Kisah Alqamah: Antara Kemasyhuran dan Fakta
Setiap kali sambutan Hari Ibu, seringkali kedengaran samada di radio atau televisyen satu kisah yang sangat masyhur, iaitu kisah Alqamah dan ibunya. Tidak ketinggalan pada tahun ini, dalam beberapa rancangan televisyen khasnya berbentuk keagamaan, kisah Alqamah dan ibunya turut menjadi bahan pengisian beberapa ustaz dan ustazah.
Ringkasan cerita Alqamah dan ibunya ialah, pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ada seorang pemuda berada dalam keadaan nazak. Malangnya, beliau tidak mampu mengucapkan dua kalimah Syahadah, sekalipun telah berulangkali diajar dan dituturkan di telinganya. Kes ini diadukan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ringkas ceritanya, baginda meminta ibu pemuda tersebut memaafkan dan meredhai terhadap anaknya, Alqamah. Selepas si ibu meredhai anaknya, Alqamah, barulah beliau dapat mengucapkan dua kalimah Syahadah dan sejurus selepas itu, beliau wafat.
Namun pernahkah kita berfikiran kritis, untuk mempersoalkan sejauh manakah kesahihan cerita masyhur ini, yang kita baca dan dengari sejak di bangku sekolah rendah lagi. Dari sumber manakah cerita ini datang, dan apakah penilaian para ulama Islam terhadap cerita ini, berdasarkan metodologi ahli hadis.
Sumber Cerita Alqamah dan Ibunya
Antara kitab hadis utama yang menyebut kisah ini ialah, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Tetapi hanya disebut secara ringkas tanpa menyebut nama pemuda tersebut. Tersebut dalam Musnad Ahmad:
Berkata Abu Abdul Rahman (Anak Imam Ahmad): Pada awalnya terdapat dalam kitab ayahku (Imam Ahmad), hadis yang berbunyi: Telah meriwayatkan kepada kami oleh Yazid bin Harun, katanya: Telah meriwayatkan kepada kami oleh Faid bin Abdul Rahman, katanya: Aku mendengar Abdullah bin Abi Aufa berkata:
“Seorang lelaki datang menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya di sini terdapat seorang pemuda yang sedang nazak. Diucapkan kepadanya Lailahaillallahu, beliau tidak mampu menyebutnya”. Baginda berkata, “Tidakkah ketika hidupnya, dia boleh menuturkannya?”. Kata lelaki itu, “Benar”. Baginda bertanya, “Apa yang menghalangnya daripada menyebutnya ketika hampir mati?”. Lalu beliau menyebut hadis itu secara panjang lebar.”
Kata Abu Abdul Rahman: Ayahku (Imam Ahmad) tidak meriwayatkan kepada kami hadis ini. Beliau memadamkan hadis ini dari kitabnya, kerana beliau tidak meredhai hadis Faid bin Abdul Rahman, kerana pada pendapatnya Faid bertaraf Matruk al-Hadis.
(Musnad Ahmad 32/155)
Maka jelas kepada kita walaupun kisah ini wujud dalam Musnad Ahmad, tetapi sebenarnya Imam Ahmad sendiri tidak menerima kesahihan hadis ini. Bahkan, beliau memadamkan hadis ini dari kitabnya.
Antara sumber lain yang menyebut kisah ini ialah:
– Al-Dhuafa al-Kabir oleh al-Uqaili
– Al-Maudhu’aat oleh Ibn al-Jauzi
– Masawi al-Akhlaq oleh al-Kharaiti
– Syuab al-Iman oleh al-Baihaqi
– Dalail al-Nubuwwah oleh al-Baihaqi
– Al-Tadwin Fi Tarikh Qazwin oleh al-Qazwini
Kesemua sumber-sumber tersebut menyebut kisah ini melalui jalur yang terdapat perawi bernama Faid bin Abdul Rahman. Justeru, penilaian hadis ini mesti melalui kajian kedudukan perawi bernama Faid bin Abdul Rahman, adakah beliau perawi yang kepercayaan dan menepati kriteria perawi hadis sahih, atau sebaliknya.
Rata-rata ulama hadis yang mahir dalam bidang Jarh wa Ta’dil (ilmu penilaian terhadap perawi), menilai Faid bin Abdul Rahman sebagai dhaif. Antara mereka ialah Imam Ahmad, Imam Bukhari, Ibn Maien, Abu Hatim, Ibn Hibban, al-Hakim, dan lain-lain.
Apatah lagi, kisah ini diriwayatkan oleh Faid bin Abdul Rahman daripada Ibn Abi Aufa. Dan ulama hadis lebih mencurigai hadis-hadis Faid yang diriwayatkan daripada Ibn Abi Aufa.
Kata Abu Hatim, “Hadis-hadis Faid daripada Ibn Abi Aufa adalah batil, hampir-hampir tidak ada asal baginya”. Katanya lagi, “Kalau seseorang bersumpah bahawa seluruh hadis Faid adalah bohong, maka dia tidak dianggap melanggar sumpah”.
Al-Hakim pula mengatakan, “Faid meriwayatkan daripada Ibn Abi Aufa hadis-hadis palsu”.
Penilaian Ahli Hadis Terhadap Kisah Ini
Kisah ini didhaifkan oleh ramai ahli hadis, antara mereka:
– Imam Ahmad, sebagaimana disebut oleh anaknya.
– Al-Uqaili di dalam al-Dhuafa al-Kabir. Katanya, “Tidak ada mutabaah untuknya kecuali dari perawi yang sama taraf dengannya”.
– Al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman. Kata beliau, “Diriwayatkan secara berseorangan oleh Faid Abu al-Warqa’, dan beliau perawi yang tidak kuat”.
– Ibn al-Jauzi memasukkan hadis ini dalam bukunya al-Maudhu’aat, dan membuat komen, “Tidak sahih daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam”.
– Al-Zahabi dalam kitabya Tartib al-Maudhu’aat.
– Al-Haithami dalam Majmak al-Zawaid. Beliau berkata, “Padanya terdapat Faid Abu al-Warqa’, seorang yang bertaraf Matruk”.
– Al-Syaukani dalam Al-Fawaid al-Majmuah. Kata beliau, “Dalam sanadnya terdapat perawi yang berstatus Matruk dan Pembohong”.
Penilaian kisah ini disebut secara terperinci oleh Syeikh Masyhur bin Hasan Ali Salman dalam kitabnya ‘Qishas La Tatsbut.
Kesimpulan
– Berdasarkan kajian ulama hadis terhadap hadis ini, didapati bahawa hadis yang mengisahkan cerita Alqamah dan ibunya adalah DHAIF.
– Di samping kedhaifan kisah ini, tidak ada dalam mana-mana riwayat pun menyebut bahawa pemuda berkenaan bernama Alqamah.
– Oleh kerana kisah ini tidak sahih, dan kisah ini ada kaitan langsung dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maka tidak harus disebarkan cerita ini tanpa dijelaskan kedhaifannya.
– Para penulis, penceramah, panel-panel syarahan digalakkan membawakan cerita yang lebih sahih tentang kewajipan berbuat baik terhadap ibu. Dan Alhamdulillah, di dalam Al-Quran dan Sunnah yang sahih, banyak kedapatan dalil dan contoh yang boleh menggantikan kisah Alqamah.
Sekian.
Assalamualaikum,
terima kasih banyak-banyak atas entri di atas,semoga ustaz dapat membongkar lagi cerita-cerita masyhur yang bertaraf dhoif seperti diatas terutama bagi saya yang jahil tentang perkara-perkara nie
Waalaikumussalam..
Sama-sama..
Asalamualaikum, ustaz. Jazaakallah khairan Kathiraa terhadap info yang dijelaskan melauli post ini. InsyaAllah mampu membuatkan pembca lebih berhati-hati di dalam mendengar kisah-kisah tauladan di dalam ceramah atau majlis-majlis ilmu di masa akan datang. Saya ad persoalan yg nak dikemukakan, sya pernah mndengar seorang penceramah mempertikai akan kesahihan kisah Sa’labah, seorang sahabat di zaman Nabi saw yang enggan mengeluarkan zakat setelah dikurniakan Allah rezeki yang melimpah banyaknya, mungkin ustaz boleh memberi komen akan kisah ini juga berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang dianugerahkan Allah kepada ustaz di dalam post yg akan datang…terima kasih…
Waalaikumussalam..
Ya, kisah Tha’labah juga antara kisah masyhur dalam bab Zakat. Tetapi, dari sudut kajian ilmu hadis, terdapat banyak masalah dengan cerita ini selain daripada kedhaifannya. Malah, ada ulama menilainya ‘Sangat Dhaif’.
Antara imam besar yang mendhaifkannya ialah Ibn Hajar, Baihaqi, Qurtubi, Zahabi, Iraqi, Haithami, dan kalangan mutakhir ialah Albani.
Kisah ini juga menyalahi beberapa asas syariat Islam, seperti pintu taubat terbuka luas hatta orang kafir pun jika bertaubat, akan diterima.
Begitu juga Tha’labah adalah seorang yang menghadiri peperangan Badr, bagaimana dia boleh bertukar menjadi munafiq?
Wallahu A’lam.
Salam ustaz..terima kasih kerana menghuraikan kisah ini. sebenarnya pernah terlintas difikiran ana apakah status kesahihan kisah ini bila menceritakan kisah ini pada anak-anak murid di sekolah.tapi oleh kerana kemampuan yang terhad ana biarkan sahaja.satu lagi ustaz, benarkah hadis berkenaan “terkena debu-debu riba di akhir zaman” dhoif?byk ustaz-ustaz yang membuat hujah nak wat macam mana kita lari dari riba pun kena jugak zaman skarang ni…ada bank islam pun belum tentu bebas dari riba? komen ustaz…
Waalaikumussalam, akhie ust din..
