Skip to content

Susahkah Menghafal?

22/05/2008
tags: ,

tally-dan-bukhari“Susahlah nak hafal Quran…”, “Saya dah hafal hadis ni dulu, sekarang dah lupa..”, “Macamana cara nak bagi lekat apa yang kita hafal?”. Bermacam-macam keluhan dan persoalan kedengaran dari mulut-mulut penuntut-penuntut ilmu.

Rupa-rupanya ramai yang tidak tahu kaedah hafalan yang betul. Maksud hafalan yang betul, bukan setakat bagaimana cara nak mengingat. Sebab ramai orang boleh menghafal sesuatu ayat atau hadis dalam masa beberapa minit, malah beberapa saat!! Masalahnya, berapa lama hafalan itu kekal dalam memori. Sehari? Seminggu? Atau sebulan? Mungkin boleh tahan sampai setahun? Atau mungkin boleh sampai sepanjang hayat?

  • Cuba soal diri masing-masing, kenapa kita boleh ingat surah al-Fatihah sebegitu lancar? Tidak pernah sepanjang hidup kita tersalah baca surah al-Fatihah. Mungkin sambil tidur pun ada yang mengigau dapat membaca surah al-Fatihah dengan betul.Ada yang kata: Surah Fatihah dihafal masa kanak-kanak. Mana boleh disamakan dengan hafalan ketika dewasa. Bukankah menghafal di waktu kecil umpama memahat pada batu, dan menghafal ketika dewasa umpama memahat pada air?Ya, itu satu faktor. Ada satu lagi faktor lain yang menyumbang kepada lekatnya hafalan Fatihah itu. Iaitu berapa kali kita sudah mengulangi bacaan Fatihah. Kalau dalam sehari, sekurang-kurangnya 17 kali kita baca Fatihah iaitu dalam setiap rakaat sembahyang, bererti dalam sebulan saja ia diulang lebih 450 kali!! Ambil kaedah ini, mengulang-ulang setiap suatu yang mahu dihafal sebanyak beratus-ratus kali.Percayakah anda, penuntut-penuntut ilmu di negara Mauritania menghafal hadis dengan mengulangnya sebanyak hampir seribu kali?!! Begini kaedahnya.

    Katakan seseorang mahu menghafal hadis-hadis dalam kitab Bulugh al-Maram. Pada hari pertama, ambil satu hadis sahaja dan baca berulang kali sebanyak 300 kali.

    Pada hari kedua, hafal pula hadis kedua, ulang sebanyak 300 kali juga. Selepas dihafal untuk hari kedua, ulang pula hadis hari pertama sebanyak 150 kali.

    Masuk hari ketiga, hafal hadis baru. Ulang sebanyak 300 kali. Kemudian ulang hadis sebelumnya (hari kedua) sebanyak 150 kali. Dan ulang hadis hari pertama sebanyak 75 kali.

    Pada hari keempat, hafal hadis baru. Ulang sebanyak 300 kali. Kemudian, ulang hadis hari ketiga sebanyak 150 kali, hadis hari kedua sebanyak 75 kali, dan hadis hari pertama sebanyak 35 kali. Ikutlah kaedah ini pada hari-hari berikutnya.

    Ini bererti, satu-satu hadis yang dihafal sekurang-kurangnya dalam masa empat hari sudah diulang sebanyak: 300 + 150 + 75 + 35. Jawapnnya: 560 kali!!!

    Untuk hafalan Al-Quran juga, kaedah sama digunakan. Cuma mereka di Mauritania kebiasaan memulakan hafalan Al-Quran dengan mengulang satu muka sebanyak 500 kali. Keesokannya diulang sebanyak 250 kali. Hari seterusnya diulang sebanyak 125 kali. Hari keempat diulang sebanyak 60 kali. Jumlahnya hampir 1000 kali!!!

    Kelebihan cara ini, hafalan yang dibuat akan masuk dalam memori jangka panjang dan berkekalan sampai bila-bila. Ia akan jadi seperti bacaan Fatihah. Cuma, memerlukan sedikit kerajinan dan istiqamah. Tetapi hasilnya amat bermanfaat.

