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.

Waraskah seorang Muslim mengamalkan doa seumpama ini jika dia menyedari bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sudah pun meninggalkan aneka jenis doa untuk diamalkan dalam pelbagai situasi. Termasuk dalam berhadapan dengan penyakit, ada doa nabawi yang diajarkan.

Sebagai Rasul yang bersifat menyampaikan, baginda tidak sekali-kali menyembunyikan kalimat-kalimat doa yang boleh mendekatkan kepada Allah dan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Kerana baginda pernah bersabda:

“Allah tidak mengutuskan seorang Nabi pun, kecuali wajib ke atasnya menunjukkan umatnya kepada kebaikan yang diketahuinya, dan memberi amaran kepada mereka tentang keburukan yang diketahuinya”. Direkod oleh Muslim.

Alangkah aneh gelagat sebilangan umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Melupakan timbunan doa yang termaktub dalam sumber-sumber kitab hadis, dan dalam masa yang sama cenderung dan berminat dengan kalimat-kalimat yang direka dan disusun oleh orang terkemudian. Meninggalkan amalan yang diyakini, dan menyukai suatu yang diwas-waskan. Mengabaikan doa yang penuh keberkatan, sambil mencari doa yang entah dari mana asal-usulnya.

Benarlah ungkapan seorang salaf, “Tidaklah satu kaum membuat satu bidaah dalam agama mereka, kecuali Allah mencabut dari amalan sunnah mereka suatu yang sepertinya, kemudian Dia tidak akan mengembalikannya sehingga hari kiamat”. (Sunan Darimi).

Oleh itu, dalam mencari doa samada doa harian atau doa bermusim, sebaik-baiknya pilihlah doa nabawi yang direkod oleh para ulama hadis. Jauhilah doa-doa rekaan yang mengandungi unsur-unsur yang memesongkan. Semoga dengan keberkatan dan keajaiban doa nabawi, Allah Taala melindungkan kita daripada jangkitan wabak yang menakutkan.

Advertisements
13 Comments leave one →
  1. abusyakirin permalink
    12/08/2009 7:01 am

    izinkan ana utk copy ke blog ana

  2. amy_yusri permalink
    13/08/2009 4:14 am

    Saya mintak izin dari ustaz untuk copy dan sebarkan pada kawan-kawan sebab dah banyak terima emel dan pamphlet doa berunsur Syiah ni even salah sorang ustaz di organisasi kami pun sebarkan kepada semua wargakerja doa tersebut. Bayangkan dah berapa banyak doa tersebut berlegar-legar, dibaca dan dihayati dikalangan kita :-(

    Terimkasih ustaz…..

    panjang lak komen kali ni…heheheh… sorry :-)

  3. 13/08/2009 6:38 am

    salam…

    kenapa ustaz tak tolong sediakan sekali doa-doa berkenaan? Agar menjadi lebih mudah kepada para pembaca.. Harap maaf..

    • 13/08/2009 8:16 am

      Wsalam..

      Draf asal artikel ini memang mahu diletakkan beberapa doa nabawi. In Sya Allah saya updatekan jika berkesempatan. Terima kasih.

  4. 13/08/2009 10:44 am

    ustaz, Terima kasih atas artikel di atas. Sebagai makluman sila rujuk akhbar harakah yang terbaharu (keluaran esok) terdapat artikel oleh Faisal Tehrani yang memuatkan doa versi bid’ie ini. Saya terkejut bagaimana pihak Harakah dapat menyiarkan-nya. Terima kasih juga atas siaran senarai pelajar yang berjaya ke Madinah. Alhamdulillah , anak ana Sa’id Hawwa Elias berjaya.

    • 13/08/2009 11:15 am

      Tuan Haji Elias,
      Agak mengejutkan jika artikel Fesal Tehrani yang berbaur Syiah masih lagi disiarkan oleh akhbar Harakah. Harap mereka mengambil perhatian.
      Dan, tahniah atas kejayaan anak tuan, Said Hawwa ditawarkan masuk ke Univ Madinah.

      • Anonymous permalink
        19/08/2009 6:43 am

        ya laa.. utusan atau berita harian tak akan siar artikel mcm..sebab utusan dan berita pro salafi..

  5. erf permalink
    13/08/2009 10:57 am

    Jangan terpedaya dengan risalah doa pelindung H1N1
    13/08/2009 3:05pm

    SHAH ALAM 13 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

    Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

    Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan. – Utusan

    • 16/08/2009 1:22 pm

      terima kasih atas maklumat.. alhamdulillah, ada tindakan dari pihak berkuasa.

  6. 16/08/2009 11:41 am

    salam,

    ustaz, ana antara peminat setia tulisan ustaz dan ana sentiasa letakkan dalam blog ana di http://ceria.my/proquransunnah/ sebagai sebaran dakwah. teruskan menulis ustaz jazakallah.

    • 16/08/2009 1:25 pm

      Wsalam..
      Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Dan teruskan ngeblog demi sebaran dakwah. Semoga usaha saudara dinilai sebagai amal soleh di sisi Tuhan. Barakallah Fiikum.

  7. 16/08/2009 6:05 pm

    Salam..ustaz izinkan sy copy & paste artikel ni utk kongsi dengan yang lain..

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: