Skip to content

Salah Faham Konsep Doa

07/11/2008
tags: ,

dsc00387
Musim haji tiba lagi. Sebahagian umat Islam dari seluruh pelusuk dunia mula berangkat ke Tanah Suci. Sudah pasti keberangkatan mereka ke sana diiringi pelbagai persiapan dan kelengkapan untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini.

Antara yang menjadi bekalan sebahagian jemaah haji ialah buku-buku panduan doa dan zikir sepanjang berada di Tanah Suci. Maka tidak hairan buku-buku seperti ini amat laris pada musim haji. Ia pula dicetak dalam pelbagai saiz dan bentuk. Terdapat doa-doa dan zikir-zikir dirakam dan dimasukkan ke dalam album cakera padat (CD) bagi memudahkan jemaah mengikutinya dengan bacaan betul. Selain itu, doa-doa juga dicetak pada kad-kad yang menarik dan boleh digantung di leher jemaah haji supaya mudah dibawa sepanjang perjalanan haji.

Benar, musim haji adalah musim doa. Sepanjang ibadah haji, terdapat beberapa tempat dan waktu yang amat digalakkan berdoa. Tempat dan masa berdoa yang paling utama dan diharap mustajab ialah ketika wuquf di Arafah, sebagaimana disabdakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Tetapi agak mendukacitakan apabila sebahagian jemaah haji tidak memahami konsep berdoa yang sebenar. Ada yang menyangka bahawa tidak sah berdoa jika tidak dalam Bahasa Arab. Maka terpaksalah bergantung sepenuhnya kepada buku-buku panduan doa yang dibeli, walaupun doa-doa yang dilafazkan tidak difahami oleh diri sendiri. Alangkah pelik, sang hamba meminta dengan Tuhannya suatu yang dia sendiri tidak faham.

Lebih mendukacitakan, ada jemaah yang menganggap tidak sah berdoa di tempat-tempat tertentu kecuali dengan doa-doa tertentu yang terdapat dalam buku panduan yang dibelinya. Maka berdoa di Multazam mestilah dengan doa khas. Berdoa di Raudhah mestilah dengan doa khas. Berdoa ketika tawaf juga mestilah dengan doa khas. Malahan setiap pusingan tawaf mestilah dibacakan doa tertentu sebagaimana tercatat dalam buku panduan doa.

Saya ingin menceritakan pengalaman isteri saya ketika masuk ke Raudhah di Masjid Nabawi pada suatu pagi. Bagi yang pernah masuk ke Raudhah sudah pasti dapat membayangkan betapa sempit kawasan tersebut dan sukar untuk dimasuki, kerana ia menjadi tumpuan untuk beribadah.

Alhamdulillah, setelah bersesak-sesak untuk masuk ke Raudhah, akhirnya isteri saya berjaya sampai ke sana. Pada waktu itu, ada seorang jemaah wanita yang dapat masuk bersama-samanya di Raudhah. Sebaik sahaja wanita itu sampai ke Raudhah dan mendapat tempat di satu saf di situ, tiba-tiba dia memberitahu kepada kawan-kawannya bahawa dia terpaksa keluar semula ke hotel tempat penginapan. Kenapa? Kerana satu sebab iaitu dia tertinggal buku panduan doa. Maka terpaksalah wanita malang ini bersesak-sesak di tengah orang ramai untuk keluar semula dari Raudhah.

Beginilah susahnya beribadah jika konsep ibadah tidak difahami. Doa adalah satu ibadah yang mudah, tetapi ia digambarkan sebagai sukar. Syarak tidak mewajibkan membaca doa-doa tertentu ketika berada di Raudhah, tetapi sesetengah jemaah memahami bahawa mesti membaca doa khas ketika berada di sana. Begitu juga dengan tempat-tempat lain sepanjang musim haji.

Maka amat perlu di dalam kursus-kursus haji dan umrah, ditekankan konsep berdoa yang betul dan bertepatan syariat. Buku-buku panduan doa juga tidak sepatutnya tertumpu kepada menyebut doa-doa sahaja. Mesti diterangkan juga konsep doa yang sebenar.