    Untuk memudahkan anda mengira jumlah ulangan, anda boleh menggunakan alat mengira, samada jenis lama atau jenis digital. Kalau mahu menggunakan jari pun boleh, cuma memenatkan. Anda juga boleh menggunakan tasbih bertali untuk membantu mengira ulangan anda. Cuma ada baiknya, menggunakan alat seperti tally counter.

    Dengan cara hafalan seperti inilah, kita melihat ulama-ulama Syanaqitah (Mauritania) malahan penuntut-penuntut ilmu di sana mampu menghafal satu-satu matan dari kulit ke kulit. Ada diceritakan seorang kanak-kanak perempuan belasan tahun mampu hafal Al-Kamus Al-Muhith. Banyak lagi cerita tentang hafalan mereka yang sangat ajaib. Sebenarnya, setiap orang mampu membuat keajaiban. Rahsianya ialah kesungguhan, kerajinan, dan istiqamah. Anda juga mampu melakukannya.

    Sekian.

  • Advertisements
    21 Comments leave one →
    1. albaruhiyy permalink
      22/05/2008 2:54 pm

      Terima kasih kepada sheikh abu umair kerana ajarkan kami kaedah ini..kaedah ini memang berkesan..tapi, masalah sekarang adalah para penuntut ilmu banyak menghabiskan masa memetik keypad hp masing2 daripada memetik tally counter untuk hafal hadis…
      Tapi tidak dinafikan ada antara mereka yang melakukan kaedah ini….
      mudah-mudahan kita semua melakukannya….
      “hambe dah cuba buat dulu (masa kat madinah) tapi hambe tak istiqamah”….hehe

    2. fath permalink
      22/05/2008 7:07 pm

      Aslmalkm.
      Syeikhuna, nak tanya sikit. Bagaimana cara nak belajar di mauritania? ada yg berhajat nak hantar anak-anak remaja ke sana. mungkin ustaz ada tahu caranya bagaimana. minta untuk dikongsi bersama.

    3. abuumair1 permalink
      22/05/2008 7:41 pm

      Waalaikumussalam..
      Ana tidak ada maklumat tentang cara nak sampai ke pusat2 pengajian pondok mereka. Bagaimana nak dapatkan visa unt belajar di sana unt bertahun2. Satu lagi kehidupan di sana amat jauh beza dengan negara membangun macam kita d msia. Kena kuat dan sabar.
      Sbb tu, ada org cadang, klu nak ngaji sana, ambik visa ziarah beberapa bulan, dan cuba rasa bagaimana. Sesuai atau tidak.

    4. Albanna permalink
      23/05/2008 10:49 pm

      Syeikh Abu Umair hafizahullah,

      Ana minta izin kerana mempromosikan artikel ini dalam yahoo group Persatuan Pelajar Malaysia di Maghribi.

      Kebetulan pula sekarang musim imtihan di sini, yang pelajar memang memerlukan teknik menghafal sebenar. Kalu hari semalam di blog ini hanya 2 visitor dari Morocco, tapi lepas itu dah mendadak meningkat.

      Memandangkan Maghribi adalah jiran Muritania, pelajar Malaysia di sini pernah cuba untuk ke sana, tetapi kawan di Muritania menyatakan keadaan politik sekarang tidak stabil dan faktor keselamatan juga tidak terjamin di sana.

      Jazakumullahu khairan.

    5. abuumair1 permalink
      23/05/2008 11:30 pm

      Akhi..
      Tak ada halangan untuk sebarkan artikel2 di sini untuk dimanfaatkan.
      Dan Jazakallah atas info tentang kedudukan politik dan keselamatan di muritania.

    6. al-ansar permalink
      06/06/2008 6:11 pm

      patut la pernah nampak tally counter tuh dalam kereta syeikhuna muhammad muhammad mukhtar…

    7. abuumair1 permalink
      06/06/2008 8:43 pm

      Ohh, betul ke? Ini maknanya syeikh al-ansar pernah naik kereta bersama ulama tersohor tu…. Ma sya Allah.

    8. al-ansar permalink
      07/06/2008 2:03 pm

      tak pernah…sekadar berjumpa di jamiah.kebetulan syeikh baru sampai.jadi kita sebagai pelajar, menyambut syeikh sebagaimana kebiasaannya samada utk hanya bersalaman atau bertanyakan soalan..(mengendeng ilmu syeikh yang melaut tu)…:)..tapi ana difahamkan yg syeikh abu umair sering ke rumah syeikh..dapat bertandang ke rumah syeikh lagi seronok daripada naik kereta ngan syeikh..hehehe..

    9. mawar86 permalink
      30/06/2008 3:22 am

      assalam..
      memg susah nak menghafal, kalau ngulang tu setakat dah rasa2 hafal, pastu pindah pada hafalan yg lain.. apapun,syukran ustaz atas panduan tu..

      wslm wbt

    10. AisyahHumaira permalink
      02/07/2008 4:09 am

      Jazakallahu khayr ustaz. Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti ke? Hafizhahullah. Masha Allah Masha Allah. Saya hanya dapat mendengar suaranya dari kejauhan saja.

      Harap Syeikh Abu Umair dapat memperbanyakkan lagi tulisan mengenai cara menuntut ilmu. Jazakallahu khayr wa barakallahu fiik. Semoga Allah jadikan usaha ustaz ini dalam timbangan kebaikan ustaz kelak. Ameen.

    11. ahbash permalink
      25/02/2009 8:08 pm

      kami inggin menguji sehebat manakah golongan hadis madinah , silalh tampil untuk membuktikan hadis anda aadalah sohih dan bukan sohih albani sahaja

      • 25/02/2009 8:51 pm

        saudara ahbash,

        Bukan untuk itu ilmu dipelajari. Kita berlindung kepada Allah daripada menjadi penuntut ilmu yang berniat:
        1- bertegang leher dengan orang-orang alim
        2- memperlekehkan orang-orang jahil
        3- mahu menarik perhatian orang ramai terhadapnya.
        Nauzubillah.

    12. abu_salman permalink
      15/03/2009 2:31 pm

      assalamualaikum..jgn lupa utk ambil vaccine malaria sebelum ke mauritania..

    13. fathi permalink
      24/03/2009 3:43 pm

      syukran syaikh Abu Umair =)

    14. along ktn permalink
      27/04/2009 9:11 am

      syukran jazilan..insyaallah along akn cbe kaedah ni..
      wasalam..

      • 27/04/2009 9:30 am

        along,
        Walaupun teknik hafalan ni makan banyak masa, tapi In Sya Allah amat bermanfaat untuk jangka masa panjang. Syukran kunjungi blog ayah cik man.

    15. MOHD NASIR MAMAT permalink
      04/07/2010 9:35 am

      salam mina izin ambil artikel/print nak try kaedah.Mudahan diberi kekuatan oleh ALLAH TAALA.

    16. 22/08/2010 8:28 pm

      SAYA TAKUT SEKALI SBB SEKARANG SAYA NAK MSK KULIYAH U KT AZHAR GURU SUUH HAFAL 2 JUZ SAYA TAKUT BERDEBAR APBILA SDG HAFAL

    17. 22/08/2010 8:48 pm

      TIAK TAPI BANYAK S

      ANGAT BUKU YG KENA BACA SKRG

    18. 22/08/2010 8:55 pm

      USTAZ KLAU NYA NAK BACA QURAN NGAN SELANCAR BAGAIMANAKAH CARANYA

      • 23/08/2010 8:05 am

        Untuk lancar baca al-Quran, kaedah paling mujarrab ialah selalu membacanya, dan menjadikannya zikir harian.
        Kalau kita ikut saranan Rasulullah SAW kepada Abdullah bin Amru supaya mengkhatamkan al-Quran sebulan sekali, bermakna dalam setahun khatam sebanyak 12 kali. Sudah pasti ia sangat membantu untuk melancarkan bacaan Quran. Tetapi jangan dilupa supaya membacanya dengan tartil dan tajwid, serta menjenguk terjemahannya.

    What are you thinking?

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: