Skip to content

Panduan Memberi Nama Anak

09/06/2008

Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
– Abdullah dan Abdul Rahman
– Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
– Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
– Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
– Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
– Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
– Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
– Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
– Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8)Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
– Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
– Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
– Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
– Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
– Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
– Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
– Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

Sekian.

Rujukan:
– Tasmiyah al-Maulud.

50 Comments
  1. albaruhiyy permalink
    10/06/2008 4:31 am

    Ya..memang betul sheikh Abu Umair..

    Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’

    Contohnya kalau nama Lokmanulhakim insyaAllah anak anda akan menjadi al-hakim (bijaksana).

    Nak tanya Abu Umair…
    kalau nama macam Awang, Selamat, Melor, Embong, Ngah dan sebagainya…Itu perlu tukar nama tak? hehe

  2. abuumair1 permalink
    10/06/2008 9:59 am

    Wallahu A’lam, yang syeikh baruhiyy… tanya mufti lah.. hehe

    Tapi, nama-nama melayu seperti itu, adalah harus. Tidak ada larangan menjadikannya nama.

    Cuma, kaedah: kalau nama itu jenis yang haram, maka wajib ditukar (jika boleh), dan jika nama itu jenis yang makruh, maka sunat ditukar. Yang harus, boleh dikekalkan, tanpa ditukar.

    Wallahu A’lam.

  3. husna permalink
    16/06/2008 5:02 am

    Terima kasih atas panduan yg diberi..saya tengah mencari nama anak yang bermula dengan huruf H..yang ada sekarang Husna, Hakim dan Humairah…ke 4 coming soon. tapi belum tau lagi anak lelaki ke perempuan..tapi kalau ada nama2 cadangan dan pilihan ..amatlah saya berterima kasih

    TQ

  4. abuumair1 permalink
    17/06/2008 11:49 pm

    Antara nama yang dicadang oleh Syeikh Bakar Zaid ialah: Bagi lelaki: Hazim, Habib, Huzaifah, Hariz, Hizam, Hasib, Hafs, Hammad, Hamad, Haidar, Hilal, Humam, Haitham, dan lain-lain.
    Bagi perempuan; Hassanah, Hasibah, Hasifah, Hakimah, Hukaimah, Hamidah, Hanifah, Hawa, Hayah, Hana dan lain-lain

  5. khadija permalink
    18/06/2008 11:00 pm

    apa pendapat saudara, sekiranya saya memberi nama anak saya alya nur iman bg perempuan dan muhammad aslam bagi lelaki…sebab saudara ada mengatakan memberi nama lebih dari 2 gabungan nama adalah makruh

  6. abuumair1 permalink
    18/06/2008 11:09 pm

    Perihal memberi nama perlu juga diambil kira uruf setempat. Jika kebiasaan diberikan nama yang bergabung spt di Malaysia, ia bukan satu kesalahan. Lagipun tiada nas melarangnya.

    Berbeza dengan uruf sesetengah masyarakat Arab, yang tidak mengamalkan gabungan 2 nama. Di Arab Saudi, undang2 melarang memberi nama gabungan 2 nama.

  7. ahmad fariz permalink
    10/07/2008 9:26 am

    adakah nas/dalil yg mengatakan wajib meletakkan nama muhammad atau ahmad di pangkal nama anak lelaki?

    Tidak ada ulama yang mengatakan wajib meletakkan nama muhammad atau ahmad di pangkal setiap nama. Malahan, anak-anak Nabi SAW tidak ada seorang pun bermula dengan nama Mohd atau Ahmad. Wallahu A’lam.

  8. fath permalink
    12/07/2008 8:39 am

    Syeikh abu umair, nama apa kitab syeikh bakar zaid tu? kat mana boleh dapat?

    Nama kitabnya تسمية المولود
    Cetakan Dar Al-‘Asimah.
    Kalau di sini (KSA), kitab ini boleh didapati di kebanyakan kedai2 kitab. Di Malaysia, ana tak tahu sudah sampai atau tidak.

  9. amril permalink
    29/08/2008 2:26 pm

    MUHAMMAD IMRAN AQIM sesuai tak untuk anak lelaki saya?

  10. abuumair1 permalink*
    29/08/2008 4:23 pm

    al-akh amril,
    Muhammad Imran, sudah memadai sebagai nama yang baik.
    Manakala ‘aqim’ عقيم membawa makna yang kurang baik. Iaitu: yang tidak boleh berzuriat, atau yang tidak ada kebaikan padanya.

  11. amril permalink
    30/08/2008 3:06 am

    jazakALLAH… Alhamdullilah.. baru tenang hati saya dah tahu maksud aqim tu.. sy baru dapat baby lelaki.. dah 5 hari masih tengah mencari nama nya.. terima kasih ustaz..

  12. amril permalink
    30/08/2008 4:01 am

    maaf utz.. saya nak tanya lagi.. kalau sy letak nama anak sy MUHAMMAD MUAZ IMRAN macam mana? atau utz ada apa-apa syor nama yg sesuai.. teriama kasih.

  13. abuumair1 permalink*
    30/08/2008 4:44 am

    al-akh amril,
    nama: Muhammad Muaz Imran, adalah gabungan 3 nama yang kesemuanya adalah nama-nama yang baik. Tidak ada apa2 kesalahan memberi nama tersebut. Wallahu A’lam.

  14. lisa permalink
    17/09/2008 4:35 am

    assalamualaikum ustaz, saya berminat dengan nama huzaifah tetapi nak tanya apakah maksud sebenar huzaifah? apa yang saya tahu ia adalah nama seorang sahabat nabi tetapi, apakah maksud sebenarnya? adakah ia datang dari kata akar ‘hazafa’? sekiranya nama itu diubah sedikit sperti ‘huzaifi’ atau ‘huzaif’, apakah maksudnya? adakah maksudnya baik?

  15. abuumair1 permalink*
    20/09/2008 12:08 pm

    Waalaikumussalam
    al-ukht lisa,

    Nama Huzaifah adalah berbentuk ‘tashghir’, iaitu menunjukkan kecil.

    Ibn Duraid menyebut bahawa Orang Arab menamakan anak mereka dengan nama ini, yang berasal samada;

    i) perkataan ‘Hizfah’ yg bermaksud sepotong, contohnya sepotong daging.

    ii) ataupun daripada perkataan ‘hazaf’ yang bermaksud sejenis itik yang kecil.

    Untuk pengetahuan, menjadi adat org Arab menamakan anak-anak mereka dengan nama haiwan seperti; Asad (singa), atau nama benda-benda yang tak bernyawa seperti Hajar (batu).

    Jadi, selagi tidak ada larangan, maka boleh dinamakan anak dengannya. Apatah lagi nama Huzaifah adalah nama sahabat.

    Wallahu A’lam

  16. rabbani permalink
    07/10/2008 2:56 am

    assalamualaikum ustad, apakah nama yang sesuai bagi bayi lelaki yang lahir pada bulan ramadan?. Nama Muhammad Syahrul Azfar sesuai tak untuk anak lelaki yang lahir dibulan ramadan? Adakah maksudnya baik. Terima kasih ustad

  17. shuhadah permalink
    07/10/2008 4:27 am

    assalamualaikum ustad. bolehkan menamakan anak dgn meletakkan nama keturunan suami yang mana suami saya seorang mualaf contohnya muhammad danial wong?. Terima kasih.

  18. abuumair1 permalink*
    08/10/2008 3:38 pm

    akhie rabbani,
    – Wallahu A’lam, saya belum menjumpai nama-nama yang dipadankan dengan bulan-bulan tertentu.
    – Syahrul bermaksud bulan.
    – Azfar bermaksud: orang yang berkuku panjang. Tapi mungkin boleh diterjemahkan: orang yang sangat berjaya. Wallahu A’lam.

  19. 08/10/2008 3:39 pm

    akhi shuhadah,
    – Tidak salah menamakan dengan nama tersebut jika ia tidak membawa maksud yang terlarang.
    Wallahu A’lam.

  20. Fazlida permalink
    16/10/2008 8:39 am

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya telah memberikan nama kepada anak saya iaitu Faizleen Natasya . Ada khabar yang mengatakan maksud natasya itu adalah menarik, sementara terdapat juga yang mengatakan maksudnya adalah mencabut atau mengeluar tetapi seorang kawan sy mengatakan maksud yang sangat kurang baik tentang nama ini.Diharap ustaz dapat membantu sy mengatahui maksud sebenar nama ini.

    Terima kasih.

  21. yen permalink
    16/10/2008 8:50 am

    Assalamualaikum ustaz,

    nak tanya nama BENAZIZA macamana? sbb saya cantum kan terus Ben Aziz… depan letak Ahmad atau Mohammad? elok ke tak???

    10q..

  22. Naza permalink
    20/10/2008 1:08 am

    Assalamualaikum,

    Saya ingin menamakan anak perempuan Nurlis Farzana yang baru lahir pada bulan syawal. Minta pandangan ustaz adakah nama itu sesuai sebelum saya mendaftarkan nama tersebut. Terima kasih.

  23. abuumair1 permalink*
    20/10/2008 11:40 pm

    saudara/i Fazlinda,
    Faizleen, dalam satu perkataan tidak ada makna dalam B.Arab. Tapi jika dipecahkan,
    Faiz: Yang berjaya (untuk lelaki)
    Leen: Kelembutan

    Manakala ‘Natasya’ jika disebut dalam B.Arab, نتش bermaksud mencabut.

    Sekian

  24. abuumair1 permalink*
    20/10/2008 11:46 pm

    Saudara yen,

    Berkaitan BENAZIZA,
    – Nama-nama tidak perlu dimulakan dengan perkataan Ben/Bin kerana Ben/Bin itu bermaksud ‘anak lelaki’. Ia boleh dijadikan sebagai gelaran sahaja.

    – Seelok-eloknya, carilah nama-nama yang biasa dipakai oleh kaum setempat. Sebab pada saya, masyarakat Melayu tidak biasa dengan nama seperti ‘benaziza’.

    – Jadi, jika ayahnya bernama aziz, cukup dengan nama ‘Muhammad bin Aziz’.

    Wallahu A’lam.

  25. abuumair1 permalink*
    20/10/2008 11:48 pm

    saudara/i naza,

    – nama Farzana saya tidak menemui maknanya dalam B.Arab.

    Sekian

  26. hafizan permalink
    23/10/2008 3:13 pm

    Assalamualaikum Ustaz,

    saya ingin memberikan nama anak saya yang bermula dengan huruf H.saya harap ustaz dapat mencadangkan nama perempuan dan lelaki bagi nama bakal anak saya nanti.sekian terima kasih.

  27. hafizan permalink
    23/10/2008 3:21 pm

    Assalamualaikum Ustaz,

    saya ingin menamakan bakal bayi saya dengan nama Harrith Hakimi. Minta bantuan ustaz memberikan makna nama tersebut. Sekian Terima kasih.

  28. JAJAN permalink
    30/10/2008 6:10 am

    sy nak letak nama anak sy ariel ar rahman atau harith ar rahman.x pun ar rahman shj.blh ke ustaz?

  29. abuumair1 permalink*
    30/10/2008 6:25 am

    Waalaikukumssalam,

    Hafizan,

    Nama Harith حارث adalah salah satu nama yang sesuai. Malahan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebut, “Nama yang paling benar ialah Harith dan Hammam”.
    (Sunan Abi Daud 4952, Musnad Ahmad 19032).

    ‘Harith’ bermaksud: yang berusaha. Maka ia sesuai dengan untuk manusia.

    Manakala ‘Hakimi’ ialah nisbah kepada Hakim yang bermaksud: bijak.

    Wallahu A’lam.

