Skip to content

Mencipta Pendapat Ketiga

06/05/2009

Andai ada seorang alim atau mufti di zaman ini berfatwa bahawa Solat Subuh tidak wajib, sudah tentu pendapatnya ditolak mentah-mentah. Kerana seluruh umat sejak zaman sahabat telah ijmak tentang kewajipan solat lima waktu bersandarkan banyak dalil.

Atau jika ada seorang alim berfatwa bahawa harta pusaka seorang ayah atau ibu hendaklah dibahagi sama rata antara anak-anak lelaki dan perempuan, sudah pasti fatwanya disanggah kerana menyalahi ijmak seluruh ulama dan umat, bersandarkan dalil-dalil syarak. Demikian kedudukan dan kepentingan ijmak sebagai hujah dalam syariat Islam.

Antara cabangan kepada persoalan ijmak ialah masalah ‘Mencipta Pendapat Ketiga’. Maksudnya, jika ulama salaf berselisih dalam satu masalah kepada dua pendapat, bolehkah mujtahid selepas zaman mereka mencipta pendapat ketiga? Contohnya dalam suatu masalah, sebahagian sahabat mengatakan wajib, dan sebahagian mengatakan sunat. Bolehkah mujtahid selepas mereka berfatwa dengan hukum haram, sedangkan tidak ada seorang pun kalangan sahabat berfatwa hukumnya haram?

Majoriti fuqaha dan ulama usul mengatakan haram mencipta pendapat ketiga. Kerana mencipta pendapat ketiga dikira satu bentuk menyalahi ijmak. Perselisihan salaf kepada dua pendapat sehingga berakhir zaman mereka, bererti mereka bersepakat bahawa pendapat yang terkeluar daripada dua pendapat itu adalah batil. Pendapat yang benar sudah pasti antara dua pendapat terawal.

Orang yang mencipta pendapat ketiga tidak lari daripada salah satu daripada dua keadaan. Samada pendapatnya tidak bersandarkan kepada dalil, atau dia mendakwa bahawa pendapatnya ada dalil yang diterima. Kalau pendapatnya tidak ada dalil, pendapatnya dengan sendiri tertolak. Sementara jika pendapatnya bersandarkan dalil, kita yakin bahawa dalilnya tidak sahih, atau kefahamannya terhadap dalil tidak betul.

Jadi, walaupun mujtahid yang mencipta pendapat baru mengemukakan dalil atau hujah, pendapatnya tetap tertolak dan dikira menyalahi ijmak. Kerana mustahil para salaf tidak bertemu dengan dalil tersebut, atau para salaf tidak memahami dalil dengan cara yang betul.

Inilah yang dipegang oleh ramai ulama, bahawa tidak boleh mencipta pendapat ketiga jika salaf telah berselisih kepada dua pendapat. Dan tidak boleh mencipta pendapat keempat jika salaf berselisih kepada tiga pendapat. Dan begitulah seterusnya.

Merujuk kepada prinsip ini amat penting bagi setiap orang yang berkaitan dengan institusi fatwa atau mereka yang dirujuk dalam persoalan feqah. Sebelum dikeluarkan fatwa terhadap apa jua masalah, terlebih dahulu pastikan tidak menyalahi ijmak salaf terdahulu, dan tidak juga mencipta pendapat baharu yang menyalahi pendapat-pendapat salaf lain.

Selain perlunya seseorang ahli feqah hadam dengan persoalan-persoalan ijmak, perlu juga banyak membaca kitab-kitab ikhtilaf. Iaitu kitab-kitab yang mengumpulkan perselisihan pendapat salaf dalam persoalan-persoalan feqah. Ini bagi menjamin daripada terkhilaf dalam menjawab persoalan feqah, sehingga mencarik ijmak atau mencipta pendapat ketiga.

Wallahu A’lam.

11 Comments leave one →
  1. yasir permalink
    12/05/2009 11:28 pm

    jazakumullahu khairan. teruskan menulis tulisan yg nermanfaat. semoga kami mendapat manfaat yg banyak daripada ilmu ustaz. semoga ustaz menjadi ‘alim dan faqih utk berkhidmat kepada ummah.