Berkenaan hadis yang masyhur berkenaan ‘debu-debu riba’ ia diriwayatkan oleh sebahagian ashab al-Sunan. Antara ygb meriwayatkannya ialah Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Nasaie, dan lain-lain.
Kesemuanya melalui jalur riwayat Hasan daripada Abu Hurairah.
Apabila ia riwayat Hasan dari Abu Hurairah, maka bermasalah. Sebab khilaf kalangan ahli hadith adakah Hasan mendengar hadis dari Abu Hurairah atau tidak?
Imam Tirmizi dalam beberapa tempat dalam kitab Jamiknya (Sunan Tirmizi), menegaskan bahawa “Hasan tidak mendengar sesuatu hadis pun dari Abu Hurairah”.
Dan Imam Tirmizi menukilkan perkara ini dari Ayyub al-Sakhtiyani, Yunus bin Ubaid dan Ali bin Zaid.
Apabila Hasan tidak mendengar dari Abu Hurairah, maka hadis ini termasuk dalam munqatie’, dan menjadi dhaif.
Syeikh Al-Albani juga mendhaifkan hadis ini.
Wallahu A’lam.
mohon izin salin dan sebarkan
Silakan, dan tidak ada halangan. Sekian
Assalaamu ‘Alaykum wa Rahmatullah!
Ummu Insyirah nih kak Gee (Azidah – MMP) ko? Oghe nih, adik Roha.. chee..
Oh, kalau silap orang, saya mintak maaf siap2 deh..
Waalaikumussalam warahmatullah..
Chee.. ha ah k.jie ni! :) hehe xsangka chee terjumpa gak blog abg k.jie ni..
kalu xsilap k.roha bgtau aritu chee kat UK skrg ye? masih kat sana? rindunya lama xjupe…
Alhamdulillah! Tepat tekaanku berdasarkan profil suamimu – zaujah: Ummu Insyirah – BA Architecture (Landscape) IIUM. Org fikir2 dalam dunia nih kak Jie soghe jah budok arch nnikoh dgn ustaz pastu duk kat KSA. Oh, Alhamdulillah.. Allah mengurniakanku logik akal yg bijaksana.. Alhamdulillah! ;)
Abe demo banyok saing sayo buh dale blog list.. Tuh jjupo tuh, tok sseko lasung lah sayo kenal zaujah nya.. Ha ha ha. Yup, duk UK nih.
** Oh, jangan lah rindu saya.. Saya tak rindu pun Kak Jie.. cuma kakak kata anok kak Jie comel, teringin nok tengok anok jo lah.. ho ho ho. Weh, kontek sayo melalui emel lah.. nok tanyo kaba banyok bendo nih. Hu hu hu.
mc Chee, hahaa tergelak2 baca awk nye komen nih! oo kat sana lg ek.. k.jie nge k.Roha pn dok jjupe lg sjk balik ni. anyway, bak email awk.nati leh cite panjang
Hu hu hu. Memandangkan saya seorang yg femes di ruang maya nih, saya risau la pulak nak tempek emel saya kat sini. Akak mintak pak ustaz check emel abuumair1@yahoo.com. Nanti lepas bangun tido, insya Allah saya emel akak.
Alhamdulillah.. jejak kasih yg best! Alhamdulillah!
– Nok keno brainwash kak Jie kalu jupo nih, risau saya takot hile habih makhraj huruf kelate.. tengok tuh, ejo jjupo = jjupe doh. Isk, risau2.. =p
Alamak chee, sorrylh kelate dh ‘diterengganukan’ laa..sbbtu jjupo=jjupe. hahaa.. but don’t worry, tetap anok kelate jati nih.hehe.. ok, nati kak chek emel. and, thanks for the ‘jejak kasih’! :)
Salam.
Cerita ni ada dalam majalah iluvislam karangkraf terbaru… tapi..
dia guna sahabat bernama AL-KARAMAH…. ade ke???
Ada disebutkan nama Karamah dalam buku-buku yang mengumpulkan biografi sahabat Nabi SAW.
Hanya seorang sahaja, iaitu Karamah bin Thabit al-Ansariy. Tapi tidak mungkin beliau yang dimaksudkan dalam kisah di atas, kerana beliau hidup hingga zaman pemerintahan Ali R.A. Sedangkan dalam cerita di atas, dia mati pada zaman Nabi SAW.
Apapun, cerita asal itu sendiri adalah dhaif dan tidak sahih. Wallahu A’lam
mas, ditunggu cerita yang lainnya ya, minta dukungannya di kontes ini