Skip to content

Selamat Datang Ke Blog Catatan Abu Umair

Gempa di Padang: Kaitan Waktu Dengan Ayat Al-Quran

14/10/2009

Baru-baru ini pada 30 September 2009, berlaku kejadian gempa bumi besar di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Ia berlaku tepat jam 17:16 (Waktu Indonesia). Kemudian disusuli dengan gempa kedua pada jam 17:58. Pada keesokan pula, berlaku satu lagi gegaran di Jambi pada jam 8:52.

Gempa bumi yang malanda Indonesia kali ini cukup besar dengan saiz yang direkodkan ialah 7.6 skala Richter. Hingga kini, angka korban yang dicatatkan menghampiri 1000 orang, dan beberapa buah kampung sudah diisytiharkan sebagai tanah perkuburan besar selepas operasi mencari mangsa yang tertimbus dihentikan.

Beberapa hari selepas tragedi gempa tersebut, tersebar melalui email dan SMS satu andaian mengaitkan waktu-waktu gempa dengan beberapa ayat Al-Quran. Berikut adalah contoh tulisan yang tersebar:  Read more…

Kuiz Ramalan Nasib di Facebook

07/10/2009

kuiz

Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.  Read more…

Selamat Hari Raya Eidil Fitri 1430H

20/09/2009
tags: ,

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Sempena ketibaan 1 Syawwal 1430H, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Eidil Fitri kepada muslimin dan muslimat, khususnya pengunjung blog ini.

Juga ditujukan khas buat keluarga tercinta di tanahair, Ayahanda dan Ummi (Geliga) serta seluruh isi keluarga, dan juga Bonda (Kuantan) dan seluruh isi keluarga.

Semoga Allah Taala menerima puasa, tilawah Quran, Qiyam dan segala amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan.

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

Daripada:

Abu Umair Lokmanulhakim Hussain
Ummu Insyirah
Insyirah
Umair

Madinah Nabawiyyah, KSA
1 Syawwal 1430H
20 September 2009M

Hari Raya: Tuntutan dan Larangan

18/09/2009

Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya. 1 Syawal hampir menjelma. Seluruh umat Islam bakal menyambut hari istimewa, Hari Raya Eidul Fitri. Ia adalah satu daripada tiga perayaan yang disambut dalam Islam selain Hari Raya Eidul Adha dan Hari Jumaat yang disambut saban minggu.

Ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sampai di Madinah, dan mendapati orang-orang Jahiliyyah mempunyai dua perayaan yang disambut dengan penuh pesta dan permainan, lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua perayaan yang lebih baik daripada dua perayaan mereka, iaitu Hari Raya Eidul Adha dan Hari Raya Eidul Fitri”. (Direkod oleh Abu Daud, Nasaie dan lain-lain).

Demikian Allah menggantikan perayaan Jahiliyyah yang dipenuhi permainan, dengan perayaan Islam yang dihiasi rasa perhambaan kepada Allah. Hari Raya adalah hari menyebut kebesaran Allah dengan bertakbir, dan hari melahirkan rasa syukur atas kurniaanNya. Read more…

17 Ramadhan: Sambutan Nuzul Quran?

08/09/2009

Orang Islam Nusantara termasuk di Malaysia benar-benar ambil cakna tentang tarikh peristiwa-peristiwa penting dalam Islam. Tidak hairan apabila tiba tarikh-tarikh tertentu, pelbagai upacara persis perayaan disambut di pelbagai peringkat. Siapa kalangan kita tidak pernah mendengar tentang sambutan Maal Hijrah, Maulid Nabi, Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Nuzul Quran, dan macam-macam perayaan lagi.

Dari satu sudut, sikap ambil peduli orang kita terhadap sejarah Islam, apatah lagi sirah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam patut dipuji malah disemai dalam masyarakat. Kerana ia secara langsung akan membenihkan rasa cinta dan kasih kepada baginda.

Cuma dalam keghairahan menyambut sambutan-sambutan bersejarah, wajar diperjelaskan kepada masyarakat dua perkara penting. Ia bagi memastikan perbuatan kita yang bersangkutan agama berasaskan fakta yang benar dan berpayung di bawah petunjuk agama. Read more…

Fenomena Berani Berfatwa

07/09/2009

Sejak kebelakangan ini kelihatan satu gejala yang melanda sebahagian orang Islam, iaitu berani berfatwa. Setiap kali timbul isu yang melibatkan hukum-hakam agama, maka menjelmalah ramai ‘mujtahid’ yang pantas mengutarakan pendapat mereka. Adakalanya, ‘fatwa-fatwa’ mereka kelihatan mendahului keputusan ahli-ahli fatwa yang lebih berautoriti.

Pernah satu ketika timbul isu yang agak menggemparkan negara, yang ada hubung kait dengan hukum agama. Seperti biasa, ramailah penceramah berfatwa dalam pidatonya, dan penulis pula berhukum melalui pena dan keyboardnya. Walhal dari sudut hukumnya, ia termasuk dalam hukum yang disepakati atau yang sudah ijmak di kalangan fuqaha. Lantaran kejahilan tentang ijmak, atau kejahilan tentang wajibnya menuruti ijmak, golongan seperti ini berani menghebahkan pandangan peribadi yang menyalahi ijmak silam para ulama.

Lihatlah bagaimana permasalahan feqah yang disepakati oleh fuqaha, apabila dibincangkan oleh orang-orang bukan ulama, alih-alih ia menjadi masalah khilaf yang bercabang-cabang pendapatnya. Agaknya, kalau masalah feqah yang sepatutnya khilaf kepada tiga pendapat, jika dibiarkan golongan ini berhukum dan berfatwa, mungkin perselisihan akan jadi 20 pendapat!!! Read more…

Wasiat Pertengahan Ramadhan

02/09/2009

Hari ini 12 Ramadhan. Bererti lebih sepertiga dari bulan mulia ini sudah berlalu. Walau masih banyak hari yang berbaki sebelum ketibaan Eidul Fitri, kita wajar menyedari bahawa sepertiga adalah satu angka yang besar. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Dan sepertiga itu banyak”.

Berlalunya 12 hari dari bulan Ramadhan, bermakna bulan berkat ini sudah menghampiri pertengahannya. Sebelum sampai pertengahan Ramadhan, mari kita sama-sama menghayati satu kata-kata wasiat Imam Ibnul Jauzi: Read more…

Juadah Berbuka 1 Ramadhan

24/08/2009

Hidangan 1 (Ala Arab):

– Rutab
– Roti
– Youghurt (Zabadi)
– Duggah

juadah

Hidangan 2 (Ala Melayu):

– Lompat Tikam (Kelantan)

lopattikam

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

Salam Ramadhan 1430H

22/08/2009

Bismillah, Walhamdulillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasulillah…

Sempena ketibaan bulan Ramadhan, saya mengucapkan ‘Selamat Berpuasa’ kepada Muslimin dan Muslimat, para pengunjung blog ini khasnya.

Sama-sama mengambil peluang bernilai pada bulan Siyam, bulan Qiyam, dan bulan Tilawah ini untuk mempertingkatkan amalan ibadah.

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Bukhari: 38, dan Muslim: 760).

Dan sabda Nabi SAW: “Sesiapa mendirikan malam (dengan ibadah) pada Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Bukhari: 37, dan Muslim: 759).

Mari sama-sama bermohon kepada Allah dengan segala nama-namaNya yang maha elok, dan sfat-sifatNya yang maha tinggi, supaya memberikan kita kekuatan untuk merebut peluang ini. Sekian.

Abu Umair,
Madinah,
1 Ramadhan 1430H
22 Ogos 2009 M

H1N1: Antara Doa Nabawi & Doa Bid’ie

11/08/2009

Penularan pandemik Influenza H1N1 atau lebih dikenali sebagai selsema babi terlalu pantas. Perkembangan mutakhir wabak ini cukup membimbangkan semua lapisan masyarakat. Apatah lagi sehingga kini belum ada vaksin khas untuk melindungi manusia daripada jangkitan virus ini.

Kalangan kelompok umat Islam, tersebar bermacam-macam doa agar dijauhi jangkitan ini. Diedarkan dalam bentuk poster, pamflet, dan flyer, ataupun disiarkan melalui medium internet di laman-laman web dan blog. Kesedaran akan kepentingan dan keutamaan berdoa kepada Allah dalam situasi seperti ini adalah sikap yang harus dipuji, kendatipun doa kepadaNya wajar menjadi amalan rutin tanpa mengira susah dan senang, sakit dan sihat, cemas dan aman.

Kerana suara yang sentiasa merintih kepada Allah ketika senang dan aman, itulah suara yang mustajab diperkenan ketika payah dan cemas. Read more…

Pelajar Baru Universiti Islam Madinah Sessi 1430/1431 H

10/08/2009

jamiahBismillah…

Walhamdulillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasulillah, Amma Baa’d.

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Sesiapa yang datang ke masjidku ini (Masjid Nabawi), tidak datang kecuali kerana kebaikan untuk dipelajarinya, maka dia berada di kedudukan orang yang berjihad di jalan Allah”.
Hadis riwayat Ahmad (no: 9419), dan Ibn Majah (no: 227). (Dinilai sahih oleh Albani)

Alhamdulillah, senarai nama mereka yang ditawarkan mendaftar masuk ke Universiti Islam Madinah bagi sessi 1430/31H telah dikeluarkan. Bilangan mereka ialah seramai 30 orang. Berikut ialah senarai nama mereka: Read more…