Skip to content

Muzakarah Berkenaan Bitcoin

21/07/2017

Ada kalangan sahabat bertanya saya berkenaan dengan intipati dan resolusi Muzakarah Ahli Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam di Malaysia kali ke-13, anjuran JAKIM, yang diadakan semalam (20 Julai 2017) berkenaan dengan Bitcoin, atau secara umumnya mata wang digital/ virtual.

Muzakarah semalam menampilkan dua pembentangan kertas kerja iaitu:

1) Penggunaan Mata Wang Digital: Satu Pengenalan, yang disediakan oleh kumpulan penyelidik dari MIMOS. (Dibentangkan oleh Dr Muhammad Reza Za’ba).

2) A Shariah Analysis of Bitcoin, yang disediakan oleh kumpulan penyelidik dari ISRA. (Dibentangkan oleh Dr Farrukh Habib).

Selepas pembentangan kedua-dua kertas kerja dan perbincangan ahli-ahli Muzakarah, saya mendapati:

1. Isu mata wang digital seperti Bitcoin masih diaggap baharu bagi kebanyakan ahli-ahli Muzakarah khasnya, dan para cendekiawan/ ahli akademik secara umumnya. Kerana itu, perbincangan Muzakarah lebih terhala kepada pengenalan apakah itu Bitcoin, bagaimana ia dihasilkan, digunakan, ditransaksi, disimpan, dan bermacam-macam isu teknikal yang berkaitan.

2. Walaupun kertas kerja yang disediakan oleh penyelidik-penyelidik ISRA berkenaan analisis Syariah terhadap Bitcoin telah mengemukakan beberapa isu-isu Syariah yang berpotensi timbul, seperti isu adakah ia dianggap harta (maal) atau tidak, adakah ia dianggap currency atau commodity, bagaimana pemilikannya, bagaimana qabdnya, isu-isu riba yang boleh timbul, isu gharar, spekulasi dan sebagainya, namun isu tersebut belum dapat dibincangkan secara tuntas dalam Muzakarah, kerana ahli Muzakarah lebih memberikan ruang untuk memahami hakikat mata wang digital dan Bitcoin. Ini bertepatan dengan kaedah dalam memutuskan fatwa atau hukum syarak, “Meletakkan hukum ke atas sesuatu adalah cabang kepada tasawwur (gambaran yang jelas/ tepat) terhadap permasalahan”.

3. Justeru, Muzakarah semalam belum mengeluarkan apa-apa resolusi hukum Syarak berkenaan dengan Bitcoin, kerana kajian dan penyelidikan tentangnya masih belum selesai atau diputuskan. Saya percaya isu-isu kontemporari seperti Bitcoin perlu diberikan masa yang cukup untuk penyelidikan dan kajian Syariah berkenaannya, sebelum apa-apa dapatan dikemukakan kepada umum.

Diharap selepas ini akan ada lagi beberapa siri muzakarah, diskusi, wacana dan platform-paltform lain yang menambilkan ulama dan cendekiawan untuk membincangkan isu Bitcoin.

4 Comments leave one →
  1. Marcelo1979's avatar
    25/07/2017 2:58 am

    Hi admin, do you monetize your website ? There is easy method to earn decent money every
    day, just search on youtube – How to earn $25/hour
    selling articles

  2. student's avatar
    student permalink
    12/12/2017 1:40 am

    bila keputusan muzakarah tentang bitcoin akan keluar?

  3. zacharyvaron's avatar
    03/05/2025 11:43 am

    magnificent! Scientists Develop Edible Packaging to Reduce Waste 2025 exquisite

  4. Unknown's avatar
    Anonymous permalink
    24/05/2025 4:19 am

    Salam wbt,

    Sedikit teguran buat antum :-

    • waktu syuruk termasuk waktu tahrim.. yg dimakasudkan adalah hanya haram solat sunat mutlak / yg tiada bersebab .

    untuk solat qada` ,atau solat yg bersebab , seperti tahiyatul masjid.. hukumnya harus .

    Dan perlu diketahui, di masjidil haram makah,,, tiada waktu tahrim… garam betulkan artikal tuan..

    wassalam

Leave a reply to Marcelo1979 Cancel reply