Menuntut Ilmu

  • Gopoh Menyalahkan Orang

    Gopoh dalam menyalahkan orang lain adalah satu sikap yang perlu dihindari. Ia adalah satu penyakit yang mudah terkena kepada orang yang terlalu yakin dengan ilmunya. Lalu dengan selamba, orang seperti ini menunding jari kepada ahli ilmu sambil mengatakan, “Pendapatnya salah”, “Berlaku kesilapan fakta”, dan “Saya rasa bukan begitu..” Continue reading

  • Hadis Atau Feqah?

    Mungkin kita pernah mendengar orang membuat perbandingan antara ilmu hadis dan ilmu feqah, mana satu yang patut dipelajari. Ada yang mengutamakan hadis semata-mata, dan ada juga yang mengutamakan feqah semata-mata. Tidak kurang juga yang memilih salah satu daripada keduanya, sambil memperlekehkan yang lain. Bagi seorang penuntut ilmu, perbandingan seumpama ini tidak menguntungkan. Yang sepatutnya dilakukan… Continue reading

  • “Saya Tidak Tahu…”

    “Saya tidak tahu…” Itulah perkataan yang paling berat disebut oleh sebahagian mereka yang bergelar ustaz dan ustazah apabila diajukan soalan-soalan agama. Golongan ini sangat fobia dengan perkataan tidak tahu, tidak ingat, lupa dan seumpamanya. Malu jika orang tahu bahawa dia tidak tahu. Takut jawapan sebegini mengaibkannya. Takut selepas ini orang tidak lagi menghormatinya. Ustaz yang… Continue reading

  • Budaya Membaca

    Baru-baru ini, terdapat kenyataan bahawa berdasarkan kajian Dewan Industri Buku Melayu Malaysia pada tahun lalu, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk membeli buku. Ia satu jumlah yang agak besar. Tetapi kalau diambil kira jumlah keluarga di Malaysia, secara puratanya setiap keluarga di negara ini hanya membelanjakan RM50 setahun untuk membeli buku. RM… Continue reading

  • Kerana Seekor Semut

    Seorang penuntut ilmu mesti mempunyai hemah yang tinggi. Jiwanya mesti kental, dan semangatnya mesti kuat. Tanpa kekuatan ini, usahlah seseorang pelajar bercita-cita menguasai ilmu yang dipelajari. Apatah lagi mahu mengaku sebagai seorang alim. Itulah pengajaran daripada sejarah pengajian Al-Syeikh Al-Allamah Al-Mukhtar Bin Bunah, tokoh ulama Lughah dari Negara Muritania. Seorang yang sangat mahir dalam Tatabahasa… Continue reading

  • Di Mana Hilangnya Berkat Kitab

    Segelintir pelajar-pelajar ilmu agama gemar berlumba-lumba mengumpul kitab. Masing-masing bercita-cita membina sebuah maktabah peribadi yang dipenuhi pelbagai jenis rujukan. Mungkin ada antara kitab-kitab yang dibeli tidak pernah pun dimiliki oleh sebahagian ulama-ulama besar. Tetapi satu fakta yang pasti ialah banyaknya koleksi kitab seseorang tidak menjamin banyak juga ilmu di dadanya Continue reading

  • Teknik Membaca Sahih Bukhari

    Bismillah, Walhamdulillah… Semua orang Islam kenal Sahih Bukhari. Kalau tidak tahu secara terperinci pun, sekurang-kurangnya semua tahu ia sebuah rujukan utama umat Islam. Malah, ramai percaya Sahih Bukhari adalah kitab paling sahih selepas Al-Quran. Tapi, berapa ramaikah yang sudah membacanya dari halaman pertama hingga akhir? Boleh dikatakan, amat sedikit mereka yang khatam sampai akhir. Ramai… Continue reading

  • Susahkah Menghafal?

    “Susahlah nak hafal Quran…”, “Saya dah hafal hadis ni dulu, sekarang dah lupa..”, “Macamana cara nak bagi lekat apa yang kita hafal?”. Bermacam-macam keluhan dan persoalan kedengaran dari mulut-mulut penuntut-penuntut ilmu. Rupa-rupanya ramai yang tidak tahu kaedah hafalan yang betul. Maksud hafalan yang betul, bukan setakat bagaimana cara nak mengingat. Sebab ramai orang boleh menghafal… Continue reading