Selamat Datang Ke Blog Catatan Abu Umair
Kewajipan Memakai Hijab Bagi Muslimah
Bismillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasulillah SAW.
Artikel ini adalah tentang kewajpan memakai hijab bagi seorang muslimah, dan bagaimana sifat hijab yang dikehendaki syarak.
a. Definisi Hijab
Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna ‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripada dipandang orang lain.
Dari segi syarak pula, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak. Read more…
Penentuan Nasab Melalui Pengesahan DNA
Bismillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasulullah, Wa Ba’d.
Pendahuluan
Pada zaman mutakhir ini, terdapat satu penemuan baru dalam bidang biologi yang dikenali dengan ujian DNA, iaitu ringkasan kepada Asid deoksiribonukleik. Menurut Wikipedia, ia merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Ia kadang kala dipanggil molekul warisan, kerana DNA boleh mewariskan sifat sifat organisma induk (iaitu ibubapa). Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat. Read more…
Bentuk Syirik Kontemporari
Definisi Syirik
SYIRIK ialah mengambil sekutu bagi Allah Taala samada sekutu dalam bentuk Rububiyyah ataupun Uluhiyyah.
Sebagaimana Nabi SAW menjawab pertanyaan Ibn Mas’ud “Apakah dosa paling besar?”, Jawab baginda: “Engkau mengambil sekutu bagi ALlah sedangkan Dia yang menciptakan kamu”. (Bukhari dan Muslim).
Syirik berlaku dalam sejarah manusia sejak zaman Nabi Nuh a.s sehinggalah pada zaman moden sekarang. Asasnya adalah sama iaitu menyekutukan Allah, cuma bentuk-bentuknya berbeza pada zaman masing-masing. Read more…
Bismillah, Walhamdulillah…
“Susahlah nak hafal Quran…”, “Saya dah hafal hadis ni dulu, sekarang dah lupa..”, “Macamana cara nak bagi lekat apa yang kita hafal?”. Bermacam-macam keluhan dan persoalan kedengaran dari mulut-mulut penuntut-penuntut ilmu.