  2. abu_salman permalink
    13/05/2009 3:45 pm

    assalamualaikum..utz,blh kah utz melihat blog ini. http://hairulnizammathusain.blogspot.com
    penulis blog tersebut adalah mantan presiden PMRAM mesir.walaubagaimanapun,banyak pendapat beliau yg krg boleh diterima. mohon pencerahan dari utz sekiranya ada yg tersilap pada pandangan penulis tersebut kerana blog tersebut antara yg masyhur di mesir..barakallahufik..

    • 13/05/2009 4:53 pm

      Waalaikumussalam,

      – Artikel-artikel dalam blog tersebut menunjukkan penulisnya seorang yang ilmiah.

      – Cuma, mungkin penulisnya tidak banyak didedahkan dengan bacaan-bacaan ulama aliran salafiyyah atau yang digelari sebagai wahabiyyah. Sebab itu nampak sangat kontranya terhadap aliran ini.

      – Dan ada juga kesalahfahaman beliau terhadap aqidah aliran salafiyyah, sehingga menisbahkannya kepada tajsim.

      – Cara penulisannya tidak emosi dan menjaga adab khilaf.

      Wallahu A’lam.

  3. raheeq makhtum permalink
    16/05/2009 6:48 pm

    assalamualaikum..

    http://www.hairulnizammathusain.blogspot.com

    blog ini telah menimbulkan pelbagai kekeliruan dan minta ust abu umair menjawab beberapa kekeliruan yang ditimbulkan oleh penulisnya kerana pengaruh kebencian terhadap perjuangan sunnah di mesir kian menjadi-jadi..hatta para pelajar perubatan di sana juga telah dimomokkan dengan perkara yang sama..di mana-mana ceramah di mesir, pasti ada suara-suara yabg menghina dan mencela para ulama’ besar seperti syeikh albani,syeikh bin baz dll..

    • 17/05/2009 4:43 pm

      Waalaikumussalam..

      saudara raheeq makhtum,

      Saya minta maaf kerana kurang minat untuk menulis secara radd (menjawab hujahan pihak lain). Kecuali jika terdesak. Sekian

  4. 09/06/2009 9:55 am

    AsSalammu alaikum ya Ustaz Abu Umair yang dihormati…
    ana membaca penulisan Ustaz…Masya Allah amat baik…
    ana jua mohon untuk ambil mana yang baik dari laman Ustaz ini…

    bagi tujuan rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda:
    ballighu anni walau ayah…
    Asif
    JazakaLlahu khairan kasyiran…
    Teruslah menulis…

    • 09/06/2009 11:41 am

      Waalaikumussalam, Pak Din..

      Selamat datang ke blog yang tak seberapa ini. Bagi pihak ana, tak ada masalah untuk ambik artikel2 dari blog ini jika ada kebaikan dan manfaat.

      Barakallah Fikum.

  5. Shaharuddin@Kuching.com permalink
    24/06/2009 5:27 pm

    Salam ustaz..ne nak tanya sikit.harap ustaz leh tolong jawablah. ne masalah ranting dan remeh tapi pening bila masyarakat melayu jadikan isu. tahun lepas ana solat witir selepas tarawih. semasa doa qunut, imam ada baca doa tolak bala (Allhomma idfa’ annal bala’ wal waba’…). dengan serta merta para jamaah mentelingkupkan tangan seolah-solah menolak sesuatu. ana tidak pula buat begitu. lepas solat, adalah yang menegur kenapa tak buat mcm tu..soalannya ustaz, adakah nas yang membenarkan buat demikian?ana cuba cari jawapan tapi tak jumpa.semoga ustaz dapat bantu.Syukran.

  6. y.mercury permalink
    04/06/2010 12:02 am

    berkenaan mencipta pendapat ketiga, sheikh haitham haddad ada mengulasnya seperti ulasan ustaz abu umair dlm video ini (dalam bahasa inggeris):

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: