Skip to content

Gopoh Menyalahkan Orang

19/07/2008

Gopoh dalam menyalahkan orang lain adalah satu sikap yang perlu dihindari. Ia adalah satu penyakit yang mudah terkena kepada orang yang terlalu yakin dengan ilmunya. Lalu dengan selamba, orang seperti ini menunding jari kepada ahli ilmu sambil mengatakan, “Pendapatnya salah”, “Berlaku kesilapan fakta”, dan “Saya rasa bukan begitu..”

Kebiasaan, sikap gopoh menyalahkan orang lain berpunca daripada kesilapfahaman terhadap fakta yang sebenar. Inilah yang tersirat dalam satu bait syair Arab:

Sungguh ramai orang yang menyalahkan satu fakta yang benar,
Punca sindrom ini ialah kefahaman yang berpenyakit.

Sebelum mempertikaikan satu-satu fakta, wajar kita berfikir berulang-ulang kali, sambil membuat sedikit kajian dan rujukan. Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata. Jangan biarkan pena di tangan anda menulis tanpa batasan. Kewarasan mesti mengawal jari-jari agar tidak terlalu pantas menekan keyboard.

Jika tidak, perkataan kita lebih banyak salah daripada betul. Akhirnya menyerlahkan kejahilan kita sendiri. Seorang tokoh salaf, Yahya Bin Khalid berwasiat kepada anaknya, katanya:

“Jangan kamu menjawab satu-satu persoalan sehingga kamu memahami maksud perkataannya. Kerana sikap sebegitu akan menyebabkan kamu tidak menjawab persoalan sebenar, sebaliknya bercakap tentang suatu yang lain, dan menyerlahkan kejahilan kamu”.

Seorang penyair Arab mengungkapkan:

Jika kau tahu maksud kataku, pasti kau maafkanku,
Jika kau faham maksudku, kau takkan aibkanku,
Tapi kau jahil maksudku, lalu kau aibkanku,
Kutahu kau jahil, lalu kumaafkanmu.

Oleh itu, kita perlu lebih berhati-hati dalam mempertikaikan satu-satu fakta ilmu. Elakkan sikap gopoh. Kerana dikatakan sikap gopoh daripada syaiton.

4 Comments leave one →
  1. albaruhiyy permalink
    20/07/2008 10:04 am

    Sekadar ingin berkongsi maklumat terhadap tulisan Sheikh Abu Umair. Mudahan kita mengambil pengajaran.

    Setelah membawa pandangan Imam al-Shafi’i tentang al-istihsan, al-Ghazali pernah menegaskan :

    “ورد الشيء قبل فهمه محال”
    Maksudnya : “Dan menolak sesuatu sebelum memahaminya adalah satu perkara mustahil”.

  2. sahabat madinah permalink
    29/07/2008 2:38 pm

    Sekadar menasihati kawan-kawan dan adik2 yg bergelar ustaz dan pejuang aqidah sahihah atas manhaj yang sahih…. renungkanlah nasihat syekh abu umair kita tersebut. Janganlah kita menjadi sebab tomahan kepada fahaman yang sahih disebabkan kita cepat melatah menyalahkan orang lain.

    Kita hanyalah du’at, bukan qudat. (wa maa ‘alaika illa albalaagh). Kita hanya menyampaikan yang haq dab sahih, tidak perlu gelojoh menyalahkan orang lain kecuali dalam situasi yang sangat sempit.

    Semoga kita dapat bincangkan tajuk ini secara ilmiyah.

    Wassalaam.

  3. 03/08/2008 7:32 pm

    semoga tuan-tuan penulis diberkati oleh Allah s.w.t

  4. 05/08/2008 6:26 pm

    Syukran

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: