Jadi Mujtahid Dalam Masa 10 Minit!!!
Kalau anda berminat menjadi mujtahid mee segera, ikuti cara-cara di bawah. Ia hanya memakan masa 10 minit sahaja!!!
Peralatan yang diperlukan (alat ijtihad) :
i- Sebuah kitab Ikhtiarat Ibn Taimiyyah (seeloknya yang ditahqiq).
ii- Sebuah kitab Syarah Mumti’ oleh Syeikh Uthaimin.
Boleh juga ditambah dengan beberapa kitab Syeikh Albani. Jika anda tidak mempunyai rujukan-rujukan itu, download sahaja di internet, atau gunakan Maktabah Syamilah.
Markah untuk Kitab Ibn Taimiyyah ialah (2) point, begitu juga kitab Syeikh Uthaimin (2) point.
Cara-cara berijtihad:
Jika anda mahu berijtihad dalam satu-satu masalah feqah, ikuti step-step di bawah.
1. Buatkan satu jadual yang mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama ditulis: ‘Pendapat Pertama’, dan bahagian kedua ditulis ‘Pendapat Kedua’.
2. Buka kitab ‘Ikhtiarat Ibn Taimiyyah’. Apabila bertemu dengan pendapat beliau, tandakan (2) point pada bahagian ‘Pendapat Pertama’.
3. Buka kitab Syarah Mumti’. Apabila bertemu dengan pendapat beliau, tandakan (2) point pada jadual. Jika sama dengan pendapat Ibn Taimiyyah, tandakan (2) pada ‘Pendapat Pertama’.
4. Jika pendapat Syeikh Uthaimin berlainan, tandakan (2) pada ‘Pendapat Kedua’.
5. Untuk lebih menyakinkan dalam ijtihad anda, lihat pendapat Syeikh Albani, dan tandakan (2) point pada pendapat yang dipilihnya.
6. Kira berapa point bagi setiap pendapat. Mana-mana pendapat yang mempunyai pont paling banyak, maka itulah pendapat paling RAJIH.
7. Jika ‘Pendapat Pertama’ memperoleh (6) point, dan ‘Pendapat Kedua’ memperoleh (0) point, maka anda boleh menyimpulkan begini: “Yang rajih ialah pendapat pertama. Ia berdasarkan dalil-dalil yang kuat dan bertepatan dengan maqasid syariah. Manakala pendapat kedua, ia sangat lemah dan berlawanan dengan dalil-dalil yang sahih”.
8. Jika masing-masing mempunyai point, anda pilihlah mana-mana pendapat yang anda suka, dan sebutkan begini, “Masalah ini adalah masalah khilaf. Dan diharuskan berijtihad padanya. Tetapi saya lebih cenderung kepada pendapat ….(pertama/kedua)… Tetapi tidak boleh ingkar terhadap pendapat yang berlawanan”.
Dengan cara di atas, anda sudah bergelar seorang ‘Mujtahid Juz’ie’ (mujtahid dalam sesetengah masalah). Tidak puas hati dengan taraf Mujtahid Juz’ie? Selepas ini, pasti ada yang cari kaedah mudah menjadi Mujtahid Mutlaq pula.
Penutup
Usahlah menyangka taraf mujtahid samada mutaq atau juz’ie dapat dicapai dengan cara yang mudah. Semudah membuat mee segera.
– ubahsuai daripada satu post di Multaqa Ahli Hadith
penangan baik untuk penuntut ilmu yang sesuka hati merajih kan pendapat ulama.
huhuhu… pedas…
Betul tu sheikh abu umair..kalau mee segera, tak perlu namakan mujtahid….itu mukallid mee segera.hehe
Ana ingat kawan-kawan selalu sebut “lawak ahli ilmu” iaitu lawak atau sindirin pedas dari ahli ilmu, yang mempunyai maksud dan hikmah
wah. ada jugak term mujtahid juz’ir ya? nak bukak dua kitab tu pun tak dapat. inikan nak jadi mujtahid. mutlaq apatah lagi. huhu…
jazakallahu khair atas perkongsian yang menarik..
Salam,
Ust hafizhokaLlah…..
Ustaz bertujuan selorohkan? Takkan serius…sebab kelihatan kita diseru bertaqlid juzie pulak…(harap istilah saya di ertikan)mungkin membarah kepada taasub juzie…
Lagipun, pendapat yang kurang penyokongnya (meskipun oleh sekelian ulama ternama) mungkin sebenarnya adalah pendapat yang rajih…ini pendapat Ibn Taimiyah kan?
Bayangkan pula jika, saya membariskan nama sekumpulan ulama yang lain: misal kata : Imam Nawawi 2 markah sebagi pakar hadith serta feqh dan alAlamah Ali Jumaah 2 markah, Sayyid sabiq 2Markah, atau alQardhawi,
Pastinya result yang terhasil antara perbandingan barisan ulama jadual 1 dan jadual saya, kalau tak berbeza keseluruhannya , akan tetap berbeza sebahagiannya, jadi saya nak mentarjihkan yang mana………..
pada pendapat saya, pendapat saya lah, ustaz pastinya bertujuan seloroh atau bersatira semata-mata.
Harapan saya, ramai yang faham dan jangan ada yang ambil serius…
ayuh berwacana…
Salam..
– Tulisan saya tersebut bukanlah satu panduan untuk mentarjih hukum. Saya beristighfar kepada Allah jika ia disalah fahami.
– Saya sudah mengisyaratkan pada permulaan artikel: “Kalau anda berminat menjadi mujtahid mee segera”. Dalam feqah, tidak ada istilah mujtahid mee segera.
– Tulisan ini hanya memperingatkan agar tidak mengambil mudah dalam mengeluarkan tarjihan atau fatwa.
Wallahu A’lam.
setuju sangat