Kenapa Cepat Melatah?
Beberapa minggu yang lalu saya dikunjungi seorang tetamu dari luar Madinah. Kedatangannya ialah untuk menziarahi Madinah dan mengambil kesempatan bersolat di Masjid Nabawi. Dalam tempoh kunjungannya, dia menumpang tinggal di rumah saya. Pada waktu-waktu solat, saya membawanya ke Masjid Nabawi. Pada hari terakhir, ketika saya memandu kereta membawanya ke Masjid Nabawi, saya melalui satu lorong short cut. Secara sepontan, kawan saya berkata, “Akhi.. kita nak pergi mana ni? Ini bukannya jalan ke masjid pun. Kan biasa kita ikut jalan lain?!!”.
Kenapa dia menyoal demikian? Kerana dia bukan penduduk Madinah. Dia tidak kenal selok belok jalan di sini. Yang dia tahu hanya satu jalan besar yang ada papan tanda tertulis ‘Ke Masjid Nabawi’. Apabila melihat ada orang melalui jalan lain, dia sangka itu silap. Berbeza dengan rakan-rakan yang bertahun-tahun tinggal di Madinah. Lorong mana pun saya lalui, mereka tak soal. Kenapa? Kerana mereka tahu banyak jalan yang boleh dilalui untuk ke Masjid Nabawi.
Apa yang dapat difahami melalui analogi tadi? Kita dapat buat satu kesimpulan iaitu: orang yang kurang tahu, banyak ingkarnya, dan orang yang banyak tahu, sedikit ingkarnya. Di dalam ilmu syariat, seseorang yang makin tinggi keilmuannya, kita akan dapati dia tidak banyak ingkar perbuatan orang lain. Dia tidak cepat melatah melihat orang lain melakukan suatu yang tidak sama dengan perbuatannya. Sebab dia tahu banyak pendapat dalam suatu masalah. Dia tahu setiap pendapat itu ada dalilnya.
Berbeza dengan penuntut ilmu yang merasa dirinya sudah alim padahal ilmunya baru cukup makan. Dia rasa apa yang dia belajar sahaja yang betul. Orang yang amalannya tidak sama dengan pendapatnya dikatakan salah. Dia sahaja ikut sunnah, orang lain tidak ikut sunnah. Amalan orang lain yang tidak sama dengannya cepat-cepat diingkari. Hakikatnya, orang seperti ini masih kurang ilmunya. Dia perlu belajar lagi. Dia kena menadah dengan guru yang lebih ramai.
Diceritakan oleh seorang ulama, ada seorang pemuda yang menuntut ilmu di Madinah. Suatu hari, dia bersembahyang di sebelah seorang tua berketurunan Syanqiti. Ketika sembahyang, orang tua ini bergerak beberapa kali. Mungkin ada uzurnya dia bergerak-gerak sebegitu. Selepas selesai sembahyang, pemuda ini terus berkata kepada orang tua itu: “Kenapa Pak Cik begerak banyak kali dalam solat? Ini bidaah!!”.
Mendengar herdikan orang muda itu, pak cik itu pun memulakan bicaranya. Dia mulakan dengan menyebut pendapat Imam Malik tentang hukum bergerak dalam solat. Kemudian, dia menyebut pendapat imam-imam salaf yang lain. Satu persatu dia memperincikan hukumnya di hadapan pemuda itu. Nukilan-nukilan kata-kata ulama keluar dari mulutnya ibarat air. Lancar dan penuh yakin. Akhirnya pemuda itu sendiri yang merasa malu. Malu kerana cepat melatah melihat perbuatan orang lain.
Inilah perbezaan sikap orang alim dan orang yang kurang alim. Orang yang makin banyak ilmunya, sikapnya tenang. Dia tahu banyak sudut, banyak pendapat, banyak dalil, banyak ihtimal (kebarangkalian) dan macam-macam. Sebab itu dia tidak cepat melatah dan ingkar orang lain. Berbeza halnya dengan orang yang kurang ilmunya. Dia tidak tahu banyak sudut. Sebab itu dia merasa dia sahaja yang betul.
Kesimpulannya, ambillah kaedah ini: Semakin banyak ilmu seseorang, semakin kurang latah dan ingkarnya. Semoga kita tidak tergolong dalam orang yang cepat melatah.
Sekian.
Madinah Nabawiyyah, KSA. 25 Mei 2008 M, 10 Jumada Awwal 1429 H.
ya syaikh abu umair…
ana tak tahu pun anta ada blog. nanti ana buat link kat blog ana. boleh kan?
wassalaam.
syeikh alitantawi… blog ana ni, bukanlah ada apa2 menarik pun. saja je nak buat pengisian untuk diri sendiri…
Salam ya Fadhilatus Syaikh Abu Umair Lokmanulhakim Bin Hussain…….
Tahniah atas wujudnya satu lagi medium ilmu untuk tatapan kita semua dan para pencinta ilmu………
Ana pun baru je tahu enta ada blog……tahniah sekali lagi……
WA
p/s….enta lambat lagi balik ke??……Kalau tak de aral melintang in sya Allah hujung tahun ana nak gi buat umrah…boleh kita jumpa….
Oh ya , …lupa pulak…..ana nak link kan blog enta kat blog ana ok……..
Salam syeikh al-jawhar..
Takde masalah nak letak link. Ana pun ada link-kan blog anta kat sini. Harap takde masalah. Oh, nak datang umrah hujung tahun ni? In Sya ALlah sempat lagi dengan ana kat sini… Boleh jumpa nati
Wassalam..
Salam Ustaz Abu Umair. Benar apa yang enta bicarakan itu. Itulah realiti yang wujud dikalangan masyarakat kita…. cepat melatah….
sebagai mencambah idea ngan syeikhuna abu umair, kalau diperhatikan, asas analogi yg syeikh bagi tu, digunakan oleh golongan2 tarikat atau sufi dalam menolak hujah yang ditujukan kepada mereka dengan alasan bahawa ahli syariat (‘ala haddi ta’birihim) tak tahu selok belok dalam tarikat, justeru hukuman kesesatan atau salah laku mereka dalam syariat tidak boleh dijatuhkan…ana tidak sesekali nak membela kenyataan kaum sufi @ tarikat ni, tapi inilah yang sering mereka lontarkan..harap syeikhuna dapat kongsi komentar..afeeduna ma’jureen wa jazakumuLLahu khairan..
Jazakkallah khairan syeikh al-ansar hafizahullah.
Memang begitulah hujah sebilangan ahli tarekat. Tapi mungkin ada beza antara teori ‘jangan cepat ingkar’ yg disebut dlm artikel dengan teori ahli tarekat.
1) teori ‘jangan cepat ingkar’ hanya dalam perkara2 yang boleh berkhilaf dalamnya. Adapun masalah2 yang tidak boleh ada khilaf atau yang melanggar kesepakatan ulama, ia mesti diingkari secara hikmah. Kerana tak semua khilaf diambil kira, spt kata syair:
وليس كل خلاف جاء معتبرا إلا خلافا له حظ من النظر
2) pembahagian mereka; ahli syariat dan ahli hakikat adalah pembahagian yg baharu. Sedangkan syariat merangkumi segalanya zahir dan batin. Apa yg dinilai oleh ulama syariat sebagai salah, ia tetap salah.
3) teori ‘jangan cepat ingkar’ hanya dalam perkara2 furuk. Bukan dalam perkara yg menyentuh aqidah seperti amalan2 yg membawa kpd syirik dll.
Mungkin syeikh al-ansar ada jawapan yg lebih kuat,Harap dikongsi. Barakallahu Fiikum.
secara ringkas, jawapan syeikhuna abu umair sudah syaafin wa kaafin…maaf belum berkesempatan nak berbincang panjang lebar..’ala kulli haal, jazakumuLLahu khairan ‘ala ijabatikum.
ana sangat setuju dengan pendapat ustaz abu umair. Bibit2 ayatnya menzahirkan bahawa beliau amat teliti dalam menyebut atau mengeluarkan sesuatu hukum, sifat itulah yang telah berkurangan dalam diri sebahagian ustaz2 yang merasakan dirinya telah berada di atas manhaj yang sahih.
Marilah kita muhasabah diri, ilmu dan uslub dakwah kita.
man yuridu Allahu bihii khairan yufaqqihhu fi addiin.