  30. abuumair1 permalink*
    30/10/2008 6:31 am

    JAJAN,

    Nama Al-Rahman adalah khas untuk ALlah Taala sahaja. Maka tidak boleh dijadikan nama makhluk atau sifat kepada makhluk.

    Yang boleh ialah: Abdul Rahman. Malahan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebut, “Nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”.
    (Abu Daud 4951, Tirmizi 2833, Ibn Majah 3728)

    Wallahu A’lam

  31. zain permalink
    09/11/2008 6:55 pm

    salam ustaz,

    saya ingin tanya ustaz apa dalil / pendapat tentang menamakan anak nama2 malaikat? anak saya lelaki, ingin saya namakan dia mikail. terima kasih

  32. abuumair1 permalink*
    09/11/2008 7:20 pm

    Salam, akhi zain

    Tidak terdapat nas sahih yang melarang menamakan anak lelaki dengan nama malaikat, seperti Jibrail, Mikail dan Israfil.

    Cuma, ada sebahagian salaf yang mengatakan hukumnya adalah makruh.

    Manakala menamakan anak perempuan dengan nama malaikat, hukumnya haram kerana menyamai perbuatan musyrikin yang menganggap malaikat adalah anak-anak perempuan Tuhan.

    Wallahu A’lam.

  33. JAJAN permalink
    12/11/2008 8:25 am

    terima kasih atas nasihat ustaz.bagaiman dgn nama nama adam areel atau adam emeer?dan perempuan sy nak letak nama qaseh arianna.ape makna nye ustaz?

  34. 14/11/2008 7:05 am

    Salam ya Aba ‘Umair,
    Kaifa halukum?ana nak minta izin untuk sebarkan artikel Al-Fadhil Al-Ustaz Abu ‘Umair di blog ana&sahabat2 di Bintulu. Ana rasa sangat gembira apabila dapat bersua kembali dengan Ustaz Lokman walaupun di alam siber..Nastafid minkum kathiran ya syaikhana al-kareem.

  35. abuumair1 permalink*
    14/11/2008 12:07 pm

    Salam, ya syeikh aba Ammar,

    Ni Ust Solehuddin ke? Lama tak dengar khabar berita. Gembira lihat sahabat giat berdakwah dan memberi khidmat kepada muslimin, nun jauh di sana. Semoga usaha antum diberkati Tuhan.

    Barakallahu Fikum.

  36. 15/11/2008 3:15 pm

    Na’am…ana akhuka fillah Solehuddin bin Abu Samah..Ustaz Abu ‘Umair masih ingat kat ana lg ke?ana musytaqun jiddan ilakum wa ilal Haramain asy-Syarifain wa ila halaqatil ‘ilm…ana skrg bertugas sbagai guru j-QAF di Bintulu…ana tak sempat habiskan Master di UIA kerana perlu bantu adik2 yg masih belajar…doakan ana semoga dpt kembali dalam medan tholabul ‘ilmi spt Ustaz Abu ‘Umair.

  37. aaa permalink
    17/11/2008 5:53 pm

    Assalamualaikum

    Syeikh Abu Umair dan Syeikh Abu Ammar

    Hayyakaumullahu…Abg Leh jengah2 lah kami kat sini…bagi nasihat :)..lama tak dengar nasihat Abg Leh

  38. hafizan permalink
    24/11/2008 3:36 pm

    Assalamualaikum..Ustaz,

    Saya nk mintak ustaz berikan maksud nama Husnina Humaira.Terima kasih.

  39. abuumair1 permalink*
    24/11/2008 6:49 pm

    Waalaikumussalam

    al-akh hafizan,

    – Nama Husnina, saya tidak tahu nak terjemahkan macamana. Cuma perkataan Husn bermaksud: keelokan.

    – Humaira: bermaksud: wanita yang kemerahan. Orang Arab sebut wanita kemerahan bermaksud wanita yang putih.

    Wallahu A’lam.

  40. Hamba Allah permalink
    18/12/2008 4:18 am

    Salam Ustaz,

    apa pandangan ustaz mengenai nama ini:-

    Siti Nor Solehah
    Innamul Umar @ Innamul Hassan
    Nur Natasya

    Apakah ianya sesuai dari segi maknanya dan sesuai untuk dinamakan untuk bayi

    wslm

  41. 18/12/2008 9:15 am

    Salam,

    al-Akh Hamba Allah,

    – Siti Nor Solehah, nama lumrah dalam masyarakat Melayu. Tidak ada apa-apa larangan untuk menamakan sedemikian. Cuma, dari sudut Arabnya, kurang kena lah.

    – Innamul Umar, -Wallahu A’lam- saya tidak tahu maksud innamul.

    – Nur Natasya: perkataan ‘natasya’ sudah saya sebutkan maknanya dalam komen kepada saudari Fazlida.

    Wallahu Alam.

  42. Suhaida permalink
    31/12/2008 9:13 am

    Assalamualaikum ustaz,

    Minta jasa baik ustaz untuk menyenaraikan beberapa nama anak lelaki/perempuan yg memberi makna “murah rezeki”.

    Terima kasih..

  43. 01/01/2009 3:45 pm

    Waalaikumusslam,

    Suhaida,

    – Untuk anak lelaki: Abdul Razzaq. Bermaksud: hamba Al-Razzaq Tuhan yang Maha Memberi Rezeki.

    atau: Marzuq. Bermaksud: Yang dikurniakan rezeki.

    – untuk perempuan, tak ada idea lagi. udpate kemudian, insya Allah.

  44. farrah permalink
    02/01/2009 9:53 am

    salam..boleh saye bertanye..apakah maksud nama dibawah baik untuk diberikan pada anak saya yang bakal lahir…perlukah di letakkan Muhammad pada pangkal nama hadapan?
    a) Ariff Haiqal
    b) Iman Damia
    c) Iman Najiha

  45. 02/01/2009 10:35 am

    Wsalam,

    farah,

    – Nama yang mahu diletakkan ‘Muhammad’ di hadapan tidak salah, cuma perlu dilihat kesesuaiannya mengikut Bahasa Arab. Contoh yang sesuai: Muhammad al-Mukhtar, Muhammad al-Amin, Muhammad al-Hakim. Adapun gabungan seperti: Muhammad Ali, Muhammad Musa, ia tidak sesuai.

    – Haiqal, dengan (Qaf) tidak ada makna. Haikal dengan (kaf), ada makna, dan ada org menamakan dengannya walaupun maknanya kurang sesuai.

    – Damia, maksudnya: berdarah.

    – Najiha: Yang berjaya.

  46. JUITA permalink
    05/01/2009 2:05 am

    Salam Ustaz,
    Saya ingin bertanya maksud bagi nama dibawah adakah baik atau tidak maksudnya jika diletakkan nama dengan pangkal Qaseh bagi anak perempuan….

    Terima Kasih.

  47. farrah permalink
    05/01/2009 2:12 am

    Assalamualaikum,

    alhamdulillah Ustaz telah memberi sedikit maklumat berkenaan maksud nama sebelum ini…bagaimana pula dengan nama berikut…adakah mempunyai maksud dan gabungan yang baik….
    a) Arif Hakimi
    b) Arif Zaquan
    c) Arif Syahmi
    d) Nur Iman Najwa

    Sekian, terima kasih diatas kesudian Ustaz membantu saya.

  48. 05/01/2009 3:56 am

    Waalaikumussalam,

    JUITA,

    Nama ‘qaseh’ setakat ini saya tidak pernah dengar di kalangan orang Arab.

    farrah,

    Nama-nama tersebut boleh dijadikan nama anak-anak. Zakwan ذكوان (bukan zaquan) adalah nama seorang sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Berkenaan dengan penggabungan antara dua nama atau lebih, telah dijelaskan dalam artikel.

    Sekian

Trackbacks

  1. Panduan Nama Anak/Bayi Dalam Islam – Abu Umair
  2. Panduan Memilih Nama Bayi

Comments are closed.