Catatan Abu Umair

Lokmanulhakim Hussain


  • Beberapa Pendapat Imam Syafie

    Apabila disebut nama Imam Syafie, rata-rata umat Islam mengenalinya. Apatah lagi di negara seperti Malaysia, yang majoriti umat Islam bermazhab Syafie. Pun begitu, ada pendapat atau pegangan Imam besar ini yang tidak popular di negara kita, atau sengaja tidak dipopularkan. Antaranya: 1) Imam Syafie berakidah Allah Taala berada di atas Arasy. Imam Syafie berkata: “Pegangan… Continue reading

  • Tahukah Anda?

    Tahukah anda: 1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan. 2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan… Continue reading

  • Ma’radh Kitab (Ekspo Buku)

    Ma’radh Kitab atau Ekspo Buku Tahunan anjuran Universiti Islam Madinah secara rasmi dibuka pada 24 Mac baru-baru ini. Acara tahunan ini berlangsung sehingga 6 April 2009. Bagi penggemar kitab-kitab Arab, peluang seperti ini dinanti-nanti untuk memborong sebanyak mungkin bahan rujukan yang sudah pasti terlalu berharga apabila pulang ke tanahair nanti. Seorang penuntut ilmu tidak boleh… Continue reading

  • Siri Kaedah Feqah: Segala Perkara Bergantung Kepada Tujuannya

    بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد Kaedah 1: الأمور بمقاصدها Terjemahan: Segala perkara bergantung kepada tujuannya. 1. Kaedah ini adalah salah satu daripada lima kaedah feqah yang utama yang menjadi tunjang kepada banyak kaedah-kaedah feqah yang lain. Kaedah-kaedah itu dikenali sebagai ‘Al-Qawaed Al-Fiqhiyyah Al-Kubra’. Lima… Continue reading

  • Mencari Kiblat Di Depan Kaabah

    Mengetahui arah kiblat adalah kewajipan setiap Muslim di mana sahaja dia berada. Kerana menghadap ke arahnya adalah salah satu syarat sah sembahyang yang tidak ada perselisihan padanya. Bagi umat Islam yang berjauhan dengan Masjdil Haram, terdapat pelbagai kaedah untuk menentukan arah kiblat. Antara kaedah tradisional ialah kaedah matahari istiwa di atas Kaabah. Kejadian matahari istiwa… Continue reading

  • Pusingan “U-Turn”

    “Dialah orang yang paling baik dari kalangan kami, anak kepada orang yang paling baik. Dialah orang yang paling mulia, anak kepada orang yang paling mulia”. Itulah jawapan kaum Yahudi apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya mereka tentang keperibadian salah seorang pendeta mereka, Abdullah bin Salam. Abdullah bin Salam, atau nama asalnya Al-Hushain bin Salam bin… Continue reading

  • Isu Musawah

    Isu musawah atau kesamarataan antara jantina kembali diperkatakan. Terkini, Sister In Islam (SIS) menganjurkan satu forum untuk membincangkan isu ini secara lebih serius. Antara topik perbincangan ialah: poligami, pembahagian harta pusaka, dan kuasa menceraikan pasangan. Kumpulan ini mempertikaikan kenapa lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri dalam satu-satu masa, sedangkan wanita tidak? Kenapa dalam faraidh,… Continue reading

  • Tidak Boleh Ingkar Masalah Khilaf?

    “Tidak boleh ingkar masalah khilaf”. Inilah ungkapan yang kadangkala membantut sesuatu perbincangan atau penilaian terhadap kesahihan sesuatu pendapat atau amalan. Kata-kata ini kerap dijadikan benteng untuk mempertahankan satu-satu pendapat sekalipun pendapat itu tidak muktabar dalam syariat. Ungkapan “Tidak boleh ingkar masalah khilaf” sangat masyhur, sehingga sebahagian ulama menjadikannya sebagai satu kaedah dalam feqah dan memasukkannya… Continue reading

  • Yahudi Makhluk Perosak

    Sudah tercatit dalam lipatan sejarah bahawa kaum Yahudi terkenal sebagai bangsa perosak yang banyak melakukan kebinasaan di atas muka bumi. Dan setiap kali mereka melakukan kebinasaan, Allah menghukum mereka di dunia lagi dengan dihinakan oleh kaum lain. Tetapi mereka pula adalah jenis makhluk yang tidak serik dan insaf dengan hukuman yang dikenakan. Perkara ini disebut… Continue reading

  • Panduan Berinteraksi Dengan Khilaf Ulama

    Sebagai orang awam yang bukan bertaraf mujtahid, kadangkala kita merasa kebingungan apabila berdepan dengan suatu masalah feqah yang ada perselisihan pendapat. Kerana bagi orang awam, apabila berdepan dengan satu masalah feqah yang tidak diketahui hukumnya, dia mesti merujuk kepada para ulama untuk mendapatkan penyelesaian. Inilah yang diarahkan oleh al-Quran dalam ayat yang bermaksud, “Maka bertanyalah… Continue reading

  • Doa Awal dan Akhir Tahun

    Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah… Continue reading