Tidak boleh menyifatkan seseorang individu yang mati sebagai al-syahid, atau mengatakan bahawa dia ‘mati syahid’ secara yakin dan pasti. Kerana menentukan seseorang yang mati bahawa dia syahid atau tidak hanya dapat dipastikan melalui wahyu dan perkhabaran pembawa wahyu, iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Imam Bukhari membuat tajuk dalam kitab Sahihnya: ‘Bab: Tidak Boleh Dikatakan Bahawa Si Polan Syahid’. Pembikinan tajuk ini menunjukkan larangan menentukan seseorang simati sebagai syahid.
Walaubagaimanapun, kita boleh menyifatkan syahid dengan ungkapan yang umum. Contohnya, “Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia adalah syahid”.
Umar al-Khattab pernah berucap: “Kamu bercakap-cakap di dalam peperangan kamu: ‘Si Polan syahid, si polan mati dalam keadaan syahid’. Barangkali dia dipijak oleh tunggangannya. Ketahuilah, jangan kamu bercakap demikian. Tetapi katakan: Sesiapa yang mati pada jalan Allah, atau dibunuh, maka dia mati syahid”. Kata Ibn Hajar: Hadis Hasan. (Fathul Bari 6/90).
Wallahu A’lam.
What are you thinking?