Dengan kefahaman yang betul tentang doa, barulah ibadah haji dapat dikerjakan dengan diiringi doa-doa yang dipanjatkan ikhlas kepada Allah. Bukan sekadar upacara mengangkat tangan sambil melafazkan ucapan-ucapan dalam Bahasa Arab yang entah difahami atau tidak. Semoga dengan kefahaman yang betul tentang doa, ibadah haji tidak lagi diganggu oleh insiden tertinggal buku panduan doa yang memayahkan umat.

Advertisement
7 Comments leave one →
  1. aaa permalink
    08/11/2008 9:08 am

    Jazakallahu khairan

    Rasanya perlu juga diterangkan tentang doa dalam bahasa Arab. Kebanyakan jemaah berkata: Doa dalam Bahasa Arab lebih makbulka.

    Ada juga kekeliruan yang lain.

    Diharapkan pemandu2 pelancong mengambil kesempatan menerangkan perkara ini ketika ziarah di Madinah.

    p/s: Untuk perhatian Syeikh, yang menguruskan ziarah sering baca tulisan2 Syeikh. Kalau Syeikh nak bagi apa2 cadangan, uliskan. Insya Allah akan dibaca beliau

  2. fatin permalink
    24/11/2008 10:55 am

    sy sgt setuju dgn Syeikh. ketika sy melakukn umrah rmai jemaah tk kira bangsa semua terlampau taksub untuk mmbaca doa drp buku2 tersebut, sampaikn mereka menggangu org lain ketika tawaf dn saie’. ini krn mereka bergerak dlm kumpulan yg besar, mmbaca doa smbil berjalan sgt perlahan dn menyesakkn lg kawasn trsebut.

    ayah sy menasihatkn spy tdk mmbaca doa dr bk2 tersebut dlm keadaan sesak dn tumpukn lebih kpd penghayatn melakukn tawaf dn saei’. sbbnya rukun2 haji dn umrah adalah rukun fi’li(perbuatan). doa boleh dibaca mengikut kesesuaian individu.

  3. 25/11/2008 5:48 pm

    Ustaz, kalo org yg keluo dr raudah yg ustaz ceritakan tu sebenarnya bukan nak ambil buku doa tapi sebab nak ambil kertas yang termaktub doa yg diamanahkan oleh kawan2 di malaysia untuk didoakan dalam raudah (sebagai amanah) pula macamana?

    tq.

  4. 02/12/2008 12:35 am

    assalamualaikum akhi luqman
    kaifal hal….
    apa result munaqasyah semalam? bila nak balik malaysia?

  5. abuumair1 permalink*
    02/12/2008 11:29 am

    waalaikumussalam, ya akhie.. zamir

    ana alhadmulillah. result munaqasyah: kira lulus lah :) alhamdulillah. Balik Msia, x boleh nak kata lagi bila. Sbb banyak keja lg kena siapkan.

    Doakan mudah urusan..

  6. 03/12/2008 8:07 pm

    Assalaamu’alaikum;

    Alhamdulillah… ana dengar cerita anta dapat MUMTAS SYARAF AL-ULA…

    TAHNIAH2… ANTA MEMANG BERHAK DAN LAYAK DAPAT SEMUA TU

  7. 07/08/2010 6:23 pm

    well… ana tengok mmg
    sbagai muslim,
    kna faham makna do’a tu ape.

    btol td antum kata jika
    brfikiran doa khas kpd bhasa arab shaja,
    amat sayang lah kpd yg tak faham bahasa arab…

    Allah SWT ialah Sang Pencipta Seluruh Alam
    Beserta isinya,

    tatkala hamba-hambaNya berdoa’
    bermunajat,
    meminta ssuatu maka pintalah PadaNya,,,

    penggunaan arab ktika meminta
    ini, bergantung kpd keadaan hamba itu sndiri

    jika dlm Shalat,
    wajib penggunaan arab

    jika dlm keadaan keseharian (jalan, duduk, dsb) biasa,
    tak wajib penggunaan arab

    dsbabkan kita ini org bukan ksharian pengguna arab
    dlm berinteraksi ssma manusia. :D

    lebih kurang mohon maaf
    berilah teguran tatkala ana salah

    wssallamu’alaikum

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: