Teknik Membaca Sahih Bukhari
Bismillah, Walhamdulillah…
Semua orang Islam kenal Sahih Bukhari. Kalau tidak tahu secara terperinci pun, sekurang-kurangnya semua tahu ia sebuah rujukan utama umat Islam. Malah, ramai percaya Sahih Bukhari adalah kitab paling sahih selepas Al-Quran. Tapi, berapa ramaikah yang sudah membacanya dari halaman pertama hingga akhir? Boleh dikatakan, amat sedikit mereka yang khatam sampai akhir. Ramai yang tak pernah baca pun kitab ini.
Untuk membaca Sahih Bukhari, terlebih dahulu mesti belajar kaedah dan tekniknya. Tanpa teknik yang betul, pembaca akan cepat merasa jemu. Akhirnya, pembacaan kitab ini terbantut sebelum sampai mukasurat ke-10. Coretan penulis kali ini ialah tentang satu teknik membaca Sahih Bukhari yang diajar oleh sesetengah guru-guru hadis. Caranya tidak rumit, tetapi keberkesanaannya terjamin.
Syarat pertama menggunakan teknik ini, anda perlu memiliki sebuah Kitab Sahih Bukhari yang dinomborkan hadis-hadisnya. Jika anda mahu membaca Sahih Bukhari naskhah lama milik datuk anda yang tidak bernombor, anda tidak mungkin boleh menggunakan teknik ini.
Syarat kedua, cetakan itu mesti mempunyai ihalah (penunjuk) setiap hadis yang berulang-ulang. Sebab dimaklumi, kebanyakan hadis Bukhari berulang berkali-kali di tajuk-tajuk berlainan. Jadi, di akhir setiap hadis, ditandakan nombor-nombor hadis yang berulang itu.
Contohnya, hadis no-1 dalam Sahih Bukhari iaitu: “Setiap amalan hendaklah dengan niat”. Di akhir hadis ini, ada ditanda begini: Lihat: 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6903. Kalau cetakan anda tidak ada kelebihan ini, teknik ini tidak dapat digunakan juga.
Kita mulakan step pertama. Mulakan membaca hadis no-1 dengan teliti. Iaitu hadis “Sesungguhnya setiap amalan dengan niat”. Selesai membacanya, anda hendaklah merujuk hadis ini di semua bab yang ada hadis ini. Untuk hadis no-1, Imam Bukhari mengulanginya sebanyak enam tempat lagi iaitu di nombor berikut: 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6903. Jadi anda mesti baca lagi hadis yang sama ini di semua tempat itu.
Apa yang anda mesti lakukan ketika merujuk hadis yang berulang-ulang ini? Hanya tiga perkara:
- Tandakan hadis-hadis yang anda baca itu dengan pensel. Tujuannya supaya bila anda melalui hadis itu kelak, anda tak perlu membacanya lagi kerana sudah dibaca. Lebih menjimatkan masa.
- Baca setiap tajuk (bab) yang diletakkan hadis tersebut di bawahnya. Jadi, hadis no-1 ini sahaja Imam Bukhari letak di bawah 7 tajuk yang berlainan. Setkan di fikiran anda, setiap tajuk itu adalah istinbat atau kefahaman sesuatu hadis.
- Bandingkan riwayat lafaz hadis ini antara tujuh tempat tersebut. Anda akan dapati banyak perbezaan. Jika ada perbezaan yang sangat ketara, anda boleh catat di buku tulis anda.
Untuk faedah yang lebih maksima, saya cadangkan menggunakan satu buku tulis sebagai catatan. Apa yang perlu dicatat? Juga tiga perkara utama:
- No hadis. Contohnya: Hadis no-1. Sesiapa yang rajin, boleh menulis hadisnya sekali.
- Perbezaan riwayat. Hanya catat perbezaan yang ketara sahaja.
- Feqah Hadis. Hanya salin tajuk-tajuk (bab) yang dibuat oleh Bukhari.
Selepas dicatat, perhatikan apa yang anda tulis. Baca dan fahamkan sebaik-baiknya sebelum berpindah ke hadis no-2, dan seterusnya. Inilah sahaja yang perlu dilakukan dalam teknik ini. Mungkin ada yang kata: “Biasa sahaja…”. Benar, ia satu teknik yang simple, tetapi dengan teknik ini kita dapat memanfaatkan pembacaan Sahih Bukhari dengan lebih sempurna.
Pertama, kita akan belajar membandingkan lafaz-lafaz yang berbeza bagi satu hadis. Bagi mereka yang takhassus ilmu hadis, akan mengetahui peri pentingnya perbandingan antara riwayat-riwayat yang berbeza.
Kedua, kita dapat mengambil istinbat atau kefahaman feqah sesuatu hadis melalui tajuk-tajuk yang dibuat oleh Imam Bukhari. Kerana masyhur di kalangan ulama bahawa kefaqehan Imam Bukhari terserlah pada nama-nama bab dalam Kitab Sahihnya.
Ketiga, jika ada perkataan yang sukar difahami dalam suatu hadis, mungkin pada tempat lain perkataan itu diungkapkan dengan lafaz lain yang lebih jelas. Ini membantu anda dalam menafsirkan hadis dengan riwayat-riwayat yang berlainan.
Keempat, khas bagi penuntut yang mengambil cakna tentang perawi-perawi, jika terdapat nama seorang perawi yang tidak jelas siapakah yang dimaksudkan, kadang-kadang melalui teknik ini dapat diketahui siapakah dia. Contohnya, dalam satu sanad hadis disebut perawi sahabat yang bernama Abdullah. Siapakah Abdullah itu? Mungkin Ibn Mas’ud, atau Ibn Abbas, atau Ibn Umar. Melalui teknik pembacaan ini, dapat membantu mengenalpasti siapakah yang dimaksudkan.
Kelima, khas bagi sesiapa yang bercadang mahu menghafal Sahih Bukhari, melalui teknik ini anda dapat merujuk semua riwayat untuk satu hadis. Anda boleh pilih riwayat manakah yang paling baik atau sesuai untuk dihafal. Catat riwayat pilihan anda itu di dalam buku khas anda. Anda boleh memilih riwayat yang paling pendek dan padat.
Demikianlah cara-cara dan kelebihan menggunakan teknik ini dalam pembacaan Sahih Bukhari. Sekian.
Terima kasih kepada sheikna al-fadhil…
Ana juga mintak penulis catatkan dalam blog ini teknik mengkhatamkan satu kitab (kitab nipis) dalam satu-satu masa di samping catatan maklumat penting berkaitan buku….
,
InsyaAllah kami semua dapat faedah daripada teknik penulis
belajar….
Assalamualaikum..
jazakumullah kathiran..
ana ambil faedah yang sangat besar atas penulisan syeikh abu umair..
Assalamualaikum..Syeikh Abu_Umair,
Ana ingin merakamkan bebanyak terima kaseh di atas tunjuk ajar enta di Halaman Al-Ahkam.net…mudah-mudahan ALLAH melapangkan masa enta untuk menghasilkan kitab tentang Ilmu Hadis…sekurang-kurang untuk panduan umum orang awam seperti ana ini.
Dengan pengalaman dan ilmu yang terdapat di dalam dada enta…moga2 khazanah sunnah akan menyinari bumi malazi…seterusnya memalapkan api khurafat dan menghentikan angin bidaah.
Assalamu’alaykum wbrt..
Jazakallahu khayr kathir wa barakallahu fi ‘ilmik. Seperti yang lain, saya juga mendapat faedah yang sangat besar dari tulisan Syeikh Abu Umair.
Saya ada beberapa soalan :
1- Adakah maksud tulisan ustaz ni, untuk dibaca Sahih Bukhari tu sendiri2 tanpa mengadap guru? Tak pe ke baca tanpa guru? Bagi saya, di Malaysia, susah nak cari pengajian dari kulit ke kulit. Kami pernah cuba buat kuliah Sahih Muslim di UIA, baca dari kulit ke kulit oleh pensayarah hadis di UIA tapi x pasti kenapa, x dapat diteruskan. Pengajian Syeikh Aiman di UIA, kitab Sahih Bukhari, Aqidah Thahawiyah dan Rahiq Makhtum pun terhenti sbb ada pihak x senang. Jadi setakat ni, saya hanya download durus Sahih Bukhari di islamway.com oleh Syeikh Abdul Aziz al-Rajihi. Takpe ke mcm tu ustaz? Boleh ustaz cadangkan kalau ada pengajian Sahih Bukhari yang baik yg boleh saya download?
2- Mcm mana saya nak teruskan lagi pengajian hadis dgn lebih mendalam? Di UIA, kami blaja Tadwin Sunnah, Mabadi’ Ta’amul Ma’a Sunnah, Hadith Ahkam, Manhaj Naqd Riwayaat, Jarh wa Ta’dil, Takhrij Hadith dan Ittijahat Mu’asarah fi al-Hadith. Di peringkat Master pula hanya tambah subjek Manahij Muhaddithin dan Qiraat Nassiyah fi Kutub Sittah je rasanya. Dlm takhrij hadith kami blaja cara hukum ke atas hadith tp teori dan basic sgt, ustaz x sempat explain btul2. Apa lagi yg perlu saya belajar? Buku apa lagi yang perlu saya baca? Apa nasihat ustaz?
3- Betul ke universiti2 di Saudi tak menerima pelajar luar utk MA dan Phd? Saya ingat nak minta suami sambung di sana. Mcm mana caranya?
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah.
Waalaikumussalam
1- Teknik membaca tersebut ialah untuk bacaan sendiri. Cuma memerlukan sedikit kemahiran dalam istilah-istilah muhadditheen, menguasai bahasa Arab, dan merujuk kepada kitab2 gharib al-hadis. Bagi yang ada guru hadith, bacaan dengan guru jauh lebih berfaedah.
Mengikuti pengajian hadis melalui durus2 yang didownload dari laman-laman web adalah suatu yang amat digalakkan bagi mereka yang tidak berkesempatan mengaji secara langsung dengan ulama.
2- Pengajian2 tersebut sudah cukup tinggi dalam ilmu hadis. Untuk kefahaman lebih mendalam, boleh dengar pengajian Syeikh Abdul Muhsin Al-Abbad -hafizahullah- (guru di masjid Nabawi) yang banyak mempraktikkan ilmu mustalah dan rijal dalam pengajian sunannya.
Boleh ikuti durus Sunan Abi Daud di: http://www.islamway.com/?iw_s=Scholar&iw_a=series&series_id=1906
3- Univ Islam Madinah memang mengsyaratkan untuk phd dan ma hanya untuk mereka yang ada BA di univ yang sama. Manakala Univ lain spt Ummul Qura (Makkah) dan Jamiah Imam (Riyadh), tidak mensyaratkannya -setakat pengetahuan saya-. Jadi boleh buat permohonan unt ma di sana.
Terima kasih atas nasihat ustaz.
Subjek2 hadis yang diajar di UIA mcm ustaz kata, dah ok. Cuma yg tak ok ialah kami belajar kejap je dalam masa 4 bulan kena habiskan silibus. Setiap 4 bulan saya ambil 2 subjek. Belajar pun lompat sana lompat sini, tu yang tak seronok. Allah al-musta’an.
Beruntung mereka yang dibukakan jalan oleh Allah untuk menuntut ilmu.
salam … bagaimana saya boleh download Sahih Bukhari?
Salam,
Saya nak berkongsi maklumat…inshaallah link dibawah boleh utk download hadis dalam english
http://topdownload.idblogspot.com/2008/04/05/download-software-hadits-bukhari-muslim-malik-abu-dawud/
Jazakallah Al-Akh kamarul, atas perkongsian link itu.
Untuk download Sahih Bukhari versi Arab, boleh di link:
http://www.4shared.com/file/56669295/fcf77bb4/__online.html
– dalam bentuk PDF
– bukan di-scan dari kitab
– ada ihalah pada hadis-hadisnya yang berulang
Sekian.
Assalaamu’alaikum wr. wb.
Terima kasih, atas kiatnya. Sangat bermanfaat.
http://binaalquran.wordpress.com
Salam.berapa harga kitab ini etk semua jilid.sy berminat nak miliki dan d mana boleh sy dapat kn.
Idzwan.suludin@gmail.com
Reblogged this on Rentak Sepi and commented:
Menarik
Salam terima kasih atas tunjuk ajar. Kitab Sahih Bukhari ni dalam bahasa arab ke? Ada tak dalam bahasa melayu? Hadithnya dalam bahasa arab dan terjemahan dalam bm. Saya ni bukan lah pelajar jurusan agama tapi berminat nak khatam hadith2 sahih ni
Penerbit Almahira ada mengeluarkan kitab Hadis Bukhari Bahasa Arab(matan + sanad) dan terjemahan Melayu termasuk no hadis yg berulang…
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا…Sangat bermanafaat…..
Assalamualaikum,
Terima kasih di atas perkongsian. Boleh syorkan kitab hadis sohih bukhari yang mana boleh dibeli di Malaysia berserta terjemahannya?