Catatan Abu Umair

Lokmanulhakim Hussain


  • Salam Ramadhan 1430H

    Bismillah, Walhamdulillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasulillah… Sempena ketibaan bulan Ramadhan, saya mengucapkan ‘Selamat Berpuasa’ kepada Muslimin dan Muslimat, para pengunjung blog ini khasnya. Sama-sama mengambil peluang bernilai pada bulan Siyam, bulan Qiyam, dan bulan Tilawah ini untuk mempertingkatkan amalan ibadah. Sabda Nabi SAW: “Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran, maka diampunkan dosa-dosanya yang… Continue reading

  • H1N1: Antara Doa Nabawi & Doa Bid’ie

    Penularan pandemik Influenza H1N1 atau lebih dikenali sebagai selsema babi terlalu pantas. Perkembangan mutakhir wabak ini cukup membimbangkan semua lapisan masyarakat. Apatah lagi sehingga kini belum ada vaksin khas untuk melindungi manusia daripada jangkitan virus ini. Kalangan kelompok umat Islam, tersebar bermacam-macam doa agar dijauhi jangkitan ini. Diedarkan dalam bentuk poster, pamflet, dan flyer, ataupun… Continue reading

  • Pelajar Baru Universiti Islam Madinah Sessi 1430/1431 H

    Bismillah… Walhamdulillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasulillah, Amma Baa’d. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: “Sesiapa yang datang ke masjidku ini (Masjid Nabawi), tidak datang kecuali kerana kebaikan untuk dipelajarinya, maka dia berada di kedudukan orang yang berjihad di jalan Allah”. Hadis riwayat Ahmad (no: 9419), dan Ibn Majah (no: 227). (Dinilai sahih oleh Albani) Alhamdulillah, senarai… Continue reading

  • Demonstrasi: Sertailah Jika…..

    Demonstrasi ialah tunjuk perasaan yang dilakukan dengan cara berkumpul beramai-ramai dan berarak sebagai tanda protes terhadap sesuatu isu. Orang yang menyertai demonstrasi tidak turun padang semata-mata untuk berkumpul dan berarak tanpa tujuan. Di sebalik tindakan mereka, ada suara hati yang mahu didengari dan pandangan yang mahu diambil perhatian pihak tertentu. Atau dengan kata lain, ada… Continue reading

  • Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Menurut Siasah Syar’iyyah

    Bismillah. Selawat dan Salam ke atas Rasulillah Sallallahu Alaihi Wasallam. PENDAHULUAN Sejak Kerajaan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali dengan ISA pada tahun 1960, banyak kontroversi timbul tentang akta ini. Tidak berperikemanusiaan, zalim, melanggar hak asasi manusia, bercanggah dengan Quran dan Sunnah, dan pelbagai reaksi diutarakan oleh sebahagian masyarakat. “….Rakyat negara ini perlu… Continue reading

  • Duit Palsu, Sijil Palsu, dan…

    Duit Palsu “Duit Palsu Hantui Peniaga”. Itulah tajuk yang tertera di halaman utama akhbar Kosmo! baru-baru ini. Ia merujuk kes seorang pengurus kedai buku yang kerugian kerana menerima beberapa keping wang kertas palsu RM50 dan RM100. Walau tertera di not-not tersebut angka-angka besar, RM50 dan RM100, namun apalah ertinya jika ia wang kertas palsu. Ia… Continue reading

  • Belasungkawa: Ust Wan Mohd Salimi -rahimahullah-

    Malam tadi saya mendapat berita mengejutkan. Seorang sahabat karib saya telah kembali ke rahmatullah, Ustaz Wan Mohd Salimi bin Wan Sulong. Pemergiannya ketika usia masih muda, 30 tahun. Meninggalkan seorang balu dan tiga anak yang masih kecil. Dipercayai berpunca daripada kecederaan akibat kemalangan beberapa bulan yang lalu. Continue reading

  • Warkah Wasiat Maimunah Abd Aziz Al-Wuhaiby

    Pada 26 Mei lepas, seorang pendakwah terkenal di Arab Saudi Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad al-Wuhaiby al-Tamimy telah kembali ke rahmatullah. Beliau sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya menuju ke Al-Syarqiyyah. Turut terkorban dalam nahas itu isterinya Nurah Muhammad, dan beberapa anak perempuannya, Maimunah (20 tahun), Lina (9 tahun), dan Jazi (3 tahun). Syeikh Abdul… Continue reading

  • Isu Fadak: 10 Jawapan Kepada Syiah

    Saya diminta oleh seorang pengunjung blog supaya mengulas atau menjawab satu isu yang dimainkan oleh Syiah, iaitu isu Fadak. Pada mulanya, saya keberatan untuk menulis artikel seumpama ini kerana dua alasan: 1- Secara peribadi, saya kurang gemar menulis artikel berbentuk radd atau membalas hujah pihak lain. Kecuali jika ada keperluan mendesak dan sudut positifnya lebih… Continue reading

  • Apabila Akal Didahulukan…

    Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan… Iblis terkutuk menjadi kufur. Derhaka akan arahan Tuhan supaya sujud pada Adam. Alasannya ia dicipta dari api, dan Adam dicipta dari tanah. Kononnya api lebih mulia daripada tanah. Mana mungkin suatu yang lebih mulia sujud pada yang kurang mulia. Akhirnya, Iblis menjadi makhluk terawal menolak nas kerana mendahulukan kias… Continue reading

  • Influenza Babi

    Bukan isu baru apabila haiwan babi menjadi ancaman kesihatan kepada manusia. Dahulu, kita didedahkan dengan penemuan cacing pita (aenia solium) di dalam daging babi yang mengancam kesihatan orang yang rutinnya memakan daging babi. Kemudian sekitar 1998-2000, negara kita gempar dengan virus maut misteri yang berasal daripada babi, dan akhirnya dikenali dengan nama ‘Japanese Encephalitis’ (JE)… Continue